AMANAH Yang Berat
Semasa mentafsirkan kalimat amanah dalam ayat 72 surah al-Ahzab iaitu,
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan
gunung
ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya,
sebaliknya ia dipikul oleh insan. Sesungguhnya mereka amat zalim lagi
jahil", sahabat Abdullah bin Amr bin As berkata, "Amanah ialah alat
kelamin
manusia. Apabila manusia mampu menjaga amanah ini Allah memelihara diri
dan
keturunannya."
Antara lambang kejayaan seorang mukmin ialah mampu mengawal keinginan
nafsu
seksnya. Dalam surah al-Mukminun ayat 6 hingga 7, Allah berfirman yang
bermaksud, "(Orang mukmin yang berjaya) ialah mereka yang memelihara
kemaluan mereka melainkan kepada isteri-isteri dan hamba-hamba
perempuan
mereka dan yang demikian itu tidaklah dicela. Dan sesiapa yang mencari
yang
lain daripada ini, mereka adalah golongan yang melampaui batas."
Apabila hubungan seks dilakukan mengikut panduan serta landasan
syariat,
ganjaran pahala akan dikurniakan Allah. Dalam hadis yang dilaporkan
oleh
Imam Muslim, sahabat-sahabat nabi bertanya, "Ya Rasulullah, adakah jika
salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya (secara halal)
dia
akan diganjari pahala?" Bersabda nabi, "Tidakkah jika kamu memuaskan
nafsumu
secara haram kamu akan berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara
halal
kamu akan memperoleh pahala."
Islam juga mengizinkan individu melakukan persetubuhan mengikut cara
atau
kedudukan yang digemarinya. Namun, memuaskan nafsu melalui saluran
dubur
atau anal sex adalah dilarang. Dalam surah al-Baqarah ayat 223, Allah
berfirman yang bermaksud, "Isterimu adalah kebun bagimu maka datangilah
kebunmu dengan cara mana yang kamu mahu." Perbuatan homoseksual atau
hubungan sejenis juga adalah dilarang oleh agama. Nabi berkata,
"Perkara
yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Lut.
Dilaknati
mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut." Hadis ini
diriwayatkan
oleh Imam Ibn Majah, Tirmizi dan al-Hakim.
Amanah faraj tidak lagi dipandang mulia oleh masyarakat akhir zaman.
Menurut
Imam Bukhari dan Muslim, nabi berkata, "(Antara tanda-tanda kiamat
ialah)
perbuatan zina akan berleluasa."
Berita akhbar bertarikh 8 Jun 1996, menarik perhatian ramai orang di
Malaysia. Ia menceritakan tentang seorang gadis remaja bohsia yang baru
berumur 15 tahun yang dipercayai sedang menuntut di Pulau Pinang.
Beliau
memiliki wang simpanan berjumlah RM100,000 hasil daripada aktiviti
bohsianya. Perkara ini terbongkar apabila gadis itu ingin membeli
sebuah
kereta mewah untuk dihadiahkan kepada teman lelakinya.
Gejala negatif ini menjadi semakin teruk pada hari ini. Laporan Kajian
Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Malaysia 2003 oleh
Kementerian
Kesihatan menunjukkan, remaja terutama pelajar sekolah di negara ini
begitu
aktif melakukan kegiatan seksual termasuk hubungan seks luar nikah.
Semua
ini menunjukkan amanah faraj sedang dipandang kecil dan remeh oleh
remaja-remaja hari ini. Apabila gejala ini dibiarkan, dikhuatiri suatu
hari
nanti jerebu nilai yang menghancurkan akan menyerang masyarakat
Malaysia
secara amnya.
Seks pada hari ini telah bertukar menjadi satu industri yang besar.
