Lembu Sri Lanka dan KLCC
by Maszlee Malik
Pada bulan April yang lepas penulis dan juga rakan-rakan telah berpeluang
untuk menziarahi mangsa-mangsa Tsunami di Sri Lanka. Kami telah memilih
Muthur sebagai lokasi untuk dihulurkan bantuan. Muthur yang bermakna
"Kampung Permata" dipilih kerana lokasinya yang terpencil dan juga situasi
di sana yang membahayakan. Tidak seperti kawasan-kawasan lain yang dilanda
ombak Tsunami, kampung nelayan yang terletak di dalam wilayah Trinco Malee
ini amat unik. Pertamanya, 80% daripada populasinya adalah Muslim, walaupun
Sri Lanka merupakan sebuah negara yang agama rasminya Buddha. Keduanya
ianya terletak di dalam kawasan yang dikuasai oleh Tamil Ilem (Tamil
Tigers) yang telah bertanggung jawab merompak segala bantuan yang telah
dihantar untuk mangsa Tsunami di Muthur dan kawasan-kawasan yang
berdekatan. Ketiganya, hanya satu sahaja NGO Islam yang bergerak membantu
mangsa-mang! sa Tsunami di sini, iaitu MFCD (Muslim Foundation for Cultural
Developement), selebihnya merupakan NGO-NGO Eropah dan Kristian.
Konklusinya, mangsa-mangsa beragama Islam di sini dan juga
sukarelawan-sukarelawan di sini telah didiskriminasi oleh NGO-NGO tersebut
secara terang-terangan.
Di sini bukanlah waktu untuk berkongsi pengalaman serba mencabar dan
menyulitkan itu. Cuma sewaktu di sana penulis tertarik dengan lembu-lembu
yang dibiarkan berkeliaran di tepi-tepi jalan dan juga di dalam pekan.
Lebih menarik lagi, lembu-lembu ini mempunyai tanda yang tersendiri untuk
dikenali oleh tuannya. Iaitu dengan tindik di hidung, telinga dan juga cop
tatu di badannya. Walaupun lembu-lembu ini berkeliaran, namun tuannya akan
dapat mencarinya kembali berdasarkan tanda-tanda tersebut. Ini telah
mengimbaskan kotak pemikiran penulis pada anak-anak muda yang banyak
berkeliaran di taman di hadapan KLCC. Kebanyakan mereka mempunyai
tanda-tanda yang hampir sama dengan lembu-lembu tersebut. Bertindik di
hidung, di telinga, di mata bagi sesetengahnya dan juga di pusat bagi
mereka yang lebih berani. Di lengan-lengan anak-anak muda in pula
kadang-kadang ada cop-cop tatu tersendiri. Ada yang lebih berani lagi, tatu
dilukiskan di pusat atau bawah pusat mereka yang sengaja didedahkan mungkin
kerana baju yang dipakainya itu telah mengecut akibat tindak balas kimia
dengan udara sekitar. Andaian penulis, mungkin apa yang mereka lakukan itu
untuk memudahkan tuan-tuan mereka untuk mengenali mereka yang kebanyakannya
berpeleseran tiada arah tujuan, namun! itu mustahil. Lembu adalah lembu,
dan yang berada di taman KLCC ini adalah manusia yang berakal dan juga
berjiwa seperti manusia. Apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian,
pastinya soalan cepu emas itu akan dijawab dengan jawapan yang stereotaip,
iaitu: "Trend masa kini".
Cuma yang musykilnya, yang bertindik dan bertatu itu adalah dari kalangan
mereka-mereka yang tercatat di dalam kad pengenalan biru mereka, beragama
Islam. Jikalaulah persoalan "trend" yang dijadikan hujah, tidakkah mereka
menilainya dahulu dengan kewarasan dan juga pertimbangan iman. Bagaimana
pula jika satu hari nanti trend manusia memakan tahi, membutakan mata atau
berbogel langsung di khalayak ramai?, adakah itu juga akan mereka
ikuti?...hanya mereka sahaja yang boleh menjawabnya.
Sewaktu menghabiskan buku 300 soal jawab remaja yang bakal diterbitkan oleh
Alaf 21, penulis banyak menghadapi soalan-soalan yang serba sedikit telah
menyebabkan dahi penulis sedikit berkerut sehingga kini dan memerlukan
sentuhan Dove untuk menghilangkan kedutan tersebut. Soalan-soalan seperti:
"Adakah lelaki boleh bertindik?", "Bolehkah wanita bertindik di kening, di
hidung, di bibir dan di pusat?", "Bolehkah orang Islam bertatu, jika dakwat
yang digunakan itu boleh menyebabkan air menembusi kulit?", "Bolehkah
mewarna rambut, jika pewarna tersebut mempunyai cop halal JAKIM?" dan
lain-lain soalan kontemporari yang jika diajukan kepada Dr Yusuf
al-Qaradhawi, pastinya ulama tersebut terpaksa mengambil nafas yang panjang
untuk beristighfar. Hakikatnya, itulah realiti masyarakat kita. Bagi yang
bertanya, sekurang-kurangnya, alhamdulillah mereka inginkan kepastian
tentan! g hukum, bagaimana pula yang langsung tidak hiraukan hukum-hakam
dan terus ikut dan buat sahaja tanpa berfikir panjang. Mungkin cogankata
"Just Do It" kasut jenama NIKE telah menjadi inspirasi mereka.
