39 Sebab Kenapa Mahathir Keluar Umno!
Oleh pemudawilayah.............................tranungkite
Kegagalan Barisan Nasional
di Petik Dari http://www.chedet.com
1. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri telah menyalahkan semua orang kecuali dirinya sebagai penyebab prestasi Barisan Nasional yang buruk pada Pilihanraya Umum ke-12.
2. Dia menyalahkan pengundi kerana kononnya tidak mahukan dia menang dua-pertiga majoriti; ahli Barisan Nasional kerana sabotaj, ahli UMNO di Kedah dan Perak juga kerana sabotaj, Tengku Razaleigh Hamzah kerana kekalahan Barisan Nasional di Kelantan dan saya sendiri kerana lantang mengkritik dirinya dan Kerajaan pimpinannya.
3. Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh mereka.
4. Tetapi soalnya, kenapakah mereka berbuat demikian? Ahli UMNO selalunya amat setia terhadap parti mereka. Mereka tidak akan mengundi pembangkang, terutamanya PAS dan DAP. Tetapi di dalam Pilihanraya Umum 2008, mereka buat demikian. Bagaimana pembangkang boleh menang jika mereka tidak mendapat undi penyokong Barisan Nasional? Kekurangan jumlah undi pada calon Barisan Nasional hampir sama jumlahnya denganpeningkatan undi untuk parti pembangkang.
5. Selama 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum, ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara purata tidak pernah gagal menyokong UMNO mahupun Perikatan/Barisan Nasional. Kecuali pada tahun 1969 apabila orang Cina tidak memberi sokongan mereka, Perikatan dan Barisan Nasional menang dua-pertiga majoriti tiap kali.
6. Tunku Abdul Rahman (kecuali Pilihanraya Umum tahun 1969), Tun Razak, Tun Hussein Onn, dan saya sendiri tidak pernah gagal menang lebih dua-pertiga majoriti. Sudah tentu kami tidak pernah menyalahkan ahli parti kerana sabotaj. Tetapi Dato Seri Abdullah mengakui bahawa dirinya telah disabotaj oleh ahli UMNO.
7. Ahli UMNO tidak mahu parti mereka kalah. Tetapi mereka rasakan perlu untuk hantar mesej kepada Dato Seri Abdullah dan konco-konconya yang hanya berminat untuk mengiakan setiap apa yang dia katakan. Mereka (ahli UMNO) tidak boleh meluahkan perasaan mereka kerana semua jalan telahpun tertutup. Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dipilih kerana mereka tidak akan mengkritik Presiden. Anak saya Mukhriz apabila menyatakan tidak ada benda baru yang disampaikan presiden parti dalam ucapan 2006 telah dipanggil oleh Jawatankuasa Pemuda, dimarahi dan diarah untuk memilih antara bapanya dan Presiden.
8. Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet dipenuhi “Yes-Men” yang tidak pernah menyuarakan ketidakpuasan hati ahli UMNO di peringkat akar umbi. Ahli UMNO diugut tindakan disiplin jika mendengar ucapan sesiapa yang tidak mendapat restu atau kelulusan Presiden. Ini termasuk saya. Polis dan UMNO Negeri akan memanggil pihak yang menjemput saya dan diarah menarik balik jemputan mereka.
9. Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang.
10. Sesetengah ahli UMNO masih tidak sanggup mengundi pembangkang. Oleh itu mereka sengaja rosakkan undi mereka. Terdapat 300,000 undi rosak, satu angka yang mungkin terbesar dalam sejarah pilihanraya. Tak mungkin setelah 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum pengundi masih lagi tidak tahu bagaimana nak mengundi.
11. Mungkin kerana saya pengundi UMNO berbuat demikian. Saya telah menyeru ahli UMNO untuk mengundi calon yang terbaik dan bukan hanya parti. UMNO boleh meletakkan calon yang benar-benar baik tetapi walaupun Presiden memberi jaminan yang semua calon bersih dan berkelayakan, mereka kalah. Ini kerana calon tidak baik dan ini mengganti calon yang berjaya atau “giant killers” yang telah berjaya pada pilihanraya lalu. Kebanyakan calon payung terjun muda dan ahli UMNO marah kerana mereka syak calon muda ini dipilih oleh orang tertentu. Buatlah satu kajian untuk tentukan berapa ramai calon baru ini yang kalah.
12. Kepimpinan parti percaya yang ahli UMNO akan undi siapa sahaja yang dipilih oleh kepimpinan parti. Kepimpinan salah apabila memiliki pendapat ini.
13. Pengundi UMNO begitu sekali marah hinggakan mereka sanggup undi calon pembangkang yang bukan sahaja tidak layak dari segi akademik, tetapi tidakpun berpengalaman.
14, Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, terutamanya Dato Seri Abdullah patut terima kenyataan. Pengundi tidak menolak atau sabotaj Barisan Nasional tanpa sebab. Pada tahun 2004 pengundi belum lagi dapat menilai kepimpinan Dato Seri Abdullah. Jadi tidak ada sabotaj. Tetapi pada 2008 mereka telah dapat melihat siapa sebenarnya Dato Seri Abdullah. Dan mereka tidak suka apa yang mereka lihat.
15. Perkara pertama yang dilakukan selepas menjadi Perdana Menteri ialah untuk membawa masuk ahli keluarganya secara tidak rasmi ke dalam pentadbiran Kerajaan. Beliau boleh menafikannya tetapi orang ramai tahu akan kegiatan Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Abdullah serta konco-konconya termasuk budak-budak Tingkat Empat. Mereka sering turut serta dalam mesyuarat rasmi Kerajaan dan apabila Perdana Menteri mengadakan perjumpaan.
16. Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menaikkan kebencian ramai. Jika veteran parti dengan rekod perkhidmatan yang lama yang menang tanpa bertanding tidak ada sesiapa yang akan membantah. Tetapi Khairy berada dalam UMNO kurang dari lima tahun dan tidak pun mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di dalam UMNO. Bagaimana dia boleh menang tanpa bertanding?
17. Pengambilalihan Scomi oleh Kamaluddin timbulkan tandatanya. Seorang pemegang saham terbesar Scomi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dia masih lagi ditahan. Pada waktu yang sama Scomi menang banyak kontrak yang melibatkan kelulusan Petronas.18. Scomi juga telah mengambil-alih M-Trans baru-baru ini kerana sistem monorel telah dicadangkan untuk Pulau Pinang. Keputusan juga dijangka dibuat untuk meneruskan projek monorel Putrajaya.
19. Setelah berjanji ketelusan dan pengagihan kontrak melalui tender terbuka, Kerajaan terus memberi kontrak yang besar kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan selalunya sebelum Unit Perancang Ekonomi dapat membuat penilaian dan perancangan. Tidak ada tender. GLC ini tidak punyai kemampuan untuk menjalankan projek-projek ini. Ianya kemudian akan di sub-kontrak kepada kontraktor-kontraktor yang tiada sesiapa pun tahu. Dipercayai bahawa harga kontrak ditingkatkan melebihi harga jangkaan asal.
20. Kalimullah Masheerul Hassan dan ECM-Libra tiba-tiba menjadi begitu terkenal. Kalimullah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan. Sebuah syarikat Kerajaan yang besar, Avenue Assets digabungkan dengan ECM-Libra yang rendah nilai sahamnya. Tetapi nilai saham Avenue Assets sengaja diturunkan supaya ECM-Libra dapat menguasai syarikat gabungan ini.
21. Kalimullah juga berpengaruh kerana dianya adalah timbalan pengerusi eksekutif New Straits Times Press dan mempunyai suara yang besar di dalam bilik berita New Straits Times. Oleh itu Dato Seri Abdullah sentiasa dipaparkan dalam keadaan yang amat baik. Cerita yang menonjolkan Abdullah akan mendapat kelulusan untuk disebar meluas.
22. Malang bagi Abdullah, dia mula mempercayai cerita-cerita ini dan menyangka yang dia benar-benar popular. Oleh sebab itu dia telah mengadakan pilihanaya awal menyangkakan yang dia akan sapu bersih. Dia tidak menjangkakan yang pengundi menolak kepimpinannya. Tetapi dia masih lagi bertegas bahawa dia menang.
23. Di awal pemerintahannya dia memutuskan untuk tidak meneruskan apa yang dikatakan “mega projeck” yang saya sendiri telah mulakan. Itu haknya. Yang tidak betul dan apa yang membuatkan orang berfikir yang dia sebenarnya berdendam adalah cadangan yang mengatakan saya membuang duit ke atas banyak “pet” projek saya sehinggakan Kerajaan sudah tidak mempunyai wang untuk meneruskannya. Sebenarnya orang tahu bahawa projek-projek berkenaan amat diperlukan. Bayangkan Malaysia tanpa KLIA, Stesen Sentral, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan, projek rel-keretapi berkembar dan elektrik, LRT, monorel Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, lebuhraya bertol, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Litar lumba Formula 1, Menara KL dan lain-lain
24. Saya tidak akan sebutkan berkenaan perkara-perkara yang dilakukannya yang menyentuh diri saya dan umumnya tidak diketahui orang ramai. Ini kerana pengundi tidak mungkin dipengaruhi perkara ini.25. Tetapi apa yang diketahui ialah reaksinya terhadap kritikan saya berkenaan APs (Approved Permits) dan keputusan untuk tidak membina jambatan bengkok di Johor. Dia dan menteri-menterinya menghina saya di khalayak ramai dan di satu ketika hendak melucutkan saya daripada keahlian parti. Datuk Seri Nazri Aziz terutamanya, amat biadap.
26. Rakyat juga tahu bahawa dia dan rakan-rakan Kabinetnya, yang kebanyakannya adalah lantikan saya amat tidak mengenang budi. Rakyat juga tahu bahawa jika bukan kerana saya Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri hari ini. Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan. Sekarang mereka menentang saya dan menghina saya dengan cara yang amat tidak sopan. Saya tidak tersinggung kerana ini tetapi saya fikir orang ramai anggap perangai sebegini amat buruk.
27. Ketakutan yang Abdullah semaikan dalam diri Menteri-Menterinya, ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan UMNO yang lain begitu hebat sekali sehinggakan tiada yang sanggup berdiri mempertahankan saya ataupun untuk mempertikaikan apa yang Abdullah dan rakan-rakannya kata.
28. Jika Singapura tidak bersetuju untuk membina jambatan lurus melainkan pasir dijual kepadanya, kita sepatutnya boleh teruskan pembinaan jambatan bengkok kerana ianya tidak ada kena-mengena dengan Singapura. Tetapi kerana marahkan penolakan rakyat Johor terhadap usaha menjual pasir dan kebenaran bagi jet pejuang Singapura melintasi ruang udara Johor, Abdullah telah batalkan pembinaan jambatan bengkok. Kenapa?