Aktiviti
pelacuran adalah salah satu sumber kemasukan yang penting bagi
kebanyakan
negara termasuk di Asia Tenggara. Kesan daripada aktiviti yang mungkar
ini,
penyakit-penyakit jangkitan seksual termasuk AIDS merebak dengan cepat
dan
berjaya membunuh jutaan manusia. Sempena dengan sambutan Hari Aids
Sedunia
pada 1 Disember 2003, statistik menunjukkan lebih kurang 42 juta
lelaki,
wanita dan kanak-kanak telah dijangkiti kuman HIV pada hari ini. Ia
menyebabkan lima kematian berlaku setiap minit setiap hari. Benarlah
nabi
ketika beliau berkata: "Wahai (sahabat) Muhajirin, lima bala akan
ditimpakan
ke atasmu dan aku berdoa supaya kamu tidak ada semasa bala ini
menimpa.....
(satu antaranya ialah), apabila zina zahir dalam masyarakat secara
terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum
pernah
menjangkitimu akan menyerangmu pada masa itu." Hadis ini diriwayatkan
oleh
Imam Ibn Majah, al-Baihaqi dan al-Bazzar. Dalam riwayat lain oleh Imam
al-Hakim, nabi berkata, "Apabila zina dan riba berleluasa dalam
sesebuah
negeri, mereka telah menghalalkan azab Allah ke atas diri mereka."
Kanak-kanak juga turut terheret ke dalam lembah industri seks ini. Di
Asia,
Jepun mempunyai rekod yang buruk berhubung dengan isu ini. The
Washington
Post bertarikh 11 Februari, 2000 melaporkan, 80% daripada bahan-bahan
lucah
yang melibatkan kanak-kanak datang dari Jepun. Kuasa besar, Amerika,
pastinya tidak terkecuali daripada masalah ini. BBC News 10 September
2000
melaporkan, kajian yang dilakukan oleh Universiti Pennsylvania
menunjukkan,
terdapat lebih kurang 400,000 remaja di bawah umur di Amerika yang
bekerja
sebagai pelacur dan yang seumpamanya pada hari ini.
Golongan Agama Dan Skandal Seks
Pada hari ini, skandal seks tidak hanya menyerang orang-orang biasa,
sebaliknya ia juga menyerang golongan agama terutamanya di kalangan
tokoh-tokoh Kristian. Di dalam majalah Time bertarikh 1 April 2002,
antara
tajuk yang difokuskan ialah Can The Church Be Saved? Di dalamnya
dimuatkan
kisah-kisah salah laku seks yang melibatkan paderi-paderi Katolik Roman
dengan kanak-kanak lelaki serta remaja. Laporan itu mengatakan, skandal
ini
mungkin melibatkan lebih kurang 2,000 orang paderi di seluruh Amerika.
Skandal seumpama ini juga telah menyerang paderi-paderi Katolik Roman
di
England dan Wales berpandukan Nolan Report yang dikeluarkan pada tahun
2001.
BBC News bertarikh 9 April 2002, melalui artikel yang bertajuk Catholic
Church Shaken By Sex Scandals melaporkan, "Di Ireland, skandal ini
melibatkan paderi-paderi kanan seperti Cardinal Desmond Connell."
Tokoh-tokoh Protestan juga tidak terlepas daripada skandal ini. Hal ini
dijelaskan oleh Philip Jenkins di dalam bukunya Pedophiles and Priests
yang
diterbitkan pada tahun 1996. Mengikut artikel yang bertajuk Protestants
See
Sex Scandals, Too yang dimuatkan di dalam The Salt Lake Tribune
bertarikh 5
April 2002, "Tokoh-tokoh Protestan sering mengambil kesempatan ke atas
wanita dan remaja bermasalah yang meminta khidmat nasihat kaunseling
daripada mereka."
Skandal seks yang melibatkan pihak gereja telah menjadi epidemik pada
hari
ini. Mengikut Cap Cod Times bertarikh 20 April 2002 melalui artikelnya
yang
bertajuk Church Sex Scandals Span Globe, "Skandal seks telah menyerang
gereja-gereja di Kanada, Australia, Ireland, Britain, France, Germany,
Mexico dan Poland. Secara purata, lebih kurang 3,000 orang telah
menjadi
mangsa paderi-paderi di seluruh dunia dan jumlah wang ganti rugi yang
perlu
dibayar kepada mangsa-mangsa berjumlah lebih kurang $110 juta dolar
Amerika."
