Monday, April 28, 2008

Sg Nil




Rujukan: Khalifah Yang Agung Saiyidina Umar Ibnul Khattab r.a., Bismi
Publisher 1986, Luqman Hakim.

Kisah ini merupakan suatu perkara yang benar-benar berlaku di zaman
pemerintahan Saiyidina Umar al-Khattab r.a. Beliau adalah seorang
mukmin
yang sejati, teguh iman dan amat taqwa kepada Allah SWT. Justeru kerana

kekuatan imannya kepada Allah SWT, maka doanya sentiasa diperkenankan
oleh
Allah SWT.

Semasa pemirintahan Khalifah ke-2 ini, empayar Islam telah berkembang
bukan
setakat Semenanjung Arab sahaja malah Rom dan Parsi juga telah dapat
dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan
keamanan
yang dibawa oleh pemerintahan Islam.

Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Umar al-Khattab r.a. telah
melantik
seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As r.a. sebagai

Gabenor di Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja menganut agama
Islam, penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah mereka menganut
agama
Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan agama asal nenek-moyang
mereka, ini kerana tiada paksaan dalam Islam, mereka bebas sama ada
mahu
menerima Islam atau tidak.

Suatu peristiwa ganjil dan aneh berlaku semasa Amru al-As r.a. menjadi
Gabenor Mesir. Sungai Nil kelihatan mulai surut airnya, airnya tidak
melimpah-limpah seperti biasa. Sungai Nil amat penting kepada penduduk
kerana ia adalah nadi kehidupan di sana, sungai Nil digunkan untuk
menyiram
kawasan pertanian dan sebagai sumber air untuk kehidupan mereka.
Peristiwa
ini amat mencemaskan penduduk Mesir.

Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah
matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan
seorang
anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada Dewa
Sungai
Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.

Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan
mendesak
Amru al-As r.a. supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut bagi
mengatasi
masalah sungai Nil ini, walaupun mereka telah memeluk Islam tetapi
masih
tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah diamalkan turun-temurun.
Amru
al-As r.a. keberatan menunaikan permintaan mereka kerana adat ini
khurafat
dan syirik kerana menyembah selain dari Allah SWT. Gabenor meminta
tangguh
dahulu kerana ingin bertanyakan kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a.
bagi
menyelesaikan masalah ini bagi memuaskan hati penduduk Mesir.

Amru al-As menulis sepucuk surat kepada Khalifah menceritakan dengan
jelas
masalah yang dihadapinya, semoga khalifah dapat memberikan pandangan
bagi
menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan raklyat.

Khalifah Umar al-Khattab r.a. menerima surat tersebut, apabila dibaca,
air
muka Umar al-Khattab r.a. berubah kerana marah dengan sikap penduduk
Mesir.
Katanya “ adat ini terang sekali syirik hukumnya. Terang sekali
bertentangan
dengan ajaran agama kita yang suci. Bukankah Allah SWT yang sebenarnya
patut
disembah kerana Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha
Penyayang.
Demi Allah, aku tidak sekali akan membenarkan penduduk Mesir melakuakan
adat
yang kejam dan bodoh ini”.

Setelah itu, Umar al-Khattab r.a. mengambil sehelai kertas dan menulis
sepucuk surat sebagai balasan kepada Gabenor Mesir.Beberapa hari
kemudian
surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin surut dan
mulai
kering, penduduk bertambah gelisah dan cemas.

Amru al-As r.a. sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah,
alangkah
terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya
sebaliknya
Umar al-Khattab menujukan surat itu kepada sungai Nil. Setelah
membacanya
Amru al-As r.a. terus mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil.
Dengan
kuasa Allah SWT setelah surat itu jatuh ke dalam sungai Nil dalam
sekejap
masa air Sungai Nil mulai naik dan akhirnya melimpah-ruah ke kawasan
tanah
disekelilingnya. Kejadian yang anih ini disaksikan sendiri oleh
penduduk
Mesir. Semenjak hari itu iman mereka mula teguh dan mereka tidak
mengamalkan
adat jahiliyyah tersebut.

Surat khalifah Umar al-Khattab itu berbunyi antara lain maksudnya
”Surat ini
dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil, kalaulah air
yang
mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah maka kami tidak sekali

memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah itu Maha Kuasa dan
kepadaNyalah
kami bermohon supaya engkau mengalir seperti sediakala”.

Wallahu a’lam…."


dipetik dari Tranungkite

No comments :

Post a Comment