Monday, April 21, 2008



Kisah benar dari Sandakan.

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada
tengah
hari itu. 1 september 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut
Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng gelengkan kepala. Pasti
ada
sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati.
Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka



"Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. "Haaa? San, kau tak
pergi
tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia?" kata
Jaimi,
kawan saya. "Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak
faham
bah
" jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka
katakan itu. "Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, "di kubur kat
kampung
Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi
lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.



Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia? tapi belum boleh lagi". "
Kenapa
jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.
Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata
beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari
Kebangsaan,
budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya
untuk
keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya
yang
sudah berusia dan sakit pula engganmemberikannya wang. " Bukannya
banyak,
RM
20 aja mak !" gadis itu membentak." Mana emak ada duit. Mintak dengan
bapa
kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang
sengal.
Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan
kencing
manis. " Maaak? kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,"
kata
gadis itu.



"Yalah, mak tau?tapi mak tak ada duit," balas ibunya."RM 20 aja !" si
gadis
berkata." Tak ada ," jawab ibunya." Emak memang kedekut!" si gadis mula
mengeluarkan kata-kata keras." Bukan macam tu ta?" belum pun habis
ibunya
menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, "Ahhh?sudahlah emak !
Saya
tak mau dengar!" "Kalau emak ada du? " ibunya menyambung , tapi belum
pun
habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya; "kalau abang,
boleh,
tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada!" Serentak dengan itu, gadis
tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke
lantai.
Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya
berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang
terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda
protes
Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan
Sementara
diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis
tersebut
keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di
pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi
berdenyut
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak
bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui
jiran-jiran,
kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.



Jaimi menyambung ceritanya; "Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30
tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di
masukkan
ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak
masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu." Tapi
bila
budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia
seorang
pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."



Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah
ibunya
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut
dan
menyerahkannya kepada gadis berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu
memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak
memanjat
keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat. Ia
seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas." Kenapa ni ayah?" kata
si
gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.



"Apa pasal," Si ayah bertanya. "Kaki Saida ni..tak boleh angkat!" balas
si
gadis yang kian cemas.Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula
riuh.
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku."
Ayah,
tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak naik," gadis
tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan
anaknya
itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa
orang
lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil."
Ayah?kenapa
ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan
adik- beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.Semakin ramai orang
berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun
sudah
ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya
bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya?kenapa jadi macam ni
ayah ?

kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia
meninggal .Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si
ayah
selepas gagalmengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis
yang
berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya
tetap
terpahat ke tanah." Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida.." gadis
itu
menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya
sudah
tidak boleh di empang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida
bersalah,
Saida menyesal.Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi
sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu
menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai
tangannya supaya boleh di tarik keluar.



Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu
lama
mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut
perlu di
kambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di
lihat
lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja? kalau hujan macam
mana
?
" kata imam kepada bapa gadis berkenaan. " Habis anak saya ?" tanya si
bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali,
mayat
isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.
Lelaki
berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian
terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana
pun
kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus
keseluruhan
jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam
kubur.
Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu
dia
meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.Selesai upacara
itu,
orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil." Bila
dah
lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas
itulah
aku
singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa
yang
terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami
semua
menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang
ramai
sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan
di
situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan
berusaha
menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.



Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling
hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di
depan
kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter
daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di
dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis
berkenaan
adalah kenalan saya. " Pssstt?Raie?Raie..Psstt," saya memanggil , Raie
yang
perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak
tu ?"
saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. " Mana boleh .
Keluarga
dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil
itu
dia menjeling ke kiridan kanan khuatir ada orang yang tahu. " Sekejap
aja.
Bolehlah?"saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia
mengalah.
Tana berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan
dengan
Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada
saya
berdebar kencang.



Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak
melihat
apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah
kubur-kubur
yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di
pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan
saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya
saya
tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya
ke
arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta
terasa
sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur
sambil
menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran
lahad dan merintih ; "Emak?ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida
derhaka
pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air
jernih
yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut
menangis
lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak?lepaskanlah kaki
saya
ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat
di
tanah namun tidak berhasil juga.



Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata
mereka
sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan
gadis
berkenaan. " Sudahlah tu Saida?makanlah sikit nak ," rayu bapanya
sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut
langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
terus
meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata
saya
melihat Saida . Tidak saya sangka , cerita datuk dan nenek tentang anak
derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah.
Memang
betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas
tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 ,15 minit saja
kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu
tidak
mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan >
kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak,
ampunkan
saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku
insaf?"



Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi
seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air
matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi
perkuburan
itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan
lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar
berkerumun
datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu
bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan
itu
terpaksa di tolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam
merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya
sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang
ke
rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang
saya
terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada
secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah
mati.



Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran,
Yassin
dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa
adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.
Embun
mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh
bapanya
dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu
kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku
keesokannya
Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun
tidak
dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-
sesak
dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari
terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu
lemah
dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan
kesejukan
di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin
juga
kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. Allah Maha
Agung.
sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di
keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat
lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka...

No comments :

Post a Comment