Sunday, April 20, 2008




Sifat Lelaki Mengikut Bulan Kelahiran (Hijrah)

>Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah yang mana seseorang lelaki itu
>dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh
>yang tersendiri terhadap perilakunya. Dicatatkan bagi menambahkan
>pengetahuan:
>
>
>Muharram
>Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak
>mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
>dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada
>padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
>
>
>Safar
>Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbu bapanya perlu
>mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya
>akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
>melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan
>mendatangkan hasil.
>
>
>Rabiul Awal
>
>Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang
>berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
>negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
>
>
>Rabiul Akhir
>
>Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,
>buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya
>menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam
>mendidiknya.
>
>
>Jamadil Awal
>
>Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
>kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
>keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui
>kegagalan juga.
>
>
>Jamadil Akhir
>
>Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya.
>Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,
>tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
>Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah
>sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia
>akan menyenangkan kedua orang tuanya.
>
>
>Rejab
>Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan
>baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa,
>dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak
>berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat
>dan sentosa.
>
>
>Sya'aban
>Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
>Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
>Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
>dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat
>rezeki.
>
>
>Ramadhan
>Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang
>dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu
>selamat.
>
>
>Syawal
>Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang
>lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah
>mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
>kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu
>bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
>
>
>Zulkaedah
>
>Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi
>buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
>mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak
>berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak
>tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
>
>
>Zulhijjah
>Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering
>mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya,
>kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak
>dapat memberikan garis pemisah, maka dia sukar mempertimbangkan baik buruk
>perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
>pertimbangan

No comments :

Post a Comment