Wednesday, April 23, 2008


PERISTIWA TULISAN AGUNG

Hadis diriwayatkan oleh Baihaqi, seorang sahabat Nabi
s.a.w bernama Abu Dajanah yang berkata "Aku telah
mengadu kepada Rasulullah dengan berkata,

"wahai Rasulullah, sedang aku berbaring tiba-tiba aku
mendengar desir suara sepeerti bunyi kisaran gandum
dan berdengung sepeerti suara lebah. Dan aku terlihat
pancaran seperti pancaran kilat. Lalu aku mengangkat
kepala kerana terkejut dan takut. Tiba-tiba aku nampak
bayangan hitam berdiri tegak memanjang memenuhi ruang
rumahku. Lalu aku mendekati bayangan itu aku terasa
kulitnya seperti bulu landak. Bayang itu menyemburkan
cahaya seperti semburan bunga api ke arah mukaku
sehingga aku menyangka badan dan rumahku terbakar".

Lalu Rasulullah menyatakan "itu adalah syaitan yang
mahu mengacau atau membuat keburukan dirumahmu ya Abu
Dajanah."

Lalu Rasulullah menyuruh Ali bin Abi Talib, tulislah
ini. Maka Saidini Ali pun menulisnya seperti di atas.

Aku membawa tulisan tersebut balik kerumah dan aku
letakkan di kepala dan tidur. Tidak lama aku mendengar
jeritan dan tangisan berkata "wahai Abu Dajanah,
engkau telah membakar kami dengan perkataan/tulisan di
atas." Demi kebenaran sahabat Mu tolonglah buangkan
tulisan tersebut. Aku takkan datang mengacau kau lagi.
Tolonglah! Abu Dajanah menjawab, "aku tidak akan
membuangnya sehingga Rasulullah menyuruh aku
membuangnya,"

Abu Dajanah menyambung ceritanya, sepanjang malam
tersebut aku mendengar jeritan dan suara mengerang
kesakitan sehinggalah menjelang subuh. Ketika aku
sembahyang subuh bersama Rasulullah aku pun
menceritakan kepada baginda hal tersebut. Demi Allah
yang telah mengutusku sebagai Rasul, sesungguhnya
mereka (syaitan-syaitan) itu telah merasakan kesakitan
dan akan menerima azab siksa hingga ke hari kiamat.

KEISTIMEWAAN AYAT INI
1. Menghalang gangguan makhluk halus.
2. Menghalang ilmu hitam dan sihir.
3. Menundukkan kezaliman orang yang zalim.
4. Memecahbelahkan kesatuan musuh.

No comments :

Post a Comment