Thursday, May 1, 2008

Gadis pintar matematik jadi pelacur

Ulasan dan Ubahsuai dari malaysiakini

 Gadis pintar matematik ini pernah menjadi tajuk utama berita media tempatan sedekad lalu tetapi kini Sufiah Yusof patah hati dan menjual tubuhnya demi menyara hidup.

Pada usia 12 tahun, Sufiah yang beribukan wanita kelahiran Johor menjadi isu di Malaysia apabila cuba mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford.

Menteri pendidikan waktu itu Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan memastikan kewarganegaraan Sufiah dahulu sebelum memberikan biasiswa kerajaan Malaysia.

Disember 1997, gadis pintar warga keluarga Britain ini berada di Oxford selama lima hari untuk temuduga memasuki Kolej St. Hilda's, Oxford.

Kali terakhir minat masyarakat Malaysia terhadap Sufiah muncul apabila gadis manis ini, waktu itu usianya 15 tahun, hilang dari Universiti Oxford, tempat dia menjadi pelajar matematik tahun tiga, pada 2000.

 Sufiah hilang selepas selesai mengambil peperiksaan akhirnya pada 21 Jun di Kolej St Hilda.

Anak ketiga pasangan Farooq dan Halimaton - kedua-duanya memakai nama keluarga Yusof - dua minggu kemudian ditemui di sebuah kafe siber dan enggan kembali ke rumah ibu bapanya.

Akhbar News of the World hari ini mendedahkan nasib Sufiah, 23, yang melacurkan diri melalui internet selepas siri-siri kekecewaan hidup yang bertubi-tubi menimpanya, termasuk gagal dalam perkahwinan sewaktu berusia 20 tahun.

Laman web akhbar itu melaporkan, seorang wartawan penyiasatnya berjaya ke pangsapuri wanita manis ini di Salford, Manchester dengan berpura-pura melanggannya dengan bayaran 130 pound (RM829) sejam.

Rencana bertajuk 'Genius on the Game' memuatkan beberapa foto wanita muda itu tanpa berpakaian yang dirakam oleh wartawan tersebut.

Sufiah, yang berwajah ceria, tidak menunjukkan kesedihan mendengar berita bapanya yang dihukum penjara 18 bulan sehari sebelum pertemuan dengan wakil media tersebut.

 Farooq, 50, didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan, kedua-duanya 15 tahun, sewaktu mengajar matematik di rumah mereka.

Sufiah menyalahkan bapanya, yang dulunya digambarkan di Malaysia sebagai guru pintar yang mendidik anak-anaknya pintar, yang menderanya secara emosi dan fizikal untuk melayakkannya ke Oxford - begitulah mesej e-mel yang dikirim kepada kakaknya sebagai menjawab kenapa beliau tidak mahu pulang ke rumah mereka.

Menurut News of the World, Farooq juga pernah terlibat dengan dua lagi jenayah - dipenjara pada 1992 selepas memainkan peranan dalam penyelewengan pajakan 1.5 juta pound dan sewaktu 19 tahun dihantar ke sekolah pemulihan selepas terlibat dalam konspirasi 100,000 pound.

(Gambar - Shilpa Lee dan Jonathan Marshall pada tahun 2004. Bercerai 13 bulan kemudian.)

Untuk membayar sewa bilik di pangsapuri "buruk dan menyedihkan" itu, Sufiah memperkenalkan dirinya sebagai Shilpa Lee - di sebuah laman web khidmat seks - yang bersedia melayan setiap hari antara 11 pagi hingga 8 malam.

Sufiah gagal menghabiskan pendidikannya di peringkat sarjana di Oxford selepas bertemu Jonathan Marshall.

Perkahwinan mereka, yang tidak dihadiri anggota keluarganya walau mereka diundang, pada 2004 berakhir 13 bulan kemudian.


SUFIAH Oh Sufiah



Sufiah Yusof, the child Maths genius who won a place at Oxford University when she was just 13, has been found to be working as a prostitute, according to a report.


More news - The Star online.



 E-MAIL PILIHAN :-


Samsuddin Arifin, Sepang.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat rakan-rakan muslimin dan muslimat sekelian;



Saya terpanggil untuk buat pertama kalinya untuk menulis di persada siber ini bagi tujuan berkongsi pandangan.



Saya tidak tahu kenapa detikan hati saya amat kuat kali ini untuk gagah menulis walaupun saya tidak pernah menulis atau menyumbang apa-apa di sebarang blogsiber malah tidak mengenali dunia bloggers sehinggalah malam 8Mac lalu dimana saya tertekan dengan sempitnya saluran media perdana menyalurkan matlumat keputusan pilihan raya.



Apa yang ingin saya kongsikan sekaligus menarik para pembaca tulisan saya ini menilai cetusan kebimbangan hati saya mengenai berita yang agak tragis barangkali, tentang ‘SUFIAH’, yang pernah mengegarkan minda kita dengan kepintarannya dalam bidang matematik, suatu kebolehan luarbiasa yang dianugerahkan Illahi kepada beliau dan suatu masa dahulu pernah membuat sebahagian daripada kita berbangga atas kejayaannya memasuki universiti oxford yang penuh berprestij itu, "Tersungkur di Lembah Hina(Harian Metro. myMetro)" dan dia seorang Islam..dan ibunya dari bumi Malaysia..

