Monday, May 19, 2008



Infoo lagi...............

ALOR STAR 19 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar daripada UMNO.Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin.Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu."Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini. - Utusan





Lagiii berite................

"Sejarah bakal berulang... Tunku Abdul Rahman berdiri di atas pentas PAS dan 46 demi untuk mengecam dan mengkritik kepimpinan Tun..Hari ini, Tun telah menimbulkan satu klimaks dalam survival dirinya dan proksinya yang telah dikunjungi tak sampai beberapa hari yang lepas...Persoalannya adakah Perletakkan keahlian Tun adalah jujur dan benar2 sayangkan UMNO atau Melayu..ataupun pengorbanannya demi keutuhan UMNO... Hanya mereka yang bodoh, BEBAL SERTA BIOL serta berTuhankan Taghut sahaja yang akan bersangka demikian.Hakikatnya Mamak itu tidak lagi mampu lagi menunggu kebobrokannya dibongkarkan dari satu persatu... Dia tiada pilihan lain demi untuk menaikkan Najib (Rosmah) dengan segera atau berputih mata bersama-sama Najib.. Segala keaibannya sedang dipertontonkan keseluruh negara kesan dari tindakan zalim dan kejamnya dalam memanipulasi pemerintahan negara demi kepentingan dirinya yang sombong, bongkak lagi hina..Tun adalah sejenis makhluk yang tidak akan menyerah kalah ataupun melupakan musuh politiknya dengan begitu saja.. dan inilah perang terbuka yang merupakan kartu terakhir dalam hayat politiknya...Kebimbangan Tun disebabkan beberapa perkara yang tiada kaitan dengan kepentingan UMNO apatahlagi orang melayu secara keseluruhannya...
Ini adalah langkah terakhir bagi beliau mendesak Abdullah untuk meletakkan jawatan dengan segera disebabkan:


1. Ini untuk mengelakkan DSAI mengambilalih tampuk pemerintahanan negara dengan skim lompat kearah keadilan dan kebenaran..

2. Langkah AAB membebaskan institusi BPR sekaligus membongkarkan salahlaku Tub dalam kes Bekas Ketua Pengarah BPR...

3. Kes Video linggam mengakibatkan mamak tu boleh didakwa kerana bersubahat dalam mengatur hakim dengan Linggam...

4. Langkah Pak Lah menyemak semula kes AlTantuya yang bakal menyabitkan Najib bakal membunuh karier politik orang harapannya..

5. Maklumat bahawa Si Rosmah telah memarahi YM Sultan Selangor lagi sekali adalah permulaan penyumbang kehancuran Najib dari segi kesetiaan kepada Raja-raja Melayu.. justeru langkah menaikkan Najib perlu disegerakan ...sebelum perkara ini dihebohkan...

6. Mahathir kini sedang merancang dahagi atau derhaka kepada kepimpinan Pak Lah dengan memberi kata dua kepada UMNO .. pilih aku atau engkau,,,tekanan besar kepada Pak Lah..

7. TUN ini memang tak mahu bertaubat apatah lagi berMUHASABAH dengan kesalahan dirinya terhadap kebobrokan yang dihasilkan sendiri selama 22 tahun memerintah Malaysia..

Justeru, pimpinan parti pembangkang tidak perlu mengikut gerak langkah Tun untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatan tetapi harus melihat sebagai usaha perintis kepada perubahan tampuk pemerintahan baru secara tersusun yang bakal diserahkan oleh Pak Lah kepada DSAI ...
Kita perlu berlapang dada bahawa tidak ada lagi warisan kepimpinan PM untuk legasi pemerintahan UMNO tetapi peralihan tampuk kepada Pakatan Rakyat...
Ini perlu kerana Polis masih lagi dikawal dan Pak Lah masih rasional dalam menerimakekalahan, berbanding Tun yang pernah dahulu disangkakan gila tetapi hari ini... terbukti BENAR-BENAR GILA (KUASA) untuk diserahkan kepada ayam didik peliharaannya...

