Monday, May 19, 2008

Pengerusi SPR dedah beliau diugut oleh kabinet



" Malaysiakini melaporkan pengerusi SPR berkata : "“Saya dimaklumkan bahawa saya harus bertanggungjawab (sendiri) jika bersetuju melaksanakannya"(iaitu penggunaan dakwat dalam PRU12 baru-baru ini)..beliau turut berkata"Tidak mudah menjadi pengerusi SPR. Saya kena memikul kecaman selama setahun," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini. Satu demi satu kebobrokan UMNO didedahkan, namun pada kali bukan melalui pakatan Rakyat tetapi melalui lidah mereka sendiri!

Tapi satu persoalan lain yang ingin penulis bangkitkan dalam ruangan yang terbatas di sini ialah mengapa beliau tidak mengambil tanggungjawab ini dengan melepaskan jawatan tersebut?Adakah ini yang maksudkan untuk mempertahankan ketuanan Melayu! Bukankah ini satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia?! Dan yang lebih besar ialah adakah ini satu pengkhianatan kepada Seri Paduka Baginda Sultan Mizan?!! Kerana pendedahan ini sudah pasti seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum akan terus memperkecilkan bangsa Melayu yang dilihat tidak memperjuangkan keadilan.Bagi mereka Melayu sudah sinonim dengan UMNO. Adakah ini yang ingin kita pertahankan?! Sudah tiba masanya kita mendedahkan tentang kebobrokan UMNO! Dan sudah tiba masanya kita menobatkan bahawa hanya ISLAM yang mampu untuk mempertahan bangsa Melayu dan bukan sebaliknya!Ini satu kenyataan pendedahan yang serius, seeloknya Pengarah Pilihanraya PAS,KeAdilan dan DAP membuat laporan olisi dan mendesak kerajaan supaya diadakan satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat kenyataan termasuk Ketua Polis Negara yang dilihat bersekongkol dengan SPR ketika menjustifikasikan tindakan SPR beberapa hari sebelum pilihanraya PRU yang lalu!
Untuk penilaian semua marilah sama-sama kita meneliti dan menganalisis laporan Malaysiakini ini:

"
Kabinet tidak mahu dakwat kekal"
May 17, 08 3:19pm
Kabinet membantah pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini.
“Saya dimaklumkan bahawa saya harus bertanggungjawab (sendiri) jika bersetuju melaksanakannya."Tidak mudah menjadi pengerusi SPR. Saya kena memikul kecaman selama setahun," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.
Kenyataannya itu menjelaskan sedikit tanda tanya terhadap misteri keputusan SPR membatalkan saat-saat akhir penggunaan dakwat kekal menjelang hari mengundi pilihanraya umum 8 Mac lepas."
Fikir-fikirkan dan buatlah keputusan sebelum nasi menjadi bubur!

Oleh sripetaling......tranungkite

No comments :

Post a Comment