Wednesday, April 23, 2008




Sedikit Fakta Tentang Yahudi.



Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat
dilupakan bangsa Palestin sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel.

1. KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan
sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah
ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah.

2. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud
materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan
kedua-duanya segi tiga betul dan terbalik membentuk berbucu enam yang
menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

3. YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka
panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk
bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak
setaraf dengan mereka.

4. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis
Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam
khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin).

5. KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle,
Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion yang mengandungi perancangan
terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa
bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan
perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah.

6. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi,
terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia
sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui
perang dengan sokongan Britain dan Amerika.

7. BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa
lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga
memberikan pelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan
bangsa lain.

8. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun
tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.

9. KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi,
antaranya Hizrial, Asyia, Armia, Zakaria dan Yahya. Mereka juga cuba
membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal.

10. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan
kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut
ajaran kedua-dua kitab itu.

Antara yang diselewengkan:


Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kanan dan tidak akan memberi
kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama Yahudi kerana Yahudi
untuk Israel sahaja.

Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak mengambil tanah milik
orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu pun milik orang lain akan
tetapi ia adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai musuh dan
zalim.

Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:

Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat. Penguasaan Yahudi atas apa yang
dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus
menerus dan abadi.

11. DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas
melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi
telah melancarkan operasi sapu bersih ke atas rakyat Palestin sejak sebelum
penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikan negara itu seratus peratus
Yahudi. Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah:

- 13 Disember 1947: Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida
berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878)
diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British
telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.

- 1 Januari 1948: kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom
tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh
wanita dan kanak-kanak.

- 9 & 10 April 1948: dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan
Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh
itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai
25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52
kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.

- 11 Julai 1948: Batalion ke89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan
menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah
berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan
berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan
yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.

- 15 & 18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin
disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih
itu ialah Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang.

No comments :

Post a Comment