 Geram...terharu.. tetapi jauh di lubuk hati saya, saya tetap berharap ianya akan diberi petunjuk daripada Allah s.w.t., agar beliau dibuka pintu hatinya kembali ke jalan yang benar, sekiranya benar apa yang di siarkan dalam Utusan Malaysia dan Harian Metro semalam.

Menjawab persoalan yang dibangkit oleh penulis Cikgu Harizal dot Com bertajuk Tragedi Hidup Sufiah – Antara EQ & IQ (Pautan @http://taman-pitis.blogsite.org - BERAS PADU blog , Pautan asal saya dapati dari ALBANJARI), pada pandangan saya bukan EQ & IQ sahaja tetapi lebih kepada SQ nya.. sekiranya dimensi ini yang ingin kita tekankan selain faktor yang tidak boleh kita hindarkan sama sekali sebagai seorang muslim iaitu faktor hidayah Allah SWT.

Merujuk kepada cetusan Dr Ali Shariati (seorang intelektual muslim) yang saya petik dari sebuah buku bertajuk ESQ(Emotional Spiritual Quotient) Berdasarkan 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam, tulisan Ary Ginanjar Agustian, terbitan FIB Ent.) dimana menurut beliau manusia adalah makhluk dwi-dimensi yang memerlukan penyelarasan diantara dua keperluan iaitu keperluan kepada kepentingan dunia dan juga akhirat.

Oleh sebab itu, mengikut beliau manusia seharusnya memiliki konsep duniawi atau kepekaan emosi dan kebijaksanaan/keintelektualan yang baik (EQ plus IQ) dan paling penting ialah penguasaan ruhiyah vertikal atau Spiritual Quotient-SQ). Saya tertarik dengan model pembangunan modal insan yang berlandaskan pautan tiga dimensi ini IQ-EQ-SQ yang banyak sekali diolah dalam buku-buku berkaitan kajian akademik ESQ yang makin popular dan diperkatakan ramai termasuklah cendekiawan di negara barat. Asasnya saya yakin terangkum dalam rangkakerja /framework yang digariskan oleh Allah dan RasulNya, Nabi Muhammad S.A.W melalui 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman. Penerapan model ini saya percaya boleh diperkenalkan di dalam organisasi bagi tujuan pembangunan insan kearah pembentukan “Corporate Sufi” di dalam sebuah organisasi.

Berbalik kepada kebimbangan saya mengenai berita ‘SUFIAH’ yang disiarkan dalam Utusan Online dan Harian Metro yang memetik laporan edisi online News of the World yang menceritakan bagaimana penyamaran wartawannya membongkar kisah ‘SUFIAH’ yang mengikutnya menjadi pelacur dengan menceritakan bagaimana aksi ‘SUFIAH’ yang beragama Islam? yang Genius?.. di atas katil.. dimana beliau adalah pelangannya?...

Servisnya di iklankan di Internet… Wahai rakan-rakan bloggers yang saya kagumi dan hormati.. apakah tidak ada kemungkinan laman itu dibuat orang lain?..atau apakah susah atau terlalu mustahil untuk menghasilkan plot sebegini..?. Saya hanya sekadar bertanya…

Saya tidak tahu dan saya sememanya tidak tahu realiti sebenar… Cuma berdasarkan cerita yang dipaparkan dalam dua akhbar kita yang memetik laporan wartawan tersebut..(rasanya sudah pasti bukan beragama Islam?), yang menceritakan (apakah kononnya?) ‘SUFIAH’ adalah pelacur… (waliauzubillah).Dengan kata lain melakukan ZINA?...

Ramai di antara kita yang rasa terkilan? atau tertanya-tanya kenapa dan ada yang bersimpati dengan kisah perjalanan hidupnya (termasuklah saya), tetapi saya ingin menyuarakan rasa ‘isi hati’ saya yang tegar menyatakan tidak perlu kita bercakap sesama kita..bercerita dan berborak tentang pendedahan wartawan bukan beragama Islam itu mengenai orang Islam yang bernama ‘SUFIAH’ ini , yang dikatakan melacur atau dalam agama kita dipanggil ZINA ini, KERANA saya khuatir kita menjadi AGEN kepada penyebaran berita ZINA sedangkan pertuduhan ZINA didalam Islam memerlukan empat saksi yang sahih.

Dikhuatiri keimanan kita tercemar… bimbang kita akan/boleh dikaitkan dengan penyebaran/ pertuduhan perzinaan tanpa saksi mutlak(Menurut Islam), BUKAN DI SINI tetapi di AKHIRAT... Wallahuaklam.

Kepada Al-Fadhil ustaz-ustaz atau rakan-rakan yang lebih arif tentang keagamaan yang membaca nukilan saya ini sudi kiranya memberi komen atau teguran kiranya pandangan saya ini salah kerana saya masih dalam pencarian… semoga kita sentiasa diberi PETUNJUK oleh Allah subhanahuwata’ala.

