BIARPUN lebih sedekad berehat, artis NKOTB (dari kiri) Donnie Wahlberg, Joey McIntyre, Jordan Knight, Danny Wood dan Jonathan Knight masih mempunyai peminat tersendiri
NEW YORK - Kumpulan rap terkenal, New Kids on the Block (NKOTB) kembali beraksi setelah menyepi selama 15 tahun dengan membuat persembahan di hadapan ratusan peminat di Rockefeller Plaza di sini kelmarin.
Menurut seorang ahli kumpulan, Joey McIntyre, sambutan kali ini nyata hebat dan peminat teruja dengan persembahan mereka yang menyanyikan lagu-lagu popular seperti Right StuffHangin' Tough. dan
Album terbaru berjudul Summertime bakal dilancar semasa penjelajahan di benua Amerika Utara pada September ini. Mereka turut menyanyikan lagu album terbaru itu dalam program Today terbitan stesen televisyen NBC.
Malah penonton sanggup berbaris selama 48 jam agar dapat melihat secara dekat ahli kumpulan NKOTB termasuk adik beradik Jordan dan Jonathan Knight, Donnie Wahlberg, Danny Wood dan Joey McIntyre. - Agensi......kosmo
No comments :
Post a Comment