Friday, April 10, 2009

Tiang Agamaku....

Kenapa aku cakap TIANG Agama KU .... kita semua mesti pernah dengarkan ... SOLAT TIANG AGAMA... memang benar dan tak boleh di sangkal lagi ... tanpa tiang pun ... tak akan berdiri Menara yang tinggi ... tak kan terpacak sebuah rumah .... dan tanpa tiang ... tak ada seri nya ...bukan aku nak cakap apalah ... yerlah memang kita pernah dengar juga KUBUR MASING MASING ... bagi aku memang betul kubur masing masing ... tapi bukankah kita nanti juga akan di persoalkan dalam kubur kenapa kita tak mengajak kawan kita untuk solat bersama .... sekurang kurangnya tanggungjawab kita untuk bersuara dan mengajak telah terlunas ...samada kita nak gie atau tidak ... itu terpulang ...tapi setiap kali aku melihat orang gie solat ... orang tunaikan solat ... hati aku memberontak nak solat juga ... bukan soal tak nak buat ... tapi aku sendiri tak tahu kenapa kekadang suka sangat melambatkan2 nak buat(terpikir mcm maleh pun yee..,terpikir jee)....apa apa pun ... aku amat berharap yang aku akan bersolat menemati masa Walaupun utk masa sekarang lebih baik dr zaman dulu (zaman2 Roylah...).. sekurang kurangnya urusan aku dengan Allah s.w.t. ...dapat aku selesaikan..dan sekurang kurangnya tidaklah mengabaikan solat .... marilah bykkan berdoa agar hati ini sentiasa berniat utk sujud di sejadah ...seblum sampainyaa masa kitee pula di sembahyangkan..

PERNAH tak korang tahu macam mana SOLAT tue terjadi ... kira macam asal usul lah ... laaaa nie ..aku rajin gaklah terjumpe rujukan2 buku agama .... tentang pelbagai artikel yg berkaitan kekeliruan dlm agama..tak kiralah solat ,ibadat2 lain ke ... (pergh dah nak sampai mana aku nie..) Alhamdullilah.... aku ingat lepas nie ke mana mana aku gie ... aku nak bawa kain pelikat sehelai dalam beg ah....maklum ahh..bile gee mane2 lebih selesa pakai short...senang/ringkas/simple ahzk..

Mai rapat rapat sikit kat monitor PC korang tue .. atau lap top korang tue ... mai dok baca ... at least apa yang aku baca ... korang pun boleh baca .. yerlah kita mai pakai ramai ramai share info yang bagus bagus .... so kalau korang ada benda yang menarik nak aku siarkan dalam blog nie ... email ajer kat aku ... mana tahu ... tapi make sure menarik lah ...

SUBUH : Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
...>biasa kalau orang pemalas nak solat subuh nie rajin bagi alasan ... terlupa mandi wajib lah ... jam loceng tak berbunyi lah ... kalau korang nak tahu ... apa yan
g aku baca ..kalau korang tarik lagi selimut waktu subuh tue ... sebenarnya setan tengah dok selimutkan korang dengan kulit babi ... .

ZOHOR : Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.


Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
...>biasa orang yang dok malas nak gie ZOHOR biasa bagi alasan ... masih kenyang ( maklumlah ...waktu lunch selepas mencekik nasi (x kiralah Nasi Ayam Penyek ke..Keli Penyek ke ..Nasi Tanam kee..apee..kee..)ahakz..

ASAR : Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan
nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
...>biasa orang yang setan dah banyak bertenggek kat dalam diri dia ... akan bagi alasan ... alamak kerja berlambak lagi tak habis nie ... tak sem
pat plak nak gie sembahyang....

MAGHRIB : Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:


Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
...>biasa orang yang malas nak gie solat maghrib nie bagi alasan yang best dan popular ... tersekat di jalan yang jem giler ... padahal bukan ada apa pun nak di kejarkan kat rumah...

ISYAK : Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun..
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .
....>biasa orang akan bagi alasan .. penat balik kerja lah ... nak tgk berita dulu lah ... paling best ... dia akan cakap ade janji dgn member .. takut tak sempat...

so korang dah tahu macam mana solat tue terjadi ... emmm so apa lagi sharelah info nie dengan kawan kawan yang lain plak ... at least kita dapat pahala kalau sama sama mengedarkan ilmu yang berfaeadah nie ....

No comments :

Post a Comment