
Pra-Syarat Pengakuan Keimanan (Bhgn 03)
Syarat yang kedua adalah Yakin
Ini adalah lawan kepada curiga dan ragu-ragu. Di dalam Islam, sebarang
bentuk keraguan boleh membawa kepada Kufur or tidak beriman. Kita
mesti, di dalam hati-hati kita, mempunyai keyakinan yang sepenuhnya akan
kebenaran Shahadah itu. Hati-hati kita janganlah berdolak-dalik walau
sedikitpun apabila kita menyaksikan akan kebenaran, "Tiada Tuhan Yang
Berhak Disembah Melainkan Allah."
Allah SWT menggambarkan orang-orang yang beriman di dalam al-Quran
sebagai mereka yang mempunyai keimanan kepada Allah dan hati-hati mereka
tidak sedikitpun merasa ragu-ragu. Firman Allah SWT, "Sesungguhnya
orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan
harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang
benar" (Al-Hujuraat 49:15). Demikian juga, Rasulullah SAW bersabda, "Tidak
ada sesiapa yang bertemu dengan Allah dengan pengakuan bahawa tidak
ada yang berhak disembah melainkan Allah dan aku Rasul Allah, dan dia
tidak mempunyai sedikit keraguanpun dengan kenyataannya itu, melainkan dia
akan memasuki Syruga" (Riwayat Muslim).
Sesungguhnya, Allah SAW menggambarkan para munafiq itu sebagai mereka
yang hati-hatinya ragu-ragu. Contohnya, Allah SWT berfirman,
"Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (untuk tidak menyertai
Jihad), hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dah hari
kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, kerana itu mereka selau bimbang dalam
keraguannya" (At-Taubah 9:45).
Ramai ulamak telah menyatakan bahawa penyakit-penyakit hati itu, atau
keraguan dan kecurigaan yang seseorang benarkan menempati hatinya,
adalah lebih merbahaya kepada keimanan seseorang itu daripada nafsu dan
keinginan. Ini adalah kerana nafsu-nafsu dan keinginan-keinginan itu boleh
dihilangkan pada satu-satu masa. Kemudiannya, seseorang itu jelas
mengetahui bahawa ianya telah berdosa lantas dia boleh mengawal dirinya,
bertaubat dan meninggalkan amalan-amalan yang keji itu. Akan tetapi,
keraguan dan kecurigaan akan terus menempati hati sseorang, tanpa apa-apa
penawar, hinggalah seseorang itu meninggalkan Islam terus atau berterusan
sebagai seorang Muslim, tetapi pada hakikatnya, hatinya masih tidak
beriman sepenuhnya.
Penawar yang paling mujarab untuk keraguan dan kecurigaan ini adalah
dengan menuntut ilmu. Melalui ilmu-ilmu yang betul tentang al-Quran dan
Sunnahlah kebanyakan daripada keraguan dan kecurigaan ini dapat
dihilangkan. Melalui pengajian dan pemahaman, seseorang akan beroleh kepastian.
Kemudiannya, dengan pengajian dan pembelajaran yang berterusan,
kepastian seseorang itu akan bertambah kuat dan tegas.
Saya akan berikanmu satu contoh tentang hakikat ini. Ianya berkenaan
dengan segala keraguan, kecurigaan dan salah faham yang berleluasa
tentang kesahihan hadith-hadith. Contonhnya, ada orang-orang Islam yang
mengatakan bahawa hadith-hadith tidaklah dicatatkan sehingga
sekurang-kurangnya 200 tahun selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW. Malah, terdapat
ramai orang Islam yang mempunyai banyak keraguan terhadap hadith dan
dengan pantas menolak hadith-hadith berlandaskan perkara ini. Sedangkan,
pada kenyataannya, sekiranya seseorang itu memperuntukkan masa untuk
mengkaji sejarah dan usaha menjaga hadith-hadith, beliau akan mendapati
bahawa semua tuduhan-tuduhan terhadap hadith-hadith itu adalah tidak
berasas sama sekali. Tuduhan-tuduhan tersebut hanyalah sekadar pendustaan
yang lahir dari Syaitan dan ramai Muslim yang kurang pemahaman dan
ilmunya telah membiarkan pendustaan ini menempati hati-hati mereka.
Izinkan saya ulaskan sedikit lagi tentang syarat Yakin ini. Seperti
yang telah saya katakan sebelum ini, keraguan dan salah faham adalah
sangat merbahaya terhadap iman seseorang. Keraguan dan kecurigaan boleh
membawa kepada murtad seperti yang dibincangkan sebelum ini. Oleh kerana
itu, setiap Muslim mestilah berusaha sedaya-upaya untuk memelihara
dirinya daripada keraguan sebegitu dan sentiasa menjauhkan dirinya dari
sumber-sumber keraguan dan kecurigaan itu; lebih-lebih lagi sekiranya
dirinya tidak mempunyai asas-asas keilmuan Islam yang kuat dan tidak
mempunyai ilmu untuk menyanggah keraguan, kecurigaan dan salah faham tersebut.
Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu punya kenalan atau rakan,
walaupun rakannya itu Muslim, yang sentiasa membuatkan beliau ragu-ragu
akan Allah SWT dan agama ini, maka beliau harus menjauhkan diri
daripada individu tersebut demi menjaga agama dan imannya. Ramai dari kalangan
Muslim pada hari ini belajar kursus-kursus Islam yang diajar oleh para
Orientalis dan disebabkan oleh latarbelakang keislaman mereka yang
longgar, mereka dengan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara karut yang
diajarkan oleh sesetengah daripada para Orientalis ini atas nama
'sains'. Begitu juga, ramai daripada umat Islam hari ini menghabiskan masa
berjam-jam di dalam 'newsgroups' dan 'bulletin boards' menerusi
komputer. Sekali lagi, dia yang cetek ilmu Islamnya akan dengan mudah
terpengaruh dengan salah faham dan hujah-hujah palsu yang dibacanya dari
sumber-sumber sedemikian. Beliau sepatutnya menjauhkan diri dari
perkara-perkara sedemikian dan berusaha mendapatkan ilmu Islam yang mendalam
menerusi sumber-sumber yang sahih tentang Islam. Sekali lagi, penawar yang
paling mujarab untuk menghilangkan keraguan dan salah faham ini, setelah
dirahmati dan diberi petunjuk oleh Allah SWT, adalah ilmu yang mendalam
dan kefahaman yang jelas tentang Islam. Apabila seseorang itu punya
ilmu yang mendalam dan kefahaman yang jelas tentang Islam, beliau tidak
akan terpengaruh dengan hujah-hujah yang palsu lagi lemah yang
didatangkan oleh musuh-musuh Islam dan beliau, insha-Allah, akan menjadi dari
kalangan yang digambarkan di dalam al-Quran, "...Sesungguhnya yang takut
kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama" (Faathir 35:28).
No comments :
Post a Comment