Monday, April 28, 2008


TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau
pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan
turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah
dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran
kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air,
hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus,
berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk
berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan
hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah
berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat
kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang
selera makan, turun berat badan, kulit dan mata
menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras
di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama,
ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi
lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah,
gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam,
pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing
yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah
lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan
di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di
leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
------------------------
(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER
--------------
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,
membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di
negara Jepun dan China , mereka mempercayai bahawa
meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko
penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria
yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain
memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem
"detoxification" di dalam limpa, membantu
menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki
oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga
berupaya untuk menghalang darah beku dan juga
mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
------------------------------------------
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun
aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan
evening primrose oil

No comments :

Post a Comment