
Bertuahnya bersuamikan lelaki dalam petikan ini.
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota
Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual
dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata
tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa
doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya
dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya,
termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi
isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan
tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya
semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja.
Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang
mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya
dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya,
iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang
kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas
katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur
bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3
jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin
dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah
tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari
dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang
berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive
masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang
harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku
pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk
mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan
cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil.
Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk
sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan
kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang
paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran
bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini.
Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah
dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda
nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan
Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan
berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir
didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar
tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar
tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang
anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk
bersama dengan nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima
pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya
doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang
pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah
tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa
Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".
Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana
mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang
ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia
sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan
Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri
anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan
kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka
adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut
isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan
dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim
kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo,
tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata
mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi.
Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia
terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-
satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim
piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya
bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia
menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya,
tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang
ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak
diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula
dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad
dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya
biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih
kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti
saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya
seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh!
janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu
tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata
lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu
dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai
mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar
cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang
timur kecil' dalam hidup saya
ISLAM MAMERINTAH BUKAN ISLAM DIPERINTAH
No comments :
Post a Comment