Oleh Ilyani(TKOdaily)
Kiblat merupakan perkataan Arab yang merujuk arah apabila seseorang Muslim solat. Asalnya, mengarah ke Baitulmuqaddis (dan dengan itu dikenali sebagai Pertama dari Dua Kiblat)
Pada tahun 624M, semasa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, arah Kiblat ditukar ke arah Kaabah dan kekal sehingga sekarang. Sesetengah pakar berpendapat, pertukaran tersebut berlaku akibat perselisihan antara Muhammad dengan puak Yahudi di Madinah.
Kiblat, merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah. Dalam amalan agama Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Perlu diingatkan bahawa seseorang Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya, sama seperti pengikut Kristian tidak menyembah gereja atau salib. Kaabah hanya merupakan titik rujukan untuk solat.
Kiblat menunjukkan arah terpendek ke Kaabah. Disebabkan Bumi hampir bulat, laluan ini membentuk bulatan besar seperti laluan kapal terbang. Lokasi Kaabah (di 21 darjah selsius, 25'14" N, 39 darjah selsius 49'24" E) boleh ditentukan secara geometri (sfera) untuk menentukan arah kiblat di mana-mana sahaja dimuka Bumi ini.
Hanya satu kes khas wujud; apabila bersolat dalam Kaabah sendiri, seseorang Muslim menghadap ke arah dinding keluar semasa solat.
Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian atau keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan denga muka menghadap ke arah kiblat.
Pautan asal - http://bulanpurnama.blogdrive.com/
No comments :
Post a Comment