TUN MAHATHIR KASI HAVOC LAGI!!!!!!!!!
Terkejut seluruh Malaysia, mahathir keluar dari UMNO. Orang kampung terkejut, orang bandar terkejut. Orang UMNO terkejut orang bukan UMNO terkejut. Apa kah motif sebenar apabila Mahathir berkata saya akan masuk UMNO apabila Abdullah tidak lagi menjadi PM. Ini bermakna Mahathir keluar UMNO untuk menguji kepopularan nya dan mengguna bom terakhir untuk menjatuhkan Dolah. Persoalannya adakah Mahathir popular dikalangan rakyat Malaysia dan UMNO sekarang. Adakah Mahathir akan menjadi umpama LABU terjun dan orang umno kata biarkan biarkan.Mahathir adalah seorang pemimpin yang popular di zaman pemerintahannya. Beliau popular dengan fikiran nya yang direct dan blunt apabila bercakap tentang sesuatu isu dan beliau juga popular dengan projek yang besar dan modern di zaman pemeritahannya. Mahathir merupakan seorang yang di geruni oleh ahli parti nya UMNO. Pada zaman Mahathir menjadi president parti , semua orang kecut perut bila mendengar nama Mahathir. Memali berlaku di zaman Mahathir dan operasi lalang berlaku di zaman nya. Namun oleh kerana terlalu lama memerintah dan terlalu banyak rasuah . Mahathir terpaksa letak jawatan memberi laluan kepada Dollah.Sepatutnya Mahathir sudah bersara namun saperti Lee Kuan Yu, beliau melantik dirinya sebagai penasihat UMNO dan merancang untuk menjatuhkan PM yang di lantiknya sendiri. Kalau lah PM sekarang di lantik secara direct oleh Mahathir maka jika PM sekarang tidak berfungsi , yang silap nya Mahathir bukan PM. Itu secara logik ringkas , namun yang mempunyai kuasa lah yang lebih layak di persalahkan kerana Dollah boleh berubah jika dia mahu . Apa kan daya menantunya terlalu berkuasa dan terus menggunakan kuasa istana PM untuk mengambil peluang mengaut harta.Sekarang Mahathir kata, saya keluar UMNO dan saya mahu semua mahu mengikut saya keluar ,walaupun UMNO hancur , dan beliau memberi arahan JANGAN masuk PAS KEADILAN atau DAP. Jadi mungkin Mahathir mahu buat parti Melayu baru atau Mahathir mahu melemahkan umno dan memberi tekanan maksima kepada Dollah supaya melepaskan jawatan President UMNO tanpa bertanding. Adakah Mahathir sudah mendapat maklumat Dollah akan terus mengekalkan jawatan Presidentnya kita tak tahu.Terdapat beberapa kemungkinan akan berlaku apabila Mahathir keluar UMNO dan mengheret ahli UMNO keluar.
Pertama : Mahathir akan menarik keluar majoriti ahli umno keluar dan UMNO akan hancur. Saya rasa ini tidak akan berlaku. Ini adalah kerana Mahathir mempunyai rekod buruk yang berkaitan dengan perwaja, kroni dan pembaziran di zaman pemerintahanya. Ini termasuk salahguna kuasa.
Kedua : Mahathir dapat menarik sebilangan ahli keluar dan mendesak Dollah letak jawatan sebelum pemilihan dan Dollah meletak jawatan akibat terasa terlalu bersalah . Saya rasa ini pun tak berlaku kerana apa yang di buat oleh Dollah sekarang ialah bukan untuk menyerah kuasa tetapi menguatkan kuasa.
Ketiga : Mahathir tidak di ambil endah oleh ahli parti nya yang tidak berminat mengikut rentak Mahathir kerana Mahathir sudah hilang madu nya iaiatu tidak ada duit dan habuan untuk di bahagi. Mereka akan membiarkan MAHATHIR terjun kapal dengan labu sayong nya dan orang pertama yang akan mengutuk Mahathir mungkinlah orang harapannya Najib yang mengamalkan politik play safe. Saperti biasa lah geng mamak umno lah yang akan mula mula sekali mengutuk Mahathir yang termasuk tg Adnan, Kalimutusami, Khairy , Naina dan seangkatan dengan nya untuk mendapat simpati Dollah.
Keempat : Mahathir akan merasa terlalu frust dan akan menyertai PAS untuk terus memberi sumbangan kepada rakyat . Ini lebih baik dan ini pun kalau Allah memberi Hidayat kepada nya untuk bersama memperjuangkan Islam.
Apa yang akan berlaku susah nak predict tapi melihat perangai kebanyakan orang besar UMNO yang tidak ada prinsip dan harga diri, mereka akan membiarkan Mahathir terjun dengan labu labunya dan kemungkinan anak Labu ya itu Mukriz tidak akan turut terjun.
Bagi Ummat Islam , siapa nak terjun atau nak terbang , itu tidak akan memberi kesan kepada kita. Yang penting ialah Ummat Islam mesti terus berpegang kepada Islam dan terus memerintah Malaysia walau dalam bentuk mana sekalipun perubahan politik berlaku. Ummat Islam mesti bersatu dan ini adalah kekuatan kita bersama. Allahu Akbar......
Oleh ahmadhadeed...tranungkite

No comments :
Post a Comment