
Pulau Batu Putih di Serah kepada Colonial secretart Singapore
semasa pemerintahan
semasa pemerintahan
Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar (17 September 1873 - 8 Mei 1959; gelaran penuh: Sultan Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar) memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959.
Baginda merupakan sultan yang ke-22 di negeri Johor, Malaysia, dan yang ketiga di bawah Wangsa Bendahara. Wangsa Bendahara telah dimulakan dengan bantuan pihak British di bawah Sir Stamford Raffles.
Diputerakan sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Sultan Ibrahim merupakan anakanda tunggal kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Inche Zubaida binti Abdullah Inche Besar (isteri kedua Sultan Abu Bakar). Baginda belajar di bawah guru peribadi.
Pada 23 Mei 1891, Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 semasa kemangkatan Sultan Abu Bakar. Baginda diisytiharkan sebagai sultan pada 7 September dan dimahkotai pada 2 November.
Oleh ahmadhadeed...tranungkite

Pulau Batu Putih Menjadi Milik orang akibat surat Acting
SUK yang BANGANG
SUK yang BANGANG
" Pulau Batu Putih secara consistent berada di bawah Malaysia/ Kerajaan Johor sehingga tertulisnya sepucuk surat dari seorang PEMANGKU atau acting Setiausaha Kerajaan Negeri atau state secretary Johore bernama si Celaka MOHAMAD SHETH BIN SAAID.
Perkataan nya simple saja iaitu 'Johore Government does not claim ownership of Pedra Branca' ( Kerajaan Johor tidak menuntut hak atas Batu Putih) dan surat ini di tujukan kepada colonial secretary of singapore.Adakah surat ini boleh mewakili surat Sultan Johor dan sah dari segi niat, adakah ia bermakna melepaskan hak pulau itu kepada Tanah Jajahan Singapore atau hanya mengatakan ia tidak berminat kepada pulau itu walau pulau itu dia punya?
Itu terserahlah kepada peguam bela Malaysia yang di kira hebat hebat belaka untuk MEMBERITAHU rakyat malaysia di Parlimen bagaimana mereka telah tidak berjaya mewujudkan doubt di makhamah di Haque. Namun semua nya sudah sia sia . Hukuman Makhamah dunia adalah final tidak boleh di rayu.Celaka MOHAMAD SHETH BIN SAAID yang memberi secara percuma Pulau Batu Puteh kepada British Colony Singapore.
Mungkin kes batu putih merupakan kesinambungan kebodohan orang Melayu memerintah negara mereka. Cuba bayangkan seorang pegawai kerajaan berpangkat SUK dan bukan nya SUK penuh tetapi hanya Acting atau MEWAKILI SUK yang bernama celaka M.SHETH BIN SAAID saja telah menyebabkan Malaysia kehilangan satu pulau. Adakah Mohamed Sheth ini acting untuk orang lain atau tidak , itu pun tidak di ketahui.Kita pun bertanya tanya bagaimana kes kedaulatan boleh di tulis kepada Colonial secretary oleh acting SUK tanpa sebarang sk. atau a copy to sultan atau kepada jabatan tabah atau hakim. Saya tak pasti Johor 1953 masih berada di bawah British atau tidak. Itu kerja Ghani Patail untuk menentukan validity of the letter.
Kebodohan orang melayu mungkin akan juga berlaku di Wilayah Iskandar atau wilayah wilayah lain yang wujud dalam berbagai bentuk pada zaman sekarang. Sudah lah orang melayu berpecah pelah PAS , UMNO , PKR , Pro Mahathir , Anti Mahathir, Pro Dollah Anti Dollah , Pro Islamic state , anti Islamic state, sekarang kehilangan Batu Putih kerana kebodohan technicallity adalah bukti tidak cerdik orang Melayu menjaga hal ehwal masyarakat mereka.
Oleh ahmadhadeed...tranungkite
Bodoh yang kekal bodoh
Surat dari Pemangku Setuausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikeluarkan pada tahun 1953 telah cukup menimbulkan keraguan.Ianya kerana surat tersebut boleh diterima sebagai bukti sedangkan Jawatan tersebut tidak layak untuk berbicara tentang soal hak tanah dan negara. Kecualilah ianya datang dari Kesultanan Melayu dan Pemimpin Negara.Namun selepas itu ada pula cerita baru tentang kehilangan surat asal pemilikan Pulau Batu Puteh, yang kononnya menjadi harapan untuk memiliki pulau itu.. Tiba tiba dan hilang dan sekarang ianya sudah lenyap.
