Rahsia Umur Panjang

Merujuk Utusan Malaysia pada 09 Januari 2006 :
Sapiah binti Haji Yusuf dari Kuala Brang, Hulu Terengganu dipercayai berumur lebih 100 tahun. Menurut anaknya antara amalan yang dilakukan ibunya adalah, "Sepanjang hidupnya dia tidak makan daging ayam ataupun lembu. Dia hanya makan sayur-sayuran dan ikan, itupun bukan ikan yang besar.
Dia hanya makan ikan yang kecil". Selain itu, Sapiah juga mengamalkan meminum air masak dan sentiasa membasahi tubuh dengan air wuduk serta mengamalkan zikir termasuk menghafal ayat "Seribu Dinar" selain bangun awal pagi. Selain itu juga, Sapiah tidak minum teh dan hanya minun kopi panas dan tidak makan makan makanan bersantan dan nasi lemak.
Merujuk Utusan Malaysia Pada 19 Febuari 2007 pula :
Omar bin Abu Bakar dari Kg Pengkalan Maras, Kuala Terengganu berkata bahawa beliau tidak pernah pergi ke hospital atau pun klinik untuk mendapatkan rawatan sejak dari dulu hingga sekarang. Beliau mengamalkan minum air akar kayu sejak muda lagi hingga sekarang bagi menjaga kesihatan dan tidak pernah makan sebarang jenis ubat-ubat moden. Selain itu, "Saya hanya mengamalkan doa meminta kepada tuhan supaya dimurahkan rezeki dan memberi kebaikan pada saya,” katanya. Beliau turut mengamalkan senaman ringan setiap hari bagi memastikan badan sentiasa sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
Semoga kita juga mampu mengamalkan gaya hidup cergas dan sihat agar emosi, fizikal, spritual serta minda sentiasa cemerlang."
No comments :
Post a Comment