
Bila kafir mencabar - Riwayat Imam Abu Hanifah
Riwayat Imam Abu Hanifah
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi
bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam.
Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang
berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk
berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak
pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan
ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama
yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah
memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau
masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil
Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama
yang tidak kurang juga ketokohannya.
Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri
disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di
tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek
telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar
Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama
yang diharapkan.
"Subhanallah.... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa billahi
aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan
segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar
terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang
dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan
KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat!
Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenngal
leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yanng turut hadir dalam
majlis itu.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang
paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu'
man, yng ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan
gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam
Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad
akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah
mendengarnya dengan penuh khusyuk.
"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana
kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di
situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis
dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan
dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam pada
itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu
menerkam khinzir itu dengan
gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."
Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri,
yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini, tidak boleh di biarkan.
Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang
mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting.
Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu
menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga,
mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan
menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun
cuba
mentafsirnya:
"Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah
itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu
adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih
tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan
merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar
lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah.
Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri.
Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati
muridnya sendiri. Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk
pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri
oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan
dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan
bersuara lantang dari atas pentas.
"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti
menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan
menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya
memandang tajam mata Abu Hanifah.
"Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan
ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku
kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
"Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan
kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi
Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."
Abu
Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud:
"Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu
beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 ).
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah.
Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dengan
tokoh Ad-dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya
itu,berlangsung dengan mendebarkan.
"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.
"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin
meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.
"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah
Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri.
Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang
ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.
"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu
ada nyawa...!" sahut Dahri.
"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...?
Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak
Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu
Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya
berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung
lemak...?"
Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"
Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di
bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak,
tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari
dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak
dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau
dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta
dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun
ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang
Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi.
Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila
keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan. "Hai anak muda! Apakah yang
wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua
mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini. "Wahai
Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada
sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali.
Dialah yanng
Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya?
Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas
Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu
sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak
berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan
beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada
lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak
terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.
"Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita
fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun
yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa
untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai.
Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri
berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru
telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air
tengah menggelegak.
"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri
mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu
terperosok.
"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan
tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang
tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi
Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun
meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah
menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar,
diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak
sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar
Masjid Jamek ini... !"
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring
dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji
kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari
lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama
Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan
salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab
Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.
No comments :
Post a Comment