Kita disedapkan hati oleh media media untuk menerima keputusan ICJ dengan harapan tiada timbul rasa tidak puas hati rakyat terhadap keputusan yang bakal di perolehi. Tetapi sesungguhnya semakin kita membaca, maka timbul curiga samaada Kehilangan Pulau Batu Puteh dari Peta Malaysia adalah kerana keputusan Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ) semata mata atau ada pihak yang sememangnya menjual harta kepada negara asing.
Keputusan yang diperolehi seperti tidak cuba di bantah oleh sebarang pihak kecuali rakyat. Sedangkan membantah keputusan mahkamah, bukan lah kesalahan kalau dibuat secara betul dan pengikut prosidur. Semuanya seperti angguk dan terima apa sahaja keputusan. Bertawakkal kononnya.
Malah ..... beberapa hari sebelum keputusan di keluarkan, banyak berita di dalam akhbar media perdana, meminta agar rakyat Malaysia menerima apa jua keputusan yang bakal di beritahu. Tidak langsung menyatakan tentang harapan untuk memiliki Pulau tersebut. Bagaikan keputusan tersebut sudah diketahui sebelum di canangkan. Selepas keputusan di keluarkan pula, pemimpin meminta agar rakyat menerima. Kononnya 'win-win situation'.
Secara logiknya, Tanah Singapura adalah sebahagian kepada Tanah Melayu. Itu sah terdapat di dalam sejarah. Di pisahkan berdasarkan desakan Pemimpin Singapura untuk merdeka pada 9 Ogos 1965. Kalau Batu Puteh termasuk di dalam peta Singapura, sudah pasti persempadanan Singapura dan Malaysia sudah pun ujud sejak dulu dan ianya tidak langsung menjadi pertikaian seperti sekarang. Umpama kita akui Singapura bukan lagi hak kita begitu juga Pattani di utara negara.
Tetapi hanya bermula pada tahun 1980, baru Singapura membantah hak Pulau tersebut kerana berpunca dari kenyataan dan peta yang di keluarkan di Malaysia dengan memasuki Pulau tersebut di dalam peta negara. Manakala antara alasan Singapura, pulau itu sudah diusahakan sejak 130 tahun dahulu.Adakah mereka sudah tahu Pulau Batu Puteh adalah hak mereka dan ianya disenyapkan sehingga pada tahun 1980 seperti yang dinyatakan. Dan ketika itu ... mereka berani berkata, memang itu hak mereka dan membawanya ke ICJ.
Sebelum ini, perjanjian membekal air, kemudian isu penjualan Pasir ke Singapura yang dibuat tanpa pengetahun rakyat Malaysia. Sekarang isu Pulau Batu puteh dan selepas ini adakah Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI] pula? Jangan terkejut kerana Singapura berpisah dengan Malaysia, tiada siapa yang bantah. Membekal air ke Singapura pun tiada siapa yang halang dan kalau Wilayah Perdagangan Iskandar kita terus senyap, kemelut yang sama akan berulang, kemudian hari.
Kalau ianya berulang, siapakah yang kita perlu persalahkan? Atau sememangnya kita bodoh untuk menerima sahaja semua tindakan pemimpin? Sesungguhnya , tidak mustahil, dengan kebodohan di tahap yang seperti ini, kita akan tinggalkan bala kepada anak cucu kita.
Siapa tahu? Mungkin juga surat surat rasmi yang kita tidak tahu selama ini, tiba tiba muncul menjadi bahan bukti seperti surat yang ditulis oleh Pemangku SUK itu? Dan tidak mustahil juga, adanya dokumen yang tiba tiba hilang bila ianya di bawa ke mahkamah.
Perah kepala otak sikit ... cuba selesaikan teka teki ini, samada semua ini dirancang, atau memang ianya cuba untuk disembunyikan? Siapa kah petualang diantara kita yang cuba memutarbelitkan fakta sejarah dan menjual hak kepada orang asing? Rakyat semakin bijak. Tapi kita buat buat tak tahu kerana kita tidak tahu, tidak di beritahu atau tidak minat untuk tahu. Sampai masa di satu hari nanti...kita semua melatah seperti sekarang. Semuanya kerana kita tidak ambil berat dan kita ghairah di perbodohkan oleh pangkhianat negara.
Oleh Radenjowo...tranungkite
No comments :
Post a Comment