29. Saya percaya ianya kerana 1 billion meter persegi pasir yang dia mahu jual kepada Singapura tetapi dibantah Johor. Ada orang yang akan mendapat untung hingaa satu bilion Ringgit dalam masa 20 tahun dari penjualan pasir. Singapura bersedia membeli pasir pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran kerana tanah yang ditambak akan dijual pada harga antara 3,000-5,000 dolar Singapura satu kaki persegi.
30. Bantahan Johor adalah kerana perlombongan pasir dasar laut akan menyebabkan hakisan pantai, kemusnahan kawasan pembiakan ikan dan akan menyebabkan nelayan Johor kehilangan kawasan menangkap ikan. Royalti yang akan dikutip Johor juga tidak terbanding dengan keuntungan yang diraih Singapura dengan mejual tanah tambak.
31. Terdapat beberapa perkara lain yang dilakukan Abdullah yang orang tidak suka. Ini termasuk isu pengeluaran AP, penjualan MV Agusta, masalah bangunan CIQ Johor Baru, pembatalan projek landasan berkembar dari Johor Baru ke Padang Besar, masjid kristal di Terengganu, Monsoon Cup, koridor-koridor serta pengubahsuaian Seri Perdana.
32. Banyak juga perkara yang tidak popular yang dilakukan Dato Seri Abdullah yang telah menyisihkan ahli serta pengundi UMNO dan Barisan Nasional secara umumnya. Jika ada sesiapa yang patut dipersalahkan kerana prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional, dianya adalah Dato Seri Abdullah sendiri. Ini adalah pendapat majoriti kebanyakan rakyat Malaysia. Jika mereka diberi kebebasan bercakap, inilah yang akan mereka katakan.
33. Walau bagaimana pun beliau menolak yang beliau adalah punca segala-galanya. Walau betapa ramai orang yang beliau salahkan, beliau tidak boleh menerangkan kenapa malapetaka yang melanda UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan Barisan Nasional ini tidak pernah berlaku dibawah empat Perdana Menteri yang terdahulu, tetapi hanya berlaku dibawah pentadbirannya. Dia tidak boleh menerangkan kenapa berlaku sabotaj oleh ahli UMNO dan parti komponen pada tahun 2008 sedangkan sebelum ini mereka amat setia dan tidak pernah gagal memberi Perikatan dan Barisan Nasional kemenangan dua-pertiga majoriti di Parlimen dan kemenangan di hampir semua negeri-negeri.
34. Jika Dato Seri Abdullah berdegil tidak mahu mengundur diri dan jika dia cuba untuk mengenepikan usaha peralihan kuasa sebelum Pilihanraya Umum akan datang, pengundi serta ahli parti yang meluat dengannya akan tentukan Barisan Nasional dikalahkan di peringkat Pusat dan Negeri sebagai satu cara untuk menyingkir beliau dan mengakhiri tempohnya sebagai Perdana Menteri.
35. DAP dan PAS akan tentukan Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri hingga Pilihanraya Umum seterusnya kerana serupa seperti 2008, pengundi Barisan Nasional yang menyampah dengan BN akan meyokong pembangkang. Kemarahan Karpal Singh terhadap serangan saya ke atas Dato Seri Abdullah ialah kerana saya mungkin menyebabkan Dato Seri Abdullah undur diri. Dengan ini DAP dan parti pembangkang yang lain akan kehilangan satu orang yang tentunya akan menolong mereka menang. Ini akan menjadi realiti sekiranya PAS dan DAP berjaya mediri Kerajaan yang baik bagi Negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.36. Apabila ini terjadi maka tidak akan ada apa-apa lagi harapan bagi UMNO untuk kembali berkuasa.
37. Seperti yang saya katakan, saya mengaku bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi UMNO dan Barisan Nasional. Sebabnya ialah jika Dato Seri Abdullah menang besar beliau akan terus mengabaikan objektifnya untuk UMNO dan untuk kesejahteraan Malaysia.
38. Saya akan anggap diri saya sebagai pengkhianat bangsa jika saya biarkan ini berlaku. Dan mereka yang terus menerus mengampu Dato Seri Abdullah akan menjadi pengkhianat negara, bangsa dan orang Melayu serta agama mereka juga.
39. Akhirnya, analisa menunjukkan yang bertanggungjawab bagi kekalahan yang dialami Barisan Nasional ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Jika dia mahu menebus dirinya dan bantu pulihkan UMNO dan BN dia harus meletak jawatan dan biarkan kerja-kerja pemulihan dijalankan oleh pihak lain. Selagi dia terus kekal Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia, pemulihan adalah mustahil.
Artikel ini yang penulisan asalnya di dalam Bahasa Inggeris telah disiarkan akhbar The Sun pada keluaran 9hb Mei, 2008
pemudawilayah - ahli PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh mengmbil ringan dan terus menerus leka dengan kelemahan Umno dan BN ini. Kita harus perkukuhkan kekuatan yang ada untuk memberikan tekanan kepada mereka hingga ke semua mereka tunduk dan mengaku kalah pada kuasa rakyat!"
Ucapan Mahathir di Parlimen @ 11/8/1965
Oleh badakapi...tranungkite
" Mari kita tengok dan kaji apakah sebenarnya pendirian Mahathir pada 43 tahun yang dulu, tentang isu hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh UMNO itu. Berikan lebih tumpuan pada tulisan yang di'bold'kan.
Dari Hansard Dewan Rakyat, 11/08/1965. Halaman 41-43.
