Monday, May 4, 2009

Queens of Langkasuka

Cuti pnjg aku gunakan utk layan ahh movie2 yg aku download...kali ni
ee aku layan cerita epik Thailand nie..Queens of Langkasuka..Bleh tahan lah cerita nie..efek2 cerita Thailand semenjak2 niee mmg x mengecewakan...(kalo ah Malaysia dpt ikut langkah mcm niee kan bagus..)Aku pun tak taulah cerita niee..filem dr sejarah Tanah Melayu..atau Thailand..tapi masa aku belajo sejarah dulu..Langkasuka niee..macm Kerajaan Tanah Melayu dulu2 kat Utara...entah betul ke idak..kalo x silap akulah..
So aku ceritakan skit sinopsis filem nie...(bagi yg suka cerita2 epik mcm nie..)



Pelakon:
Sorapong Chatree, Ananda Everingham, Winai Kraibutr, Jakrit Panichpatikam, Jesdaporn Pholdee, Attaporn Teemakorn
Director:
Nonzee Nimibutr

Filem ini mengisahkan sebuah kerajaan purba di selatan Thailand, iaitu Langkasuka. Kerajaan ini telah diperintah oleh seorang permaisuri yang bernama Hijau. Untuk menguatkan lagi pertahanan kubu kota, permaisuri telah mendapatkan tempahan sepasang meriam yang hebat daripada pihak Belanda. Semasa perjalanan untuk menghantar meriam tersebut, kapal tersebut telah diserang oleh Black Raven. Black Raven merupakan lanun yang
bersama dengan Putera Rawai, anak kepada Tuan Guru White/Black Ray...(Org yg sama dlm filem OngBak 2..jd Bapak Angkat).. Putera Rawai sedang usaha untuk menawan kota Langkasuka. Beliau telah cuba mendapat bantuan daripada pihak Jawa dan Jepun. Selain daripada itu, permaisuri pula cuba mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Kerajaan Pahang dengan mengawinkan anaknya, Biru dengan Tengku Mahkota Pahang...(kan aku ckp...mcm cerita Hang Tuah..Pahang dah ujud pulok tu...)

Pada babak yang berlainan, terdapat seorang pemuda yang ingin belajar mengenai kuasa seni mempertahankan diri, Du Lum. Du Lum merupakan sebuah kuasa yang membolehkan seseorang itu menguasai hidupan laut. Tetapi kuasa ini terdapat dua jenis, iaitu kuasa putih dan kuasa gelap. Jenis mana yang akan dikuasai bergantung kepada individu tersebut. Semasa pembelajaran, beliau dan bapanya telah bersama dengan ahli kumpulan lanun cuba mengekang pergerakan lanun-lanun yang bergerak dibawah Black Raven dan Putera Rawai. Sehingga suatu hari, kumpulan ini telah diperangkap oleh ahli kumpulan lanun Black Raven dan telah menyebabkan bapanya serta anggota kumpulan yang lain terbunuh. Yang terselamat adalah Lu Kium, merupakan anak didik pakar meriam Belanda yang terkorban semasa serangan lanun Black Raven. Setelah kematian bapanya, pemuda tersebut, Pari, telah diajar oleh tuan guru bapanya, White/Black Ray sehingga Pari berjaya menguasainya...

Black Raven dan Putera Rawai telah bersiap sedia untuk menawan kota kubu
Langkasuka. Dalam pertembungan sengit antara tentera raja dan lanun, Putera Rawai telah berjaya membawa meriam hebat buatan Belanda yang tenggelam sebelum ini dalam usaha membinasakan kota kubu kerajaan Langkasuka. Keadaan tentera kerajaan Langkasukasemakin lemah disebabkan kehebatan meriam hebat itu, Pari telah membantu dengan menggunakan kuasanya untuk menggunakan paus untuk membinasakan meriam tersebut. Akhirnya lanun telah ditumpaskan. Manakala keadaan di istana masih lagi kucar kacir setelah salah seorang menteri, Tuk Haji Rahman telah menjadi tali barut Putera Rawai selama ini telah menawan Permaisuri Hijau. Dalam keadaan kucar kacir itu, akhirnya tentera kerajaan Pahang pun tiba menghapuskan tentera pembelut tersebut...

Filem ini melibatkan seni mempertahankan diri Melayu, Siam dan Jepun. Pada permulaan filem ini agak keliru dan kurang menarik.
Pergh pjg sinopis nie...entah korang paham kee idak..ape2 pun mmg beleh layan ahh citee nie...dgn efek2 sampingan...Kalo korang tak tau kat mana Langkasuka nie..aku sertakan gambran kat mana Kerajaan nie..ujud satu tika dulu...

No comments :

Post a Comment