Tuesday, April 22, 2008

NERAKA

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

> Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa
> datang
> dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:
> "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
>
> Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah
> menyuruh
> supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi
> orang
> yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur
> itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka
> sebelum
> ia merasa aman daripadanya." Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya
> Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
>
> Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
> selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu
> tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka
> ia
> hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah
> yang
> mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum
> nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana
> panasnya.
> Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju
> ahli
> neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati
> penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus
> engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang
> disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya
> akan
> cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus
> engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
> nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
> sangat
> panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
> minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya
> potongan-potongan
> api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
> bahagiannya
> yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
>
>
> Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan
> pintu-pintu
> rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
> di
> bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
> tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
> (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
>
> Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing
> pintu?"
> Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik,
> dan
> orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi
> Isa
> a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu
> kedua
> tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat
> orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan
> pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang
> yahudi bernama Huthomah." "Pintu ke enam tempat orang nasara
> bernama
> Sa'eir."
>
> Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga
> ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
> Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari
> ummatmu
> yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w.
> jatuh
> pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail
> meletakkan
> kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
> sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
> kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku
> yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg
> berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis,
> Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam
> rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
> kembali
> dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu
> menangis
> dan minta kepada Allah.
>
> Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
> sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
> Ku.
> Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
>
>
> 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
> 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
> 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
> 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
> 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
> 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
> 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
> 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
> 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
> lautan racun yang hitam pekat.
> 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
> 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan
> dapat
> menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
>
> Wallahua'lam.
>
> Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :
>
> Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
> turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
> Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka
> itu
> dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari
> Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
> pesanku biarpun satu ayat".

No comments :

Post a Comment