Bacaan Berat: Mencilok Negara Islam
Pertamanya, sekiranya anda hanya memiliki fikiran ringan, sila abaikan artikel ini.
Baiklah, sudah banyak kali, terutama akhir-akhir ini, adanya dedahan PKR / DSAI yang menolak Negara Islam. Dedahan yang bertujuan meretakkan perpaduan Barisan Rakyat ini hamba lihat gagal dijawab dengan baik oleh para penyokong PAS. Jesteru itu, hamba berpandangan adalah amat bahaya juga sekiranya tiada penjelasan yang diberikan kepada mereka ini.Jadi, hamba cuba menjawab atau memberikan penjelasan, berkenaan pertembungan ini. Walaupun tidak semestinya tepat, sekurang-kurangnya, inilah jawapan yang mungkin boleh menunjukkan jalan menuju ke arah menubuhan Negara Islam. Namun, buat masa ini, hamba berpendapat, biarlah ‘no one’ dalam PAS yang bercakap isu ini, buat masa ini.
Penubuhan Negara Islam.
Penubuhan Negara Islam yang syumul, hamba cuba katakan sebagai cubaan memudahkan pemahaman, ialah Pengurusan Islam + Undang-undang Jenayah Islam. Sila baca dengan teliti dan perlahan.
a. Pengurusan Islam
b. Perundangan Jenayah Islam
Pengurusan Islam.
Pengurusan Islam ini hamba lihat tiada masalah, tiada tentangan baik dari dalam atau luar negara. Semuanya memperjuangkan, bercakap mengenai hal ini. Rasuah, ketelusan, penjimatan, kesederhanaan, kebersihan, keadilan dan sebagainya. Dan di sudut PAS, melalui Kelantan, inilah model yang harum, yang berjaya dibuktikan oleh PAS.
Dari ‘somebody’ non muslim sendiri seperti Lim Guan Eng sehingga ‘no one’ non muslim. Semuanya mencontohi, menyokong model ini. Berselerakan Kelab Non Muslim PAS di serata Malaysia. Hangat.
Undang-undang jenayah Islam.
Bahagian ini yang masih bermasalah setakat ini. Ianya ditentang oleh banyak pihak, baik dari dalam negara sehingga ke peringkat kuasa besar dunia. Untuk mengecualikan bahagian ini, maka definasi negara Islam secara syumul tidak dapat ditegakkan. Mengundang kemurkaan ALLAH Yang Maha Ego sekiranya manusia menyembunyikan sebahagian perintah ALLAH ini, di belakang punggungnya.
Di sudut pihak dalam negara, kekhuatiran mereka ialah terhadap satu situasi di mana mahkamah syariah lebih tinggi dari mahkamah sivil. Ini pokok yang paling asas, apa yang dibimbangi mereka. Sama seperti sebelum PAS mempunyai model Kelantan dalam bahagian Pengurusan Islam. Kita perlu tahu persepsi mereka ini, akibat media dunia yang fitnah mereka sampai ke pintu-pintu rumah.
Genetik Melayu.
ALLAH kata, ujian itu mengikut taraf kemampuan hambanya. Genetik Melayu secara faktanya, adalah genetic yang lemah dan bangang. Dijajah bertubi-tubi. Tidak mempunyai nabi. Tidak mempunyai tamadun atau tercatat dalam mana-mana sejarah empayar dunia.
Jadi, sekiranya Negara Islam itu ditegakkan secara syumul di waktu ini, di mana, tiada satupun kuasa besar Negara Islam yang melindunginya, adakah layak manusia genetic Melayu menjalani ujian seperti genetic Parsi di Iran, Pakistan, Lebanon, Syiria, genetic Arab di Iraq, Palestin dan genetic Eropah di Bosnia? Fikirkan.
Jadi bagaimana?
Secara taktikalnya, kita ciloklah. Biarkan Barisan Rakyat memerintah dahulu. Tegakkan satu bahagian dahulu. Yakni bahagian Pengurusan Islam. Step by step ma… PAS perlu diam dahulu mengenai Negara Islam. Wan Azizah jadi Perdana Menteri dilatari oleh DSAI. Bila pengurusan negara sedikit pulih, terutama SPR, maka, mana-mana MP PKR atau Wan Azizah sendiri boleh meletak jawatan untuk menjadi seperti dahulu, dan DSAI bertanding dalam Pilihanraya Kecil.
