Wednesday, April 23, 2008


Hati Dan Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum
>>menemui insan yang betul supaya
>>apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu
bagaimana
>>untuk bersyukur dengan nikmat
>>pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah
satu
>>pintu kebahagiaan tertutup, yang
>>lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah
>>tertutup itu terlalu lama hinggakan
>>kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
>>
>>Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam

>>buaian dan berbuai bersama tanpa berkata
>>apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa
itulah
>>perbualan yang paling hebat yang pernah
>>dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita
punyai
>>sehinggalah kita kehilangannya dan
>>juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah
'ia'
>>datang.
>>
>>Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka
>>akan menyintai anda kembali!
>>Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar
di
>>dalam hati mereka tapi sekiranya ia
>>tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma
mengambil
>>masa seminit untuk jatuh hati pada
>>seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk
menyintai
>>seseorang tetapi ia mengambil masa
>>sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
>>
>>Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan
>>kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
>>Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan
>>sekuntum senyuman untuk mencerahkan
>>hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan
tiba
>>satu ketika di dalam kehidupan apabila
>>anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya
dari
>>mimpi anda dan memeluknya dengan
>>sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana
yang
>>ingin anda tujui dan jadilah apa
>>yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu

>>peluang untuk melakukan semua perkara
>>yang ingin anda lakukan.
>>
>>Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda
>>menarik, percubaan yang cukup untuk
>>membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda
adalah
>>seorang insan dan harapan yang cukup
>>untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut
>>seseorang.Jika anda rasa ianya
>>menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
>>
>>Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang
>>terbaik. Mereka hanya membuat yang
>>terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup
>>mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka
>>yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan
mereka
>>yang telah mencuba. Hanya mereka yang
>>boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka.
>>
>>Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan kemesraan dan berakhir
dengan
>>tangisan. Masa depan yang cerah
>>sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda
tidak
>>boleh meneruskan kehidupan dengan
>>sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
>>
>>Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
>>tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya
>>apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang
sekeliling
>>anda pula yang akan menangis.

No comments :

Post a Comment