Dr Mahathir bin Mohamed (Kota Star Selatan): Tuan Yang di-Pertua, saya bangun hendak chakap untok menentang usul di-bawa oleh Enche' Abdul Samad Gul, ia-itu bahawa Majlis ini mengambil keputusan meminda Perlembagaan Malaysia dengan maksud supaya terjamin hak2 bumiputra di-dalam lapangan politik, ekonomi, pelajaran dan kebudayaan.Sebab-nya saya menentang usul ini, ia-lah oleh kerana ini ada-lah bukan satu usul yang akan membina satu Malaysia yang kuat, tetapi chuma akan menimbul perasaan perkauman yang akhirnya akan menjahanamkan sama sekali Malaysia yang kita sayangi.Sebab, Tuan Yang di-Pertua, ia-lah dengan kerana saya berpandu kapada keadaan yang ada di-Tanah Melayu sa-belum peperangan yang kedua. Di-masa itu sunggoh pun pehak penjajah British telah ada kuasa berkenaan dengan soal2 luar negeri dan pertahanan, tetapi di-dalam soal2 yang bersangkutan dengan ekonomi, politik dan sa-bagai-nya di-dalam negeri, memang Raja2 Melayu dan juga Ahli2 Dewan yang ada pada masa itu berkuasa penoh. Dan masa itu, orang2 Melayu boleh-lah di-katakan ada hak yang penoh untok mentadbirkan negeri ini dengan sa-chara apa pun juga dia suka.Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita banding keadaan pada masa itu maka tentu-lah nyata ia-itu sunggoh pun pada masa itu orang2 Melayu boleh di-katakan berkuasa, tetapi keadaan orang2 Melayu bukan-lah lebeh baik daripada masa sekarang, tetapi boleh di-katakan lebeh burok lagi. Mereka memang berkuasa, tetapi oleh kerana kurang kepandaian, kurang perasaan, maka orang2 Melayu telah tertinggal ka-belakang di-dalam serba-serbi di-masa sa-belum perang dahulu. Orang2 China dan orang2 India, dan juga orang2 lain, tidak berhak sama sekali di-Tanah Melayu pada masa itu, dapat juga memperbaiki keadaan mereka itu sa-hingga pada satu masa sa-belum lagi pechah peperangan yang kedua mereka telah memegang peranan yang terbesar sa-kali di-dalam Tanah Melayu ini.
Dan pada masa itu juga saya ingin memperingatkan wakil daripada Kelantan yang berchakap tadi ia-itu mereka juga telah di-jadikan Dato'2 dan sa-bagai-nya. Masa itu orang2 Melayu ber-hak penoh. Tetapi orang2 Melayu telah beri kapada orang yang tidak ada hak sama sa-kali di-dalam Tanah Melayu pangkat2 yang di-sebutkan tadi. Dari itu kita tentu-lah nyata ia-itu chuma dengan mengadakan chatitan yang saperti di-katakan di-sini di-dalam Perlembagaan Tanah Malaysia ini bukan-lah akan menjamin kebaikan kedudokan orang2 Melayu di-Tanah Melayu ini.Yang mustahak ia-lah kita berusaha, dengan sa-chara orang2 Perikatan berusaha, supaya membaiki kedudokan orang2 Melayu dengan memberikan kapada mereka kepandaian2 yang ke-kurangan di-sisi mereka.Satu lagi yang timbul di-dalam uchapan Yang Berhormat tadi ia-lah berkenaan dengan Brunei juga dapat di-tinggalkan di-luar daripada Malaysia dan juga dapat berada di-dalam dunia ini dengan tidak payah memasoki Malaysia ini. Saya ingin memperingatkan ia-itu Brunei ini sunggoh pun ada, bukan-lah satu negeri yang merdeka, tetapi ia-lah maseh menjadi tanah jajahan British - di-jajah oleh British.Di-dalam uchapan-nya pada pagi tadi Ahli Yang Berhormat telah menyebutkan berkenaan dengan perkara jururawat di-Kedah yang mana saya sendiri telah mengambil peranan yang besar. Banyak di-antara orang2 PAS memikirkan bahawa saya telah mengambil bahagian di-dalam perkara ini ia-lah dengan kerana saya memikirkan sa-bagai sa-orang yang berdasarkan kapada perkauman, tetapi yang sa-benar-nya saya ingin menerangkan kapada Rumah yang bahagia ini, saya telah mengambil berat atas perkara ini ia-lah sa-bagai sifat saya sa-orang wakil Perikatan yang ingin berusaha supaya di-adakan satu masharakat yang sama di-dalam Tanah Melayu ini. Saya perchaya sa-bagai wakil Perikatan, dengan ada-nya masharakat yang sama atau pun equitable society baharu-lah dapat kita membena satu negeri yang terpelihara dari huru-hara.
