Paus jadi cheetah laut
MADRID - Sejenis ikan paus berjaya dirakamkan berenang lebih pantas pada kelajuan memecut seumpama pemangsa terlaju di darat, cheetah; ketika mengejar beberapa mangsa termasuk seekor sotong gergasi.
Penemuan itu dilaporkan saintis Sepanyol menerusi jurnal terbaru Animal Ecology sekali gus menafikan tanggapan bahawa mamalia air itu makhluk yang bergerak perlahan dan suka menyimpan tenaga pecutan.
"Rakaman tersebut adalah kali pertama melibatkan tingkah laku paus dikesan ratusan meter di dalam laut yang amat gelap," kata pakar biologi marin Natacha Aguilar Soto dari Universiti Laguna di sini.
Kajian meliputi 23 ekor paus sirip pendek Globicephala macrorhynchus di Pulau Canary dekat perairan Maghribi dengan kerjasama Institut Kelautan Woods Hole Amerika Syarikat dan Universiti Aarhus, Denmark.
Saintis mendapati paus itu hanya mengambil masa 15 minit untuk menyelam sehingga kedalaman lebih 1,000 meter dengan kelajuan sembilan meter dalam satu saat atau 32 kilometer sejam. - Agensi..kosmo
No comments :
Post a Comment