Oleh usamabenladen...tranungkite



Mahathir Mahu Pilihan Raya Semula, Najib PM, Mukhriz KP?

Perihal keluarnya Tun daripada Umno, Malaysiakini melaporkan:
"Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Samad, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan dan mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus memaksa Abdullah mengadakan pilihanraya umum baru.Keputusan Dr Mahathir itu, tambahnya, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan.Jika itu berlaku, kata Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihanraya umum baru. "Saya yang kurang arif dengan politik Umno ini, sebenarnya tertanya-tanya juga apabila Shahrir mengulas dengan cepat hal ini dan terus mengingatkan rakyat ( baca: ahli Umno ) kepada pilihan raya umum yang baru. Saya seterusnya termenung memikirkan, apakah semua ini telah diatur dengan baik, demi kepentingan Umno? Saya pun membuat andaian mentah tanpa kajian:

1. Mula-mula Tun keluar.

2. Kemudian ramai yang akan ikut, kerana mustahil Tun akan keluar berseorangan

3. Tun cuba gambarkan Umno akan musnah dengan kelemahan Pak Lah

4. Pak Lah pula menegaskan Umno akan musnah jika tiada pilihan raya umum awal, setelah Umno dikhianati Tun

5. Tun salahkan Pak Lah, Pak Lah salahkan Umno

6. Sebenarnya, kedua-duanya takutkan Anwar jadi PM

7. Pilihan raya umum diadakan, SPR telah sediakan pelan paling jahat untuk tumbangkan PR.

8. Umno diharapkan menang besar, dan Pak Lah letak jawatan dalam aman dan cemerlang, Najib naik jadi PM, dengan syarat, Mukhriz jadi KP ( bakal PM ) dan keluarga Pak Lah bebas berniaga dan selamat.

9. Tun menyerang awal Pak Lah dengan perancangan ini, supaya beliau tidak dimangsakan dengan isu video Lingam.

10. Jika Tun dimangsakan, mungkin Pak Lah tidak sempat menjadi PM semula selepas pilihan raya baru nanti dan lebih berisiko kepada keluarganya, termasuk Khairy.

Malaysiakini terus melaporkan :

"Sementara itu, lamanweb akhbar the Star memetik ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sebagai berkata beliau terperanjat dengan keputusan Dr Mahathir keluar dari Umno.Bagaimanapun, katanya, setiap ahli mempunyai hak untuk menyertai atau meninggalkan parti.Ditanya sama ada Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu, Muhd Taib menjawab "kita akan tunggu dan lihat"."Bagi saya, MM Taib tidak tahu perancangan ini, kerana beliau adalah orang lama yang dihidupkan semula oleh Pak Lah, maka beliau hanya taat kepada Pak Lah. Saya juga percaya, langkah Tun ini selepas ada persefahaman dan perjanjian tertutup dengan Najib Razak.
Begitulah saya mengandaikan peristiwa ini

http://elbaritii.blogspot.com..................tranungkite



Sanusi Junid ikut jejak Dr M keluar Umno

PETALING JAYA: Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid turut mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno."Saya akan buat kenyataan lengkap saya sendiri nanti. Buat masa ini, cukuplah kalau saya katakan saya juga sudah keluar Umno," katanya kepada mStar.
Sanusi yang merupakan antara pengikut setia Dr Mahathir dan bekas setiausaha agung Umno ketika krisis parti 1988 enggan memberikan ulasan lanjut........

Oleh SA'ODAH ELIAS
http://www.mstar.com.my



Kenyataan Media Presiden PAS berkaitan Tun Mahathir

Tindakan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan keluar dari Umno hari ini merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti. PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.
PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya. PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan samada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua

4. Proses prubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini. PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang. PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.


Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Presiden PAS......tranungkite

No comments :

Post a Comment