Di-dalam pilehan jururawat di-Kedah itu telah pun terpileh 16 orang yang bukan Melayu dan chuma sa-orang Melayu. Kesalahan ini bukan-lah kesalahan daripada pehak Jawatan-kuasa Temu Duga tetapi ia-lah kesalahan dengan kerana tidak ada arahan yang di-beri kapada Jawatan-kuasa ini berkenaan dengan chara2 untok memileh jururawat itu. Mereka ini chuma berpandu kapada sijil yang di-bawa oleh orang2 yang minta menjadi juru-rawat itu. Dengan sebab itu mereka itu telah memileh sijil yang tertinggi sa-kali. Maka dengan sebab itu-lah kita dapati ia-itu 16 daripada 17 orang yang di-pileh itu bukan orang2 Melayu.Di-dalam penyelidekan yang saya telah lakukan di-Kedah itu saya dapati bahawa semua daripada 120 orang yang minta menjadi jururawat itu ada-lah terdiri daripada orang yang layak menjadi jururawat. Kalau-lah kita chuma berpandu kapada kebolehan yang terchatit dalam sijil2 mereka maka sudah tentu kita akan memileh orang2 yang bukan Melayu. Ini bukan-lah sebab apa, tetapi kita tentu-lah tahu ia-itu di-dalam pepereksaan L.C.E. dan Senior Cambridge pada tiap2 tahun kebanyakan penuntut2 yang dapat sijil yang tinggi saperti grade I dan juga dapat distinction bukan-lah terdiri dari-pada orang2 bangsa Melayu. Jadi kalau di-dalam 120 orang yang layak menjadi jururawat tadi kita chuma mengikut sijil sahaja maka terpaksa-lah kita memileh orang yang bukan Melayu. Dengan kerana Jawatan-kuasa Temuduga tadi telah memileh chuma tentang sijil2 ini maka orang2 Melayu tidak di-pileh.
Tetapi di-Kedah, Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan daripada orang2 yang akan di-jaga oleh jururawat2 itu terdiri daripada orang2 Melayu, maka mustahak-lah juga jururawat bekerja di-Kedah terdiri dari-pada-nya orang2 yang faham berkenaan dengan adat, berkenaan dengan ugama, berkenaan dengan chara tutor bahasa orang2 yang akan jatoh di-bawah jagaan mereka. Kalau perkara ini di-timbangkan oleh Jawatan-kuasa Temuduga maka sudah tentu-lah mereka akan memileh orang yang boleh memaham orang2 yang pada satu masa akan di-jaga oleh jururawat2 itu. Ini-lah sebab kerana tidak ada arahan di-beri kapada Jawatan-kuasa Temuduga ini maka mereka itu telah memileh orang2 yang benar2-nya sunggoh pun mereka itu ada sijil yang tinggi tetapi bukan-lah orang yang boleh menjalankan tugas mereka dengan sempurna di-tempat itu.Kalau-lah pemilehan ini berlaku di-Pulau Pinang atau di-mana2 tempat di-mana bilangan orang2 Melayu kurang, maka ini tentu-lah tidak berperasaan apa2 oleh kerana kalau di-pileh di-Pulau Pinang, umpama-nya, orang2 itu terdiri daripada orang China, jururawat semua-nya orang China, mereka tentu-lah dapat bekerja dengan chekap lagi di-dalam Hospital di-Pulau Pinang. Tetapi di-Kedah dengan kerana kalau sa-orang jururawat itu tidak dapat berchakap dalam bahasa Melayu, dia tidak mengerti tentang tutor Bahasa dan juga adat orang2 Melayu maka boleh jadi mereka itu akan menyenggong orang2 sakit di-bawah jagaan mereka dan ini akan menimbulkan satu perasaan tidak puas hati di-antara orang2 yang akan pergi ka-Hospital2 dan Kelinik2. Jadi, ini-lah sebab-nya saya memikirkan bahawa supaya keadaan di-dalam Jabatan Kesihatan di-Kedah akan di-jalankan dengan lebeh sempurna lagi, maka keberatan juga patut di-beri kapada kerja yang akan di-buat oleh jururawat2 ini. Kalau-lah sa-mata2 berpandu kapada sijil yang tinggi, maka ini akan membawa kapada keadaan di-mana pekerja2 di-dalam Jabatan2 Kerajaan akan terdiri sa-mata2 daripada orang yang bukan Melayu dan mereka ini akan bekerja di-antara orang Melayu dan tidak dapat membawa pengertian yang penoh kapada orang2 yang mana mereka itu mesti bekerjasama. Hanya ini-lah yang mustahak sa-kali di-timbangkan oleh Jawatan-kuasa Temuduga.Saya harap tiap2 parti pembangkang, terutama yang membawa usul ini, jangan-lah memikirkan ia-itu ini akan menjadi satu daripada alasan2 supaya di-masokkan, di-chatitkan di-dalam Perlembagaan kita hak2 bumiputra yang mana di-sebut di-sini. Sa-benar-nya apa yang di-katakan hak2 bumiputra atau pun Malay privileges di-dalam Perlembagaan kita bukan-lah sa-benar2-nya hak, tetapi ia-lah satu chara untok mempertahankan pehak yang lemah, supaya pada satu masa, mereka dapat berdiri dan bertanding dengan lain2 kaum dengan tidak payah lagi bersandar kapada hak2 ini. Dengan chara kita chuma menuliskan di-dalam Perlembagaan hak2 ini bukan-lah akan terjamin kehidupan mereka (Ketawa).Saya tidak nampak apa2, yang saya kata tadi, yang boleh membawa kapada gelak ketawa. Saya bukan kelakar macham Ahli2 yang berchakap tadi. Saya tidak perchaya, saya sebutkan lagi tidak perchaya dengan di-ada-kan, dengan di-chatitkan di-dalam Per-lembagaan hak2 bumiputra, maka ini akan membawa kapada kesenangan bagi orang2 Melayu. Apa yang musta-hak ia-lah kita bekerja dan mengguna-kan apa yang di-katakan hak2 istimewa orang Melayu itu untok membangun-kan orang2 Melayu, orang2 yang boleh mempertahankan diri mereka dalam sa-barang pertandingan. Dan pada satu masa kita akan buang sama sa-kali hak2 istimewa orang Melayu. Saya faham bahawa hak2 ini yang ada terchatit di-dalam Perlembagaan pada masa sekarang juga ia-lah satu tanda kehinaan bagi orang2 Melayu. Ini menyipatkan orang2 Melayu saperti orang Red Indian di-dalam Amerika, di-mana mereka itu mesti di-berikan reserve supaya mereka itu dapat hidup di-Amerika.Kita di-sini juga ada Malay reserve dengan kerana orang2 Melayu selalu-lah bersandar kapada reserve2 ini dan kalau tidak ada, mereka ta' ada-lah tanah. Ini-lah satu tanda bahawa kita ini lemah. Dan saya berharap hak2 ini ta' akan kekal dan kita akan berusaha, saya perchaya Parti Perikatan, bagitu juga Kerajaan Perikatan, akan berusaha supaya pada satu masa kita dapat membuangkan sama sa-kali hak2, jangan-lah menambahkan lagi hak2 ini. Terima kaseh.