Malaysia juga tidak terkecuali daripada masalah seks bebas ini. Pada 1
November 1995, Menteri Kesihatan Malaysia melaporkan, mengikut kajian
yang
dibuat ke atas sekumpulan remaja berumur 16 hingga 18 tahun di Wilayah
Persekutuan, didapati 50% daripada mereka pernah mengadakan hubungan
seks,
termasuk dengan cara melanggan pelacur-pelacur.
Maksiat dan kemungkaran akan menutup pintu rezeki manusia. Sebagai
contoh,
seks bebas yang telah menyemarakkan penyakit AIDS telah memiskinkan
banyak
negara di dunia hari ini. Mengikut African Newsletter 1996, wang yang
terpaksa dibelanjakan bagi mengawal penyakit AIDS di seluruh dunia
berjumlah
$250 juta setiap hari sejak tahun 1981 hingga 1996. Ini bermakna, dalam
masa
setahun, wang yang dibelanjakan adalah $90 bilion dan pada hari ini
kosnya
telah meningkat ke ratusan bilion. Negara-negara miskin di benua Afrika
telah menjadi bertambah miskin ketika berdepan dengan masalah ini.
Dalam
sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim,
nabi
berkata, "Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya
mendatangkan
enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang
diperolehi di dunia ialah hilangnya seri wajah, memendekkan umur dan
mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah kemurkaan
Allah, hisab yang buruk dan azab neraka."
Justeru, amanah faraj amat ditekankan oleh Islam dan Islam mengutuk
segala
bentuk perzinaan. Segala perkara yang membawa kepada zina dianggap
buruk dan
diharamkan oleh Islam. Dalam surah al-Israk ayat 32, Allah berfirman
yang
bermaksud, "Dan janganlah kamu dekati zina. Sesungguhnya zina ialah
satu
perbuatan yang keji dan jalan yang buruk."
Jenayah seks seperti kes-kes rogol yang melibatkan kanak-kanak juga
sedang
menjadi semakin teruk pada hari ini. Mingguan Malaysia bertarikh 25
Januari
2004 melaporkan, Afrika Selatan mencatatkan kes rogol tertinggi di
dunia
iaitu pada kadar 58 kanak-kanak sehari dan setiap 26 saat bagi wanita
dewasa. Tidak dapat dibayangkan betapa sadis dan dahsyatnya dunia hari
ini
apabila enam orang lelaki yang berumur antara 24 hingga 66 tahun
sanggup
merogol bayi perempuan yang baru berumur sembilan bulan secara
berkumpulan.
Kejadian ini berlaku di Cape Town, Afrika Selatan dua tahun dahulu.
Pada bulan Januari tahun 2004, Malaysia dikejutkan dengan dua kes rogol
dan
bunuh ke atas dua orang pelajar iaitu adik Nurul Huda yang baru berumur
10
tahun dan adik Harerawati yang berumur 9 tahun. Pada pertengahan tahun
1996,
Polis Johor telah membuat analisis yang agak menarik berkaitan dengan
kes-kes rogol di negeri itu. Laporan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Negeri Johor, Senior Asisten Komisioner 11, Ali
Hanafiah
Hashim, menunjukkan sebanyak 38 kes rogol telah berlaku di seluruh
negeri
Johor dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 1996. 26 atau 81%
daripadanya
berlaku ke atas golongan yang mengamalkan pergaulan bebas. 70%
daripadanya
tidak menerima pendidikan agama dan 93% tidak mengetahui bahawa
melakukan
zina adalah salah. Beliau merumuskan, punca berlakunya rogol adalah
pergaulan bebas, tiada kawalan keluarga serta kurang didikan agama.
Note: Oleh : Dr. Danial Zainal Abidin

Dipetik dari "7 Formula Individu Cemerlang" terbitan PTS Publications
No comments :
Post a Comment