SEGAMAT: Perbuatan nakal tiga pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini yang memaksa seorang rakan perempuan mereka membuka pakaian sebelum merakam gambar payudara mangsa, mengundang padah apabila mereka ditangkap polis, Selasa lalu.
Kejadian berlaku Februari lalu ketika sekolah berkenaan mengadakan kejohanan sukan tetapi mangsa yang berumur 17 tahun hanya membuat laporan polis Isnin lalu, selepas gambar bogelnya tersebar melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) telefon bimbit dan diterima orang ramai termasuk tunang dan beberapa rakannya.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata ketika dipaksa membuka pakaian seragam sekolahnya dalam sebuah bilik stor sekolah itu, mangsa dalam keadaan ketakutan kerana diugut supaya tidak memberitahu perkara berkenaan kepada orang lain.
Menurutnya, lebih memalukan, ketiga-tiga suspek kemudian dipercayai meraba segenap susuk tubuh mangsa yang dalam keadaan ketakutan.
“Gambar bogel mangsa menunjukkan baju sekolah mangsa diselak ke atas dari paras perut hingga pangkal leher sehingga menampakkan bahagian payudara manakala tangan kiri mangsa menutup bahagian mukanya,” katanya di sini, semalam. Berikutan itu, Abdul Majid berkata, polis yang mendapat aduan mangsa pada jam 6.25 petang Isnin lalu, melakukan serbuan kira-kira jam 3 pagi keesokannya dan berjaya menangkap ketiga-tiga suspek untuk membantu siasatan. Katanya, mangsa dan ketiga-tiga suspek semuanya berumur 17 tahun, belajar di sekolah menengah sama dan saling mengenali kerana belajar dalam satu kelas. “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan kes itu akan dirujuk kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya memberitahu kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah itu. Justeru, Abdul Majid berkata, masyarakat di daerah ini terutama rakan mangsa hendaklah menghapuskan segera gambar bogel pelajar perempuan itu yang dikirim suspek ke telefon bimbit.............Oleh Paiman Selamat (tkodaily)
No comments :
Post a Comment