Thursday, May 15, 2008




~~SELAMAT HARI GURU~~
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad




Lagu dan Vokal


Baru aja gua rasa minggu sudah sambut HARI IBU SEDUNIA tu.....,"16 Mei" hari guru lahh pulok...ahzk.....Nak wish tak tau cikgu mane lagi yg aku masih contct ...erm...cukuplah aku wish kat cni aje pada guru-guru kat MALAYSIA nie..."SELAMAT HARI GURU" smeua,pada cikgu-cikgu,yg berada disekolah dan yg masih menuntut nak jd guru... Bukan ape,yelah kan,kite pun penah jd murid/pelajar,(xfahm2 ke...cabut kelaslah...hiiihi)cikgu2 nielahh yg pening kepala pasai kite semua..,mana tak tahan tu mau makan penampar sebelah pipi..adehh..(tak penah lagi,...erm x ingatlah)


Tapi gua suke zaman sekolah...byk gua bleh buat,masuk hutan camping,lukis2 dinding..ess byk lagi lah benda2 best.... Lupe pulok,tu bab sekolah duniawi,sekolah gua yg lagi 1 nie,utk ukhrawi best gak... (tapi seram gak..asyik kena mengaji pakai Hailer....)apelah...,ermm ape2 pun..semua kenangan sekolah aku...mmg gua suke... Guru bagi gua,best kalo die jd kwan kite gak(bleh sembang lah...),tapi kalo die seriess ...ess rasa macm mau rejam aje...(tapi masa tu x beranilah..nanti kena dok kat luar kelas)...yelah kan,kalo guru tu best,kita nak tanya pun tak segan & takut.Mcm ne pun,guru2 gua byk yg ok dr x ok..

Hari guru kalo seingat gualah kan...erm bukan..smua yg dtg sekolah..yelahkan..mmg ade acara2 yg diadakan..tapi byk sgtlah memorynya
,cukuplah gua simpan kat kotak minda gua... Oooo teringat gua (dendam lagi ne),sorang guru nie,namenya cikgu ishaq....kalo gua jumpee die nie..esss..(mcm x baik pulok)..ade ke patut,nak samakan kiteorg pelajar2 nie..dgn anjing die(entah betui ke idak die pelihara anjing...)Jony namenye...kata die,anjing die lagi bagus dgr arahan di bandingkan kiteorg pelajar niee..tak penah nak dgr ckp cikgu (kononyee lah tu)..berdesingg jeee aku dgn die nie..(tapi masa tu kecut gak perut aku hahahahah)


Tapi entahlah kalo pikir blk...mcm x baik..biarlah die...,erm Ucapan gua kat guru
MALAYSIA nie,mengajar lah dgn penuh ikhlas di HATI,sebab ...,murid/pelajar2 nielah yg akan mencorak bangsa MALAYSIA akan dtg.........muahz utk semua...

Ucapan khas utk cikgu gua................>
Cikgu Diana,Cikgu Ali,Cikgu Osman, Cikgu Ishaq(ishaq lain nie..),
Cikgu Zainudin,Ustazah Maimunah,Samsiah,
Ustazah Hasliza
(k angkat guaa tu ahzk)

Ustazah Zanariah,
Ustazah June
(member gua bleh tangkap lentok pulok dgn ustazah nie..adeh)

Ustaz Sulaiman..
(seram gak die nie..tapi baik...con
frm aku gak yg kena mengaji pakai hailer,mau x gigil) &
Ustaz Murad (paling best giler.....) dan guru-guru gua yg gua x ingat name tapi penah ajar gua....caya lah lu org.. moga pjg umo,murah rezeki..dan still mengajar lagi...:)


Ukhrawi....cayalah mrjaczk..ahzk


ustazah paling gua segan...hihiihh(segan lah sgt)


Ciri2 cabut skolah yg profesional



Duniawi..ahzk



Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan
Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi
Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Objektif Hari Guru Malaysia
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Logo Hari Guru
Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.
-
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.



Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara
Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.

1 comment :

  1. manelah peginya cikgu-cikgu tu sumer ek. cikgu maimunah dok perling, cikgu samsiah kat sini lagi. ustaz leman kat kulai.. cikgu june kat segamat, ustaz murad dengonya dah berhijrah ke kota tinggi. ustazah hasliza dah letak jawatan dengarnya...x tau lak nape.

    ReplyDelete