Sunday, April 20, 2008

Imam Syafie pulang ke rahmatullah


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada

> >para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat
> >tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan
>selamat >maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
> >
> >1: HAK KEPADA DIRI.
> >Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan
>dan >berpada-pada dengan rezeki yang ada.
> >
> >2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
> >Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
> >kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan
> >merasa cinta kepada Allah.
> >
> >3 : HAK KEPADA KUBUR
> >Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
> >merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
> >dizalimi.
> >
> >4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
> >Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat
> >menasihati.
> >
> >5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
> >Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
> >sanggup menanggung kesusahan.
> >
> >6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
> >Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
>orang
> >beriman dan suka berjemaah.
> >
> >7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
> >Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
> >bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
> >akhlak.
> >
> >8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
> >Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
>bala,bersyukur >ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.
> >
> >9: HAK KEPADA NABI SAW
> >Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung
> >kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam
> >mencari keredhaan Allah.
> >
> >10: HAK KEPADA ALLAH SWT
> >Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
> >kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. Sudahkah anda
> >menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.
>bersabda,
> >"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit
mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn
keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN
hati."

No comments :

Post a Comment