
SEJARAH ANGIN AHMAR
Penyakit angin ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan yang biasanya datang secara tiba-tiba dan sukar pula diubati. Walaubagaimanapun dengan rahmat Allah SWT kepada hamba-hambanya maka melalui Nabi Muhammad SAW, umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut.Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya tersenderi, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa bangga diri. Dalam hatinya berkata siapakan makhluk allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia yang besar, gagah, hebat serta garang. Nabi Sulaiman AS terkejut dan mengeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia adalah Ar-Raihul Ahmar(Angin Ahmar)iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia di beri kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh memersap ke dalam urat saraf, darah dan otak seseorang sehingga hilang akal.Nabi Sulaiman AS segera mengarah panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul Ahmar itu, namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang.Angin Ahmar masih ada hingga zaman Nabi Muhammad SAW dan pada hari ini.Pada zaman Nabi Muhammad SAW, cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu, turun Malaikat Jibril memberitahu bahawa Hassan terkena penyakit Angin. Lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab 'ada' lalu ghaib. Sebentar kemudian kembali memberitahu Rasulullah bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacakannya walaupun sekali seumur hidup.Baginda pun membaca doa ini, lalu Saidina Hassan pun sembuh Baginda menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada umat Islam yang lain.Kepada mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar, hendaklah berusaha mengamalkan doa ini seberapa kerap, terutamanya selepas solat. Sesetengah ulama menulis doa ini dengan dakwat pada mangkuk atau pingan putih, kemudian di basuh dengan air lalu sebahagiannya di sapu pada anggota yang terkena penyakit tersebut.
No comments :
Post a Comment