Wednesday, April 23, 2008




Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri


Koleksi Artikel myMasjid ..

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama
isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka
menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan
pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara
tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian
menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman,
dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana
didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan
telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat
panjang
begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa
sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan
oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok
besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin
atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang
perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman
menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari
ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan
pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.
Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap
benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana
dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang
ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera
kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya
pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya
mencari
syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di
tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak
syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn
memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg
memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg
meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada
juga
yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan
riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak
untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok
Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak
daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan
manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun
bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut
bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari
pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,
keadaan
lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang
sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan
keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa
mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai
makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil
bergayut di jendela rumah

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik
pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok
Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang
kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap
dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai
tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu
percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
BISMILLAH.....

DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.

Wallahualam MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN
DENGAN UCAPAN BISMILLAH...
semoga hari ini lebih baik dari semalam..

No comments :

Post a Comment