Petikan dari Majalah PARAS - Oktober 2004
> Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai
> sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan
> hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar
> dibahunya.
>
> 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
> pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai
> merasa letih...lelah, alasan-alasan saya
> mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang
> menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan
> benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya
> merindui saat-saat romantis seperti seorang anak
> kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan
> ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya
> perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya
> harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan
> ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang
> romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan
> semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
>
> Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
> keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan
> penceraian.
>
> "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
>
> "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan
> cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung
> sepanjang malam di depan komputernya, nampak
> seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal
> tidak.
>
> Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki
> yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya,
> apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan
> akhirnya dia bertanya.
>
> "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
> Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan
> menjawab dengan perlahan.
>
> "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
> didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;
> Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang
> ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang
> memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah
> yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
>
> Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan
> memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah
> mendengar responnya itu.
>
> Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya
> menenui selembar kertas dengan coretan tangannya
> dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
> bertuliskan...
>
> 'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
> untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
> alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
> saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
>
> "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik
> program didalamnya dan akhirnya menangis di depan
> monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang
> supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program
> tersebut."
>
> "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
> keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya
> boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti
> ketika pulang."
>
> "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
> selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di
> tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
> mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
> yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke
> rumah."
>
> "Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman
> baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus
> memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut
> kaki Siti yang sengal itu."
>
> "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
> risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus
> membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
> dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
> menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
>
> "Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu
> tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus
> menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang
> dapat menolong mengguntingkan kukumu dan
> memandikanmu."
>
> "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing
> menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir
> yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang
> bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
>
> "Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga
> itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat
> airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
>
> "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh
> mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
>
> "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
> oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.
> Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,
> kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
>
> Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan
> tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha
> untuk terus membacanya lagi.
>
> "Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan
> Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini,
> dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,
> tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang
> sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
> "Tetapi, jika Siti tidak puas hati,
> sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan
> barang-barang Abang, dan Abang tidak akan
> menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila
> Siti bahagia."
>
> Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang
> terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan
> pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan
> wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti
> kesukaan saya.
>
> Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
> mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah
> cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
> beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita
> merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam
> 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah
> hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita
> bayangkan sebelum ini.

No comments :
Post a Comment