RASIONAL DAN IMPLIKASI DR M KELUAR UMNO
Oleh nestapa.................tranungkite
Adakah pengunduran Dr Mahathir dari UMNO disebabkan oleh kes video Linggam? Kemungkinan itu ada, sebagaimana yang dinyatakan oleh Karpal Singh. Namun begitu, kalau dilihat kepada scenario badan perundangan Negara yang masih lagi dianggotai oleh Gani Patail sebagai pendakwaraya, kes video lingam hanyalah satu wayang kulit sahaja.
Perbicaraannya tentu akan memakan masa yang lama, kemungkinan apa yang berlaku kepada Presiden Suharto akan berlaku kepada Dr M. Pihak perundangan akan melengah2kan masa sehingga isu itu menjadi sejuk atau dalam kes yang lebih teruk mungkin sehingga akhir hayat Dr M pun, isu itu belum selesai. Jadi, bagi saya untuk mengatakan Dr M keluar UMNO atas sebab peribadi, yakni kerana isu video Linggam adalah kurang tepat.Dr Mahathir, kalau diimbau sejak awal penglibatan beliau dalam politik Malaysia adalah seorang yang komitted dalam memperjuangkan nasib Malaysia dan bangsa Melayu khususnya. Ini dapat dilihat bilamana beliau telah mengkritik kepimpinan Tunku selepas peristiwa 13 Mei yang akhirnya menyaksikan pengunduran Tunku dari tampuk Perdana Menteri.
Seterusnya apabila beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, kesungguhan beliau untuk memajukan Melayu dan Malaysia amnya semakin jelas. Beliau memulakan pemerintahan sebagai PM dengan memperkenalkan slogan Bersih Cekap Amanah dan menegor tentang amalan 'wang kopi' yang berleluasa ketika itu. Ini adalah langkah yang beliau ambil untuk memulihkan UMNO yang sememangnya telah mengamalkan rasuah politik dari sejak zaman Tun Razak lagi. Seterusnya beliau menyamakan waktu antara Sabah dan Sarawak(ketika itu dikenali sebagai Malaysia Timur ) dengan semenanjung di mana waktu bagi Sabah dan Sarawak dicepatkan sebanyak setengah jam. Ini adalah langkah awal beliau untuk mewujudkan integrasi antara Malaysia Timur dan Semenanjung. Seterusnya perkataan Malaysia Timur tidak lagi digunakan supaya semua orang mempunyai perasaan yang sama, iaitu Malaysia yang satu.
Beliau memacu pembangunan negara dengan memperkenalkan konsep "Pandang Ke Timur" dan konsep Penswastaan di mana pembangunan negara terpacu dengan pesat sekali. Beliau juga mengangkat martabat Malaysia dengan memperkenalkan slogan Malaysia Boleh dan merestui usaha2 untuk menunjukkan kehebatan Malaysia di mata dunia, umpamanya yang tidak boleh kita lupa ialah Bendera Terbesar di dunia yang dibuat oleh Mohamad Rahmat, Menteri Penerangan ketika itu, pendakian gunung Everest dll. Seiring dengan itu, beliau sendiri menonjolkan ketokohan beliau di pentas politik dunia sehingga diiktiraf oleh pemimpin2 dari luar negara. Malaysia yang dahulunya tidak di dikenali di mata dunia akhirnya menjadi negara contoh bagi negara2 dunia ke3.Selanjutnya, dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO, slogan 'Kepimpinan Melalui Teladan' diperkenalkan dimana motifnya ialah supaya pemimpin2 sendiri mengamalkan perkara yang betul. Penerapan nilai2 Islam dalam pentadbiran kerajaan juga dimulakan. Beliau juga teruji dengan pelbagai isu dan masalah, namun beliau dapat menanganinya. Dalam keghairahan beliau memimpin negara, beliau juga tersasar di mana penglibatan kroni dan keluarganya membuatkan beliau melakukan beberapa tindakan yang salah di mata rakyat. Namun begitu, mungkin bagai dirancang, beliau mula membersihkan rekod2 buruk beliau dimana anak2 beliau tidak dibenarkan berpolitik selagi beliau masih di jawatan PM. Begitu juga, dalam soal bisnes, syarikat2 anak2 beliau mula melepaskan pegangan2 utama dalam kontrak kerajaan.Tetapi, kesalahan terbesar beliau di mata rakyat ialah dalam kes Anwar Ibrahim.Beliau melepaskan jawatan dengan perasaan bahawa banyak masalah negara telah diselesaikan, hanya perlu diteruskan oleh pengganti beliau. Mungkin fikir beliau, rakyat akan memaafkan beliau atas kesalahan2 yang pernah beliau lakukan. Memang, rakyat masih menghormati beliau walaupun beliau telah bersara. Pandangan2 beliau masih ditunggu oleh rakyat. Namun begitu dosa2 beliau tetap menjadi tuntutan oleh rakyat.
