Param cadangkan kerajaan tangkap Dr. Mahathir dibawah ISA
Param Cumaraswamy bekas rapporteur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) mencangkan kerajaan menahan Dr. Mahathir dibawah ISA.
Param mencadangkan kerajaan menggunakan ISA kepada Dr. Mahathir berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri tersebut di Johor pada 17 Mei yang lalu. Klik disini dan disini.
Dalam ucapan tersebut, Mahathir dikatakan memberi hasutan yang boleh membangkitkan sentimen perkauman.
Memang benar, ucapan Mahathir tersebut mengapi-apikan sentimen perkauman. Begitu juga dengan pemimpin Umno, MCA, MIC ketika perhimpunan parti mereka.
Sebagai orang yang menentang ISA secara prinsip, cadangan yang dikeluarkan oleh Param itu amat menyedihkan.
Jika kita menentang ISA dan tahanan tanpa bicara, mengapa perlu kita sokong ISA digunakan terhadap musuh kita? Jika ini yang berada difikiran kita, ertinya ISA bukan ditentang kerana ianya zalim tetapi ianya ditentang hanya apabila teman-teman atau ideologi politik yang disokong menjadi mangsa.
Hilang hormat saya kepada Param apabila beliau mencadangkan ISA digunakan. Sedangkan seperti yang ramai tahu, Param lantang mengkritik penggunaan ISA termasuk ketika kerajaan Mahathir melaksanakan Operasi Lalang pada tahun 1987.
Gerakan Mansuhkan ISA harus mengeluarkan kenyataan menjawab cadangan Param ini.
Pejuang-pejuang Anti ISA harus jelas, penggunaan ISA terhadap sesiapapun dan apa sahaja ideologi dan kepercayaan politik harus ditentang.
Tidak kira Komunis, Shiah, Hindraf, Teroris, Facist, Rasict, Pemalsu Passport, Pemalsu Duit, Pemalsu IC dan apa sahaja jenayah dan kesalahan perlu diberikan perbicaraan yang adil di mahkamah.
Param harus meminta maaf diatas kenyataan “kurang bijak”nya yang dilihat menyokong penggunaan ISA. Jika Mahathir bersalah, hadapkan beliau ke mahkamah yang adil. Jangan lakukan apa yang beliau lakukan. Biarpun beliau adalah “penjenayah ISA” ketika pemerintahannya, beliau berhak untuk mendapatkan perbicaraan yang bebas dan adil.ISA ditentang kerana prinsip! Bukan hanya ditentang apabila teman-teman kita ditahan!

Oleh Amin Iskandar @ Black ...tranungkite
No comments :
Post a Comment