Memang benar, penyakit jiwa yang dihidapi oleh sesetengah generasi muda
kini ialah kurangnya berfikir dan taklid membuta tuli. Jika generasi tua
berasa senang untuk bertaklid dalam hal-hal agama, generasi muda pula
merasa senang untuk bertaklid dalam hal-hal sosial. Apa sahaja yang
disuapkan oleh media, itulah ikutan mereka tanpa mempunyai perkiraan yang
matang, samada dari pertimbangan agama ataupun perimbangan akal yang waras.
Apa yang artis buat, itulah ikutan mereka. Seperti kata seorang rakan yang
mengatakan bahawa masyarakat kita seumpama komputer yang tiada anti-virus
dan firewall yang kuat, mereka hanya memuat turunkan segala perisian yang
disogokkan kepada mereka tanpa mempunyai daya penapisan dan daya tahan.
Ahkirnya, segala yang mereka muat turunkan itu terdapat virus yang akhirnya
akan merosakkan bukan hanya sekadar perisian komputer itu sahaja, ma! lah
hard ware juga akan turut rosak kerana kejahatan virus yang berjaya
menyelinap masuk ke dalam komputer tersebut. Begitulah halnya keadaan
masyarakat kita, budaya-budaya yang sedemikian bukan hanya sekadar
penampilan, tetapi ia juga membawa bersamanya falsafah dan kerosakan
terhadap struktur sosial masyarakat dan juga nilai-nilai etikanya.
Jika ditinjaukan dari hukum pula, jelas sekali hadis Rasulullah S.A.W. yang
melarang kita meniru orang-orang kafir dan orang-orang yang fasiq (hadis :
Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka. H.R.
Abu Daud) sudah cukup menjadi jawapan kepada sesiapa yang masih lagi tidak
jelas tentang hukum perlakuan tersebut. Walau bagaimanapun, jika tidak
dilihat dari sudut agama pun, dari sudut moral, ianya amat bertentangan
dengan nilai manusia bertamadun. Mungkin terlalu kasar jika ingin disamakan
dengan apa yang terdapat di Sri Lanka, tetapi ianya hampir ke sana juga.
Perihal lelaki yang gatal hendak bertindik, walaupun ianya penuh kesakitan
(sepertimana yang dilaporkan dalam sebuah majalah picisan minatan ramai
anak Melayu) lagilah kurang cerdik sipengamalnya. Jika hendak dilihat
kepada dalil juga, hadis Rasulullah S.A.W. yang melaknat orang lelaki yang
menyerupai wanita dan juga wanita yang menyerupai lelaki sudah cukup untuk
membuktikan bahawa bertindik adalah haram bagi kaum lelaki. Sayangnya
golongan seumpama ini bukanlah kisahkan sangat apa Nabi kata, yang penting
"ikut trend", "ikut fesyen", walaupun apa yang mereka ikutkan itu tidak
langsung mendatangkan manfaat. Mungkin makhluk-makhluk di Sri Lanka itu
jika diberikan akal pun, tidak akan rela dirinya ditindik di hidung dan
di teliga, apatah lagi kalau yang hendak ditindik itu di kelopak mata
ataupun di pusat.
Berkaitan isu tatu pula, Rasulullah S.A.W. telah melarang umatnya dari
melakukan Wasyam (tatu) dan Allah melaknat sesiapa yang melakukannya
seperti yang telah disebutkan di dalam hadis riwayat Muslim. Walaupun hadis
ini menyebutkan wanita yang ilaknat kerana bertatu dan minta dirinya
ditatu, termasuk di dalam larangan dan juga laknat tersebut, kaum lelaki.
Tatu juga, selain daripada dakwatnya yang menghalang air melalui kulit,
ianya merosakkan kulit dan juga mencerminkan ketidak berakhlaknya si
pemakai tatu tersebut. Di samping itu, budaya bertatu juga mencerminkan
manfestasi penghambaan diri seseorang kepada budaya ikut-ikutan. Lagi pula
yang diikutkan itu adalah budaya hendonisme dan juga para artis yang kafir
dan juga yang bergelumang dengan dosa. Persoalannya adakah mereka yang
melakukan tatu-tatu tersebut mengambil kira perkiraan seumpama ini?,
rasanya otak mer! eka tidaklah terlalu ligat untuk berfikir semacam ini.
Yang penting bagi mereka-mereka yang semacam makhluk di Sri Lanka ini ialah
"trendy", "glamour", "ikut fesyen" dan juga bebas.
Rasanya sudah sampai waktu bagi mereka-mereka yang sedar, terutamanya para
pembaca e-mail ini untuk membantu rakan-rakan mereka yang diperhambakan
oleh ideologi ikut-ikutan yang telah ditindik dan ditatukan seumpama
mahkluk-makhluk di Sri Lanka. Sedarkan mereka, dekati mereka dan juga
bimbinglah mereka. Jangan biarkan mereka tenggelam di dalam khayalan mereka
sehinggakan akal yang begitu bernilai tidak langsung mereka gunakan untuk
membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Janganlah juga satu hari
nanti bilangan anak-anak muda kita yang menjadi hamba ideologi ini
mengatasi bilangan lembu-lembu di Sri Lanka yang berkeliaran di pekan-pekan
dan juga bandar-bandarnya dengan badan yang bertatu serta telinga, hidung
dan pusat yang bertindik...

No comments :
Post a Comment