- siapa nak berjaya diakhirat , dia perlukan ilmu
- siapa nak berjaya didunia dan akhirat , dia perlukan ilmu .
ILMU is the keyword for success . USAHA dalam tangan kita .
Bukankah Nabi digua hira , disuruh baca ,dan dia jawab aku tidak
tahu .
Lalu turun surah pertama Iqra - bacalah dengan nama Tuhanmu -
bukankah ini ilmu ?
Saya akan menanyakan tentang ayat-ayat Al Qur'an yang dimansuh. Ayat-ayat yang mana sajakah itu? Apa alasannya dimansuh ? dan sekaligus mana nansehnya ? hikmah dari mansuhnya masing-masing ayat tersebut apa ?
Kalau ada ayat-ayat al-Qur'an yang dimansuh oleh Tuhan maka mereka tidak terdapat di dalam al-Qur'an yang sedang kita miliki sekarang.
Tuhan sendiri telah mengumpulkan ayat-ayat al-Qur'an (75:17) untuk tatapan semua manusia. Dia menyempurnakannya (6:115) dan menetapkannya untuk menjadi "penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk" (16:89).
Adakah selepas kata-kata itu Dia akan memansuhkan sebahagian daripadanya pula?
Oleh itu, sekiranya ada ayat-ayat al-Qur'an yang dikatakan sudah dimansuh maka perbuatan itu bukan perbuatan Tuhan, tetapi perbuatan musuh manusia, iaitu syaitan.
Namun begitu, Dia ada menyebut mengenai ayat-ayat-Nya yang dimansuh atau dihapuskan-Nya sendiri, atau Dia menjadikannya lupa. Sebutan-Nya bermaksud,
"Dan apa sahaja ayat yang Kami menghapuskan, atau menjadikan lupa, Kami mendatangkan yang lebih baik, atau yang serupa dengannya." (2:106)
Sebenarnya, ayat-ayat yang telah dihapus dan dijadikan-Nya lupa adalah yang diturunkan sebelum turunnya al-Qur'an. Justeru, apa yang ada di dalam al-Qur'an sekarang, seperti disebut di dalam ayat di atas, adalah "yang lebih baik, atau yang serupa dengannya (iaitu Kitab sebelum al-Qur'an)".
Selanjutnya, Dia memberi beberapa contoh ayat yang telah dimansuh dan diganti dengan yang lebih baik, iaitu yang di dalam al-Qur'an. Contoh pertama ialah mengenai sebuah ayat kitab Taurat, bermaksud:
"Dan di dalamnya (Taurat) Kami menuliskan (menetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan; tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu penebusan." (5:45)
Perintah seperti itu tidak terdapat di dalam al-Qur'an, kerana diganti dengan yang lebih baik berbunyi,
"Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda, supaya kamu bertakwa." (2:179)
Contoh kedua ialah ayat mengenai makanan yang diharamkan ke atas orang Yahudi iaitu orang yang diturunkan Kitab sebelum al-Qur'an. Ayat yang dimaksudkan yang dimansuh berbunyi,
"Dan ke atas orang-orang Yahudi, Kami mengharamkan segala haiwan yang berkuku, dan daripada lembu dan kambing, Kami mengharamkan mereka lemak mereka, kecuali apa yang punggung-punggung mereka bawa, atau ususnya, atau apa yang bercampur dengan tulangnya; bahawa Kami membalas mereka kerana keangkuhan mereka; sesungguhnya Kami berkata benar." (6:146)
Pengharaman serupa itu tidak dikenakan selepas al-Qur'an diturunkan, walaupun keangkuhan terus meluas dari ia diturunkan hingga ke hari ini di kalangan semua bangsa.
Contoh terakhir ialah sebuah ayat yang bercangkut pada amalan puasa, iaitu amalan yang sudah lama diperintah sebelum al-Qur'an diturunkan (2:183).
Sebelum al-Qur'an diturunkan, kemanisan bersatu dengan isteri, baik pada siang mahupun malam hari dalam bulan puasa, telah diharamkan. Pengharaman tersebut telah dimansuhkan sebahagian daripadanya lalu penyatuan tersebut dihalalkan pada malam hari pula. Ayat yang menghalalkannya, yang tentu menjadi lebih baik bagi manusia, berbunyi:
"Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu." (2:187)
Demikian beberapa contoh daripada Allah bagi ayat-ayat yang diturunkan sebelum al-Qur'an yang telah dimansuhkan-Nya sendiri.
Pemansuhan ayat-ayat al-Qur'an anjuran sarjana Islam hanya menimbulkan keraguan terhadap kandungan al-Qur'an, supaya umat pergi kepada kitab-kitab karangan golongan mereka yang mereka tetapkan sebagai rukun.
Tambahan lagi, "ilmu" pemansuhan yang mereka anjur, walaupun nampak begitu meyakinkan, umpamanya dengan nansehnya, namun merupakan satu lagi ajakan kepada keingkaran terhadap ayat-ayat Tuhan. Kerana Dia telah melarang perbuatan memansuh atau membatalkan ayat-ayat-Nya dengan firman berbunyi,
"Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami, untuk membatalkannya, mereka menjadi orang-orang Jahim." (22:51)
Terdapat dua lagi ayat al-Qur'an yang berkaitan, iaitu 34:5 dan 34:38.
Mengapa mereka memansuhkan ayat-ayat tersebut boleh menjadi tajuk perbincangan tetapi di ruangan yang sempit ini peluang itu diketepikan.
Memansuhkan ayat-ayat Tuhan juga mendorong kepada perbuatan menggantikan sesuatu suruhan-Nya dengan yang lain. Atau, menukar kata-kata-Nya dengan yang lain.
Misalan, ayat yang mengajar manusia cara memberi salam hormat antara mansuia dengan kata-kata-Nya yang berbunyi Salamun alaikum ditukar kepada 'As-salamu Alaikum atau 'As-salamu Alaikum wa Rahmatullah. Pertukaran disebabkan mereka yakin pada ajaran salam kitab lain yang mereka terima sebagai rukun.
Bilangan pertukaran kata-kata-Nya yang dilakukan oleh para sarjana Islam sangat banyak. Perbuatan mereka, yang dianggap terbilang dalam agama, membuktikan lagi keberanian mereka dalam mengingkari ayat-ayat Allah, seperti ayat yang di bawah:
"Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui." (6:115)
Itu bukan satu-satu-Nya ayat Tuhan yang melarang menukar kata-kata-Nya. Ayat-ayat lain adalah 6:34, 10:64 dan 18:27. Sayugia diingat iaitu Iblis hanya melanggar satu sahaja ayat-Nya, lalu kemudian ia disifatkan-Nya sebagai kafir (2:34).
Perbuatan menukar kata-kata Tuhan dan memansuhkan ayat-ayat al-Qur'an adalah perbuatan yang jatuh jauh di luar perbatasan Islam, kerana Islam bermaksud tunduk patuh kepada perintah-Nya. Bagi orang-orang yang takut kepada Tuhan pula mereka akan menolak perbuatan itu dengan penolakan yang keras.
No comments :
Post a Comment