THE HAGUE 23 Mei – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.Bagaimanapun, dalam penghakiman itu yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia.
Pulau Batu Putih, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).
Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.
Pada 6 Februari 2003, kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian khas bagi merujuk perkara itu kepada ICJ. - Utusan
" Maknanya, satu pekerjaan sia-sia yang dilakukan oleh orang yang bukan pakarnya, akhirnya duit pamboli minyak abih, lauk tak sodap, tukang masak yang tak roti (mengerti) memasak ponek jo, yo bangang.
Masalah kalah menang dalam mahkamah, bukan sangat ditentukan oleh benar atau salah perkara tersebut, tapi kepakaran me
nghujah didukung fakta yang meyakinkan. Maka dalam mana-mana perbicaraan keupayaan 'loyar' dalam berhujah adalah amat penting dalam menentukan kalah menang tersebut.
Mari kita amati dengan teliti siapa mereka yang berhujah,
delegasi Singapura :
1 S Jayakumar, Timbalan Perdana Menteri
2 Chao Hick Tin, Peguam Negara
3 Prof Tommy Koh, ejen
delegasi malaysia :
1 Tan Sri Rastam Mohd Isa, KSU Kementerian Luar
2 Datuk Hamsan Saringat, wakil kerajaan Johor
3 Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara
4 Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, ejen
5 Datuk Noor Farida Ariffin, ejen bersama.
Saya melihat beberapa perkara dari segi delegasi ini iaitu :
1 regu delegasi Singapura terdiri dari wakil kerajaan S Jaya Kumar yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri, bandingkan dengan kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Tan Sri Rastam Mohd Isa sekadar KSU Kementerian Luar ditambah dengan Datuk Hamsan Saringat wakil kerajaan Johor barangkali sekadar membawa fail johor.
2 Singapura dan Malaysia sama-sama diwakili oleh Peguam negara, keadaan ini seimbang, tapi masalah kualitinya perlu dikaji.
3 Ejen Singapura Prof Tommy Koh dan ejen Malaysia TS A Kadir Mohd dicapur dengan ejen bersama Datuk Noor Farida. Di sini kelihatan Singapura menampilkan orang yang memang lebih pakar dan jawatan profnya membawa kepada rasmi kerja berorientasikan penyelidikan.
Dari ketiga-tiga perkara yang disebut di atas, didapati :
1 Singapura lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk memenangi perbicaraan dengan meletakan TPM sebagai ketua rombongannya berbanding Malaysia yang meletakan KSU Johor.
2 Kekuatan utama penghujahan tentu terletak di tangan ejen (botul ko tu Jang) Singapura diwakili seorang profesor yang sudah tentu pakar perundangan-undangan berbanding Malaysia diwakili TS A Kadir Mohd dan Datuk Farida, den tak ponah dongapun salamo ni kehebatan mereka.
Dapatan di atas boleh dirumus
kan bahawa sebenarnya kita di peringkat awal telah kalah, kemudian cara pemberitaan tv1 yang beriya-iya sangat kita mesti mematuhi keputusan ICJ sudah membayangkan bahawa kita akan kalah dalam perbicaraan tersebut.
Jadi, bayangkanlah bapo minyak masak dah habih untuk melakukan penyelidikan kes selama bertahun-tahun, akhirnya lauk tak sodap sobab tukang masak tak pandai.
Mako, bukan batu jo yang putih doh Jang, den pun berputih matolah salamo-lamo de. Jadi kalau Pulau Batu Putih boleh mereka menangi, maka tak mustahil Wilayah Iskandar nanti juga akan mereka menangi dalam perbicaraan ICJ tahun 2050.
Soba jo lah den Jang.
TUTUH SAMPAI MONANG
Oleh tutuhjang ...tranungkite

Tahniah rakyat Johor di bawah BN/UMNO
Assalamualaikum...
Mahkamah ICJ baru sahaja menyerahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Tahniah kepada Singapura. Dah itu keputusannya, terima ajelah. Mungkin selepas ini JOHOR pulak. Untuk permulaan kita bagi jer Pulau Batu Putih. Mungkin 5 tahun lagi penyerahan Wilayah Iskandar secara rasmi pula. Tahniah sekali lagi Singapura. Perancangan seterusnya untuk menyerahkan negeri JOHOR pulak. Bagaimana yer? Tunggu…. Tak susah, kita tengok dalam 15 -20 tahun lagi.
Kenyataan ini mungkin berlaku sekiranya rakyat Johor tidak melakukan apa-apa. Contohnya teruskan memberi mandat kepada UMNO dan BN. UMNO kan Pembela Melayu. Apa kita nak takut, selama ini Melayu kan kuat di JOHOR. Mana pernah UMNO tewas di JOHOR. Kubu kuat orang Melayu. Ape nak takut. Takyah risau laa. Walaupun rakyat JOHOR menumpang di bumi sendiri kita tetap akan pertahankan Melayu di Johor nie. Jangan bimbang. Tak Usah nak bimbang. Tak kan Melayu hilang di dunia. Melayu pantang di Cabar. Saya.. pantang di cabar. Mungkin masih ingat kot.. Tapi… Melayu Mudah Lupa.
Padan ngan muka Melayu Johor. Undilah UMNO lagi. Mana orang Melayu Johor nak lari nanti.. kita tengok selepas 20 tahun. Mungkin akan ada penghijrahan dari rakyat Johor ke negeri-negeri Melayu yang lain. Tahniah pada rakyat Johor yang prihatin dan sayangkan Malaysia. Cerdik tak boleh ditegur, Pandai tak boleh nak menumpang. Inilah Johor.
Nanti cuba ler muafakat dengan orang Yahudi yer. Kenal mengenal lah yer. Tak kenal Maka Tak Cinta. Betul tak. Orang Johor dah makin maju ler. Berjiran dengan Yahudi. Yahudi kan bangsa yang menguruskan dunia harini. Terrer ler rakyat Johor, ada kawan ngan Yahudi. Sikit hari lagi mesti kaya raya ler rakyatnye. Rumah BESAR, kereta BESAR, ape2 pun semuanya BESAR. Eee… seronoknya jadi rakyat Johor. Jeles betul laa camni.
Kesian ler pada kawan-kawan kita yang tak nak berkawan dengan Yahudi. Jangan di sembelih macam rakyat Palestin sudah la. Lawan tetap lawan kan. Kan Melayu suka cakap Berpantang Maut sebelum Ajal. Sekali lagi. Tahniah Rakyat Johor BN.
Oleh mose ...tranungkite
No comments :
Post a Comment