Apabila DSAI menjadi Perdana Menteri, berikan masa beliau memulihkan pengurusan negara. Royalti diberikan kepada Terengganu semula, Kelantan menuntut jumlah peruntukan selama 18 tahunnya, SPR / BPR / PDRM di bawah Parlimen atau Yang Dipertuan Agong atau sebarang cadangan lain. Pendek katanya, selesaikan dahulu bahagian pertama Negara Islam, yakni Pengurusan Islam.
Jelas?
Kemudian.
Apabila stabil, barulah Kelantan memohon atau menuntut hak melaksanakan undang-undang jenayah Islamnya. Hanya di Kelantan dahulu. Ketika ini, pengurusan negara sudah pulih. Dengan medianya, dengan agensi penguatkuasanya, seperti polis, BPR, Kastam dan sebagainya, semuanya sudah professional. Memang akan ada tentangan. Dan ketika inilah, kita melihat sama ada DSAI adalah halangan selepas BN atau tidak. Yang penting, sekurang-kurangnya PAS sudah ada akhbar harian bernama Purnama yang menjawab dan berdakwah tentang ini.
Jika DSAI / PKR membenarkan, maka, laksanakan undang-undang ini, yakni, sebahagian lagi daripada definasi mudah Negara Islam Syumul itu. Di peringkat negeri. Model. Macam mula-mula dulu.Bila sudah cantik, non muslim tertarik betapa aman, selamat dan makmurnya statistic jenayah Kelantan berbanding negeri lain, barulah open berbahasan sihat untuk ditranfer kepada Kedah. Sekiranya Terengganu dan Perlis sudah menjadi milik PAS, Kedah jatuh ke tempat ke 4 selepas Terengganu dan Perlis untuk mengguna-pakai model Kelantan dalam tajuk undang-undang jenayah. Ikut majoriti muslim.
Sekiranya sama seperti BN.
Maka, demi ALLAH, kita akan tentanglah. Halangan selepas halangan. Kerusi majoriti non muslim di Malaysia, PAS perlu letakkan calon Kelab Non Muslim PAS, di bawah bendera yang sama, tetapi perlembagaan kelab tersebut lain sedikit berbanding PAS. Kita bicara hal ini di artikel lain.
Jadi, Kelab Non Muslim PAS, akan menentang calon non muslim dari DAP / PKR / MIC -etc (BN mungkin berkubur selepas tumbang). Undi non muslim anti-hudud akan terpecah kepada beberapa bahagian (DAP-PKR dan MCA-MIC-PPP-etc). Sebaliknya, undi non muslim pro-hudud tidak terpecah dan bergabung dengan undi muslim pro-hudud.
Bahasa rock : Wa tak pasti sama ada wa berjaya pahamkan lu orang ke tidak, setakat ini. Apa yang wa try sampaikan ni tidak muktamat. Tetapi atas tajuk taktikal dan terbuka untuk perbahasan di situasi kini. Dengan syarat, anda adalah ‘no one’ dalam PAS. Jika lu ‘somebody’ dalam PAS, bincang secara tertutuplah.
Kesimpulan.
1. Buat step by step. Kejayaan hak ALLAH. Hak kita ialah perintah ALLAH. Jika tidak kita, anak kita. Jika tidak anak, cucu kita. Insyaallah. Yang penting ada usaha kita, termampu kita berjuang ke jalan ALLAH.
2. Selesaikan dulu Pengurusan Islam. Kemudian baru tegakkan Undang-undang Islam di peringkat negeri dahulu. Tak boleh peringkat kepala, lu cilok dari ekor.
3. “Somebody / public figure” dalam PAS perlu hati-hati buat masa ini. Otak perlu taktikal sedikit. Jangan lurus bendul.
4. Artikel ini bertujuan menyediakan sedikit kefahaman dalam bentuk helah bagi orang awam yang bercita-cita menegakkan Negara Islam.
Tidak semestinya benar...Wallahualam.
Oleh AdukaTaruna...tranungkite

No comments :
Post a Comment