
MIMPI SEORANG GADIS
> Untuk Renungan Bersama.> Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh
> Ustazah Noorbayah Mahmood
> Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan
> kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
> kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
> 'Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
> yang kamu sorokkan di tanganmu?'
> Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :
> -'Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
> telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
> ini.' Balas gadis tadi.
> 'Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.'
> Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
> 'Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan.
> Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api
> neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip
> mata.' Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
> 'Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya
> ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut
> untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,
> kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku
> adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat
> kepada suaminya?
> 'Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
> benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
> disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
> menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
> 'Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
> menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga
> nabi.
> 'Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
> beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. 'Wahai ayah, ibu sedang kehausan
> dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di
> dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
> 'Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga
> telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya
> kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika
> didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku
> lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke
> neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
> menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan
> mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa
> engkau ya Rasulullah.'
>
> Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
> mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan
> gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.
> Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
> menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
> Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas
> berkata, 'Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan
> pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.
No comments :
Post a Comment