KENAPA MAHATHIR MEMBENCI AAB?
Jelas sekali kebencian beliau terhadap AAB adalah kerana ketidak mampuan AAB menerajui Negara. Banyak perkara yang sepatutnya diteruskan oleh AAB telah tidak dipedulikan, umpamanya isu jambatan bengkok.Disamping itu factor campurtangan keluarga dan kroni AAB dalam pemerintahan Negara juga merupakan factor penting kenapa Dr M menolak kepimpinan AAB. Beliau malah pernah mengatakan AAB menipu kerana disebalik watak Mr Clean sebenarnya AAB adalah tersangat kotor. Kemuncak kemarahan beliau adalah kekalahan besar UMNO dalam PRU 12 yang laluLalu, dalam usia yang sepatutnya berada di kelompok kumpulan veteran UMNO, beliau masih lagi ‘campur tangan’ dalam urusan kerajaan melalui kritikan2 beliau. Tindakan beliau mengkritik kerajaan adalah bonus kepada pembangkang yang tercari2 faktor X untuk melawan kerajaan pimpinan AAB. Dalam keadaan kerajaan yang mengawal segalanya, rakyat tidak bebas bersuara. Kalau bersuarapun tidak diendahkan. Maka yang mampu melawan kerajaan adalah insan yang pernah menjadi ketua kerajaan. Oleh itu kehadiran semula DrM dalam politik tanah air merupakan rahmat kepada pembangkang dan pencinta keadilan.Ada pendapat mengatakan beliau kembali aktif dalam politik adalah kerana ingin kembali ke tampuk kuasa. Mengarut! Dalam usia yang sebegitu, apa yang penting adalah usaha baiknya dahulu diteruskan oleh penggantinya lebih dari beliau duduk dikerusi PM. Apabila sebaliknya berlaku, maka beliau terpaksa bersuara untuk membetulkan keadaan. Malangnya, beliau dijadikan melukut di tepi gantang malah dikecam oleh anak didiknya yang suatu waktu dahulu memuji dan menyanjung beliau sehingga ke langit.Disaat inilah DrM menyedari betapa tidak betulnya UMNO selama ini. Semasa di kerusi PM, beliau ‘tidak nampak’ apa yang tidak betul dalam UMNO. Selama ini juga suara2 yang menegur kepimpinan DrM tidak mendapat layanan, begitulah nasib DrM apabila menegur kerajaan sekarang. Namun begitu, teguran oleh ahli UMNO yang lain tidak sama dengan teguran DrM kerana beliau berpengalaman selama 22 tahun. Malah hala tuju Negara untuk mencapai negara maju dalam tahun 2020 juga merupakan wawasan kepimpinan beliau,(AAB cuba nak megubahnya menjadi 2050 tapi isu itu sejuk begitu saja) Siapa lagi rakyat Malaysia yang lebih berpengalaman dari beliau dalam memacu Negara di landasan yang betul? Siapa yang banyak menghadapi ujian semasa memerintah Malaysia? Hanya beliau seorang saja di Malaysia buat masa ini dan hakikat ini diakui oleh rakyat di mana rakyat masihmenerima buah fikiran beliau.
Sikap AAB yang tidak memperdulikan teguran2 malah berlagak seolah2 tidak ada apa yang berlaku menyebabkan DrM giat membuat gesaan supaya AAB mengundurkan diri. Kemuncak kepada itu ialah apabila UMNO banyak kehilangan kerusi dalam PRU12 yang lalu. Bagi Dr M inilah masa yang baik untuk menukarkan pemimpin UMNO dan PM. Namun begitu budaya UMNO yang abadi dengan sikap ‘yes man’ tidak merealisasikan apa yang diharapkan. DrM yang sebelum ini mengharapkan Najib menggantikan AAB telah menyelar Najib dalam satu majlis di Petaling Jaya dengan mengatakan Najib bukan lagi calon pilihannya untuk jawatan PM. Sebenarnya kenyataan itu adalah satu provokasi untuk Najib kerana semasa berucap di Manchester, hasrat beliau supaya Najib membuat sesuatu dapat ditelah. Ini di kuatkan lagi dengan kenyataan beliau yang AAB menghalang Najib untuk berjumpa beliau. DrM tidak pernah merestui Ku Li untuk menjadi Presiden UMNO , beliau cuma tidak menafikan hak Ku Li untuk bertanding.Kemuncak dari rentetan teguran dan gesaan beliau supaya AAB melepaskan jawatan tetapi dibuat tak tahu oleh AAB, beliau telah mencadangkan 3 perkara untuk dilakukan oleh ahli UMNO iaitu:-
1. kembalikan demokrasi dalam UMNO yakni penghapusan system kuota dalam Pemilihan Agong UMNO
2. Mengadakan EGM yang secukupnya untuk mengusulkan perletakan jawatan AAB
3. Keluar dari UMNO tetapi jangan masuk pembangkang
Saranan pertama dan kedua gagal dilaksanakan kerana kurangnya bahagian yang mengadakan EGM. Oleh itu UMNO perlulah menunggu sehingga Disember 2008 di mana PAU akan berlangsung. Tempoh ini dilihat oleh DrM sebagai terlalu lama, oleh itu saranan ke3 adalah perlu dilakukan dan beliau telah memulakannya.