Wassalam.

JURUTERA PRIHATIN.
@IBSMBA. Sepang"



Sufiah keliru -- Bekas suami


Sumber Agensi

LONDON 1 April –
Sufiah Yusof yang pernah menggemparkan dunia kerana berjaya memasuki universiti pada usia 13 tahun, dikatakan keliru dengan apa yang diingini dalam hidupnya.

Setelah akhbar mendedahkan kisah memalukan apabila dia kini terpaksa menjadi pekerja seks menyara hidup, ia turut menjadi episod terakhir kepada perkahwinan ibunya, Halimahton.

Wanita itu semalam meninggalkan kediaman keluarganya di Coventry bagi menguruskan penceraian dengan suaminya, Yusof Farooq.

Rumahtangga mereka bergoncang selepas suaminya dipenjarakan kerana melakukan gangguan seksual terhadap dua gadis berusia 15 tahun ketika bertugas sebagai tutor persendirian.



“Kami tidak mahu dikaitkan lagi dengan ayah. Dia selalu bertindak kejam terhadap kami dan ini juga merupakan alasan utama kenapa Sufiah melarikan diri,” kata abang Sufiah, Isaac Abraham, 26.

Kira-kira 10 tahun lalu, Yusof mendakwa dia telah memperkenalkan sistem yang dipanggil “Hothousing” iaitu teknik pembelajaran insentif melalui tutor peribadi.

Mereka yang menjadi bahan uji kaji adalah kelima-lima anaknya.

Paling penting keadaan di rumahnya sentiasa terkawal bagi memastikan tumpuan mereka tidak terjejas.

Televisyen, muzik pop dan perkara lain yang boleh menggugat pemikiran mereka adalah dilarang dan bagi Yusof, udara segar sangat penting untuk menjana fikiran cerdas.

“Namun tumbukan juga membantu kami,” ujar Isaac.

Menurut pemuda itu, semuanya terpulang kepada mood bapanya keran ada ketikanya Yusof akan mengejutkan anak-anak di tengah malam dengan menumbuk muka mereka.

“Perkara itu sangat sukar diterima,” kata Isaac.

Yusof yang lahir di Pakistan menggelar dirinya sebagai seorang yang berkebolehan luar biasa dan dia mendapat publisiti apabila Sufiah berjaya masuk ke Kolej St. Hilda, Universiti Oxford.

Dia mendakwa kejayaan anaknya itu adalah hasil keberkesanan sistem yang dibangunkannya dan bukan kerana Sufiah seorang pelajar yang bijak.

Yusof menjanjikan lebih ramai ‘Sufiah’ akan lahir dan gadis itu seolah-olah model kepada sistemnya itu.

Tekanan akhirnya membuatkan Sufiah memberontak dan melarikan diri dari Oxford pada tahun 2000.

“Saya tertekan dengan kehidupan selama 15 tahun yang penuh dengan penderaan fizikal dan emosi,” kata Sufiah yang mengaku cuba membunuh diri sebanyak dua kali sewaktu berusia 11 tahun.

Sufiah kembali ke Oxford bagi menyambung pelajarannya namun usahanya kini semakin terpinggir setelah bertemu dengan seorang pelajar undang-undang, Jonathan Marshal yang kemudiannya memeluk Islam.

Mereka berkahwin pada 2004 sewaktu Sufiah berusia 19 tahun dan suaminya itu 24 tahun.

Jonathan yang kini bertugas di sebuah firma guaman terkemuka di Arab Saudi berkata, alasan utama perpisahan mereka ialah kerana dia semakin fokus dengan pelajaran tetapi Sufiah pula sebaliknya.

“Ini telah mengakibatkan dia semakin hilang arah dari sasaran sebenar. Ajaran Islam adalah penting dalam kehidupan harian dan apabila kita beralih arah ia akan menjadi isu yang sukar ditangani.

“Dia berasa keliru dan tidak tahu apa yang diinginkan.

“Dia bukanlah seorang yang aneh dan tidak sukar untuk hidup dengannya tetapi kami mempunyai matlamat dan pemikiran yang berbeza,” kata Jonathan.

Lelaki itu mendapat kerja di sebuah firma di London sebelum dihantar ke Singapura dan dia turut membawa Sufiah bersamanya.

Pasangan ini berpisah ketika di Singapura dan sekembalinya ke London, Sufiah mendaftarkan diri di Universiti London dalam jurusan ekonomi.

Menurut Jonathan, dia masih menanggung Sufiah selama lapan bulan selepas mereka bercerai dan sebelum dia dihantar ke Arab Saudi.

“Saya bersetuju untuk menanggung perbelanjaannya bagi tempoh masa tertentu kerana berasa bertanggung jawab dengan impiannya melanjutkan pelajaran di universiti,” katanya.

Menurutnya, pendedahan mengenai kerja Sufiah ketika ini sangat mengejutkannya kerana latar belakang agama wanita itu.

– Agensi

No comments :

Post a Comment