IMPLIKASI DARI TINDAKAN Dr.M KELUAR UMNO
Hanya ada 2 implikasi sahaja iaitu:-
1. Tidak ada ahli UMNO yang ikut DrM keluar UMNO – tak ada apa2 perubahan yang akan berlaku. Tinggallah DrM sebagai rakyat biasa yang tentunya akan dibantai lebih teruk jika cuba mencampuri urusan UMNO selepas ini.
2. Ada ahli UMNO yang ikut keluar UMNO – kemungkinan ini amat besar akan berlaku terutama oleh wakil2 rakyat Sabah yang ternyata sangat berkecil hati dengan kepimpinan AAB yang meletakkan Sabah pada kelas 2. Malah terdapat suara dari Sabah yang mahu menuntut pemerintahan otonomi. Tidak mustahil Sarawak akan mengikuti langkah Sabah dan kiranya ini berlaku BN akan kehilangan 54 kerusi (24 Sabah 30 Sarawak) menjadikan baki kerusi BN yang tinggal adalah 76buah. Kedudukan ini akan menghilangkan majority BN keraana Pakatan mempunyai 82 kerusi. Memandangkan BN Sabah dan Sarawak yang keluar itu tidak menyertai Pakatan Rakyat, maka kedudukan kerusi parlimen akan menjadi 82 PR, 76BN dan 54 BEBAS.
Tidak ada satu pihak pun yang mempunyai majority mudah 2/3 oleh itu tidak ada kerajaan yang boleh dibentuk. Kerajaan yang ada terpaksa dibubarkan dan pilihanraya semula mesti dibuat untuk mendapatkan mandat baru.Sekiranya pilihanraya diadakan semula, kemungkinan 5 negeri dibawah Pakatan Rakyat masih kekal dengan Pakatan Rakyat adalah besar kerana suara2 sumbang yang mengkritik pemerintahan PR adalah dari golongan UMNO/BN yang tidak boleh menerima kekalahan mereka. Malah PR melalui PAS kemungkinan dapat menawan Terengganu.Negeri Sembilan juga mungkin akan ditawan oleh PR. Sabah dan Sarawak akan kekal di tangan BEBAS yang akan bergabung untuk membentuk pemerintahan sendiri di peringkat Negeri masing2 manakala di peringkat Parlimen, mungkin mereka akan menyertai PR untuk menagih kerusi menteri. BN akan kekal majority di Johor,Melaka, Pahang dan Perlis.Jika ini berlaku, maka berakhirlah ke egoan UMNO/BN selama ini.
RASIONAL DI SEBALIK SARANAN DrM SUPAYA JANGAN MASUK PEMBANGKANG
Sebagaimana yang dinyatakan di awal tulisan ini, semangat DrM terhadap Melayu adalah sangat tinggi dan beliau amat menyayangi UMNO. Saranan supaya keluar dari UMNO adalah bersifat sementara yang niatnya adalah untuk menekan supaya AAB melepaskan jawatan. Seandainya AAB benar2 melepaskan jawatan, mereka akan kembali ke UMNO semula. Dan sekiranya AAB masih berdegil untuk kekal sebagai PM maka scenario di atas mungkin akan berlaku.
Ku Li tidak akan keluar UMNO dan saya yakin Muhyidin juga tidak akan keluar. Mereka menunggu untuk mengisi kekosongan yang bakal dibuat oleh AAB dan berharap menarik semula ahli yang keluar. Najib dilihat tidak ada tempat lagi dalam UMNO. Perjuangan beliau nanti akan lebih kepada survival diri sendiri.Saingan dari Ku Li dan Muhyiddin tentu sengit buat Najib kerana rekod beliau yang dilihat tidak bersih itu akan menjadi liability kepada masa depanUMNO. Ku Li akan dilihat sebagai calon yang akan meneutralkan kebobrokan yang berlaku dalam UMNO ketika ini. Muhyidin pula dilihat calon yang sesuai untuk berganding dengan Ku Li membantu Ku Li memulihkan UMNO dan seterusnya menggantikan tempat Ku Li. Persoalan di sini adakah PR bersedia untuk merebut peluang yang terhidang ini?
PERSEPSI RAKYAT
1. Kenapa DrM mahukan Najib sebagai PM berbanding Ku Li dilihat mungkin mempunyai maksud peribadi. Umum mengetahui dan mengiktiraf kesalahan2 yang pernah dilakukan oleh DrM semasa menjadi PM dahulu dan kemarahan terhadap DrM masih ada. Walaupun menghormati beliau sebagai negarawan, rakyat tetap mahu beliau bertanggungjawab atas kesalahan2 lampau beliau. Mungkin sepatah permohonan maaf dari beliau dapat menyejukkan hati rakyat kerana rakyat juga tida buta untuk menilai kebaikan yang beliau telah buat.
Sekiranya sokongan DrM kepada Najib adalah untuk saling ‘cover’ kesalahan masing2, maka amat malanglah bagi DrM.Kenapa Karpal Singh menganggap DrM ahli politik murahan dan menggugat kepimpinan AAB dengan tindakan keluar UMNO ini? Sebagaimana dakwaan DrM bahawa Khairi,menantu AAB ada hubung kait dengan Singapura, begitu juga DAP yang sejarahnya bermula di Singapura. Kemungkinan antara DAP dan KJ ada hubungkait amat sukar untuk ditolak.Apa-apa pun, kita amat menantikan satu penghijrahan yang baru dan berdoa semoga penghijrahan ini adalah kearah kebaikan.
http://takgedebe.blogspot.com/

No comments :
Post a Comment