Sunday, May 25, 2008


Pulau Batu Putih: Artiel bangang...

"DI BAWAH INI ADALAH PETIKAN ARTIKEL DALAM BERNAMA HARI INI.
1 THE HAGUE, 24 Mei (Bernama) -- Nelayan Johor kini boleh menangkap ikan di perairan Terumbu Karang Tengah, tanpa perlu berasa bimbang diusir oleh pihak berkuasa Singapura, seperti yang mereka alami sejak pertengahan 1980-an.
---------------------------------------------------
JADI SALAMO NI NELAYAN KITO DI HALAU DI TANAH AIR KITO OLEH SINGAPURA, KERAJAAN ONTOK JO KOH ??? TAK TAU LAK SALAMO NI NELAYAN KITO KONO HALAU, KERAJAAN UMNO/BN SAJO SONYAPKAN PEKARO NI ???, OSAH GILO DE, GILO AMEK-AMEK...... KOK DEN KOBAAN BANGANG, MARAH.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyerahkan kedaulatan terhadap terumbu karang itu kepada Malaysia melalui undian 15-1 di The Hague semalam.
Terumbu Karang Tengah terletak berhampiran Pulau Batu Puteh, yang berkedudukan 7.7 batu nautika dari Tanjung Penyusuh di Johor. Dalam penghakiman sama, ICJ, bagaimanapun memutuskan dengan undian 12-5 bahawa kedaulatan pulau itu dimiliki Singapura.
------------------------------------------------------------------------------
YANG DIHEBOHKAN TERUMBU KARANG TENGAH LAK DAH, OOOIIHHH, CITO SEKARANG NI PULAU BATU PUTIH LAH. SOMO TU PUNYO KITO, YANG KAU POI SORAH KEK SINGAPURA A PASAL. NI CAKAP NAK TUTUP KEKALAHANLAH NI, INI BUKAN NASIBLAH, NASIB YANG DIPILIH KERANA MENGHANTAR ORANG-ORANG YANG TAK LAYAK MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN KEHORMATAN NEGARA. PADA LAHIRNYA KELIHATAN PULAU 'KONIT JO' PADA BATINNYA KADAULATAN KITA DIRAMPAS SECARA TERANG-TERANGAN, TAK USAHLAH NAK HEBOH PASAL PALESTINE DI SERANG YAHUDI, KALAU MEMPERTAHANKAN HAK SENDIRI TAK BERANI.MUAK DEN NI, KAU TOLONGLAH PULAK KOJOAN PROF KEK BAWAH NI
HOBIN JANG, HOBIN SAMPAI MAMPUIH.


Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud dari Institut Dunia dan Ketamadunan Melayu, seorang daripada penyelidik Malaysia yang terlibat dengan kes yang dibawa ke ICJ itu, berkata nelayan Johor kini boleh kembali mencari rezeki di perairan Terumbu Karang Tengah.
Mereka tidak berpeluang mencari rezeki di kawasan yang kaya dengan sumber ikan itu sejak 1986 kerana sering diusir oleh pihak berkuasa Singapura setiap kali mereka cuba menghampiri kawasan berkenaan, katanya kepada wartawan Malaysia di sini. Singapura menempatkan tentera lautnya di Pulau Batu Puteh berhampiran Terumbu Karang Tengah sejak pertengahan 1980-an.Dalam penghujahan lisan oleh Malaysia dan Singapura dari 6 hingga 23 Nov tahun lepas, ICJ diberitahu bahawa nelayan Johor menggunakan perairan Pulau Batu Puteh bagi menangkap ikan dan sebagai tempat berlindung, sehinggalah pada pertengahan 1980-an, apabila Singapura menempatkan secara tetap pangkalan lautnya di situ dan menghalang mereka daripada menangkap ikan berhampiran pulau berkenaan.

Noor Farida Ariffin, bekas Duta Malaysia ke Belanda dan ejen bersama bagi kes itu pula berkata nelayan Malaysia kini berhak menangkap ikan di sekitar Terumbu Karang Tengah selepas ICJ mengisytiharkan bahawa Malaysia mempunyai kedaulatan terhadap terumbu karang itu.
"Apabila direnung kembali, keputusan ICJ itu tidaklah begitu mendukacitakan," katanya.

Prof Nik Anuar berkata hakikat bahawa Malaysia mendapat Terumbu Karang Tengah merupakan satu kemenangan bagi Malaysia dan dengan itu, nelayan Malaysia tidak akan lagi menghadapi masalah seperti sebelumnya.
Malaysia juga kini boleh membina infrastruktur di Terumbu Karang Tengah atau menempatkan tentera lautnya di sana, katanya ketika menjelaskan kegiatan yang boleh dilakukan oleh Malaysia di terumbu karang itu.

Keputusan ICJ memberi kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah kepada Malaysia juga bererti kini, Singapura tidak lagi boleh dengan sesuka hati menjalankan kegiatan seperti menambak laut, berikutan kedudukan Pulau Batu Puteh, atau dipanggil Pedra Blanca oleh Singapura, yang begitu hampir, kira-kira setengah batu nautika, dengan Terumbu Karang Tengah.Dalam penghujahan secara lisan itu, ICJ diberitahu tentang cadangan Singapura untuk menambak tanah bagi menambah keluasan pulau berkenaan.

"Apa jua rancangan mereka sebelum ini, seperti menambak laut, kini tidak boleh dilakukan," kata seorang pegawai.Dalam penghakimannya juga, ICJ memutuskan melalui undian 15-1 bahawa kedaulatan terhadap Terumbu Karang Selatin menjadi hak negara yang memiliki perairannya.

Penghakiman itu diterima secara positif oleh delegasi Malaysia, yang diketuai Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, kerana Terumbu Karang Selatin terletak hanya 1.7 kilometer dari Terumbu Karang Tengah dan jelas berada dalam kawasan perairan Malaysia, kata pegawai.
Delegasi Malaysia yakin Terumbu Karang Selatin akan menjadi milik Malaysia.

Rais memberitahu wartawan Malaysia bahawa oleh kerana Terumbu Karang Selatin terletak di kawasan perairan Terumbu Karang Tengah, maka nampaknya kedaulatannya akan dimiliki oleh Malaysia.Dalam penghakimannya, ICJ mendapati bahawa Terumbu Karang Selatin terletak di kawasan perairan yang kelihatan bertindih, berdasarkan kedudukan Pulau Batu Puteh dan Terumbu Karang Tengah.

Oleh kerana, ICJ tidak diberi mandat oleh pihak yang terlibat dalam pertikaian itu supaya menentukan sempadan perairan mereka di kawasan berkenaan, maka mahkamah itu membuat keputusan bahawa kedaulatan terhadap Terumbu Karang Selatin menjadi hak negara yang memiliki perairannya.

Satu lagi aspek positif dalam penghakiman berkaitan kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh ialah mahkamah itu menerima hakikat bahawa Kesultanan Johor adalah pemegang hak milik asal pulau berkenaan, walaupun Singapura berkata pulau itu adalah terra nullius (tanah tidak bertuan) semasa Britain mengambilnya pada pertengahan 1980-an bagi membina Rumah Api Hosburgh.

Bagaimanapun, mahkamah itu memutuskan bahawa menjelang 1980, apabila pertikaian berhubung Pulau Batu Puteh menjadi semakin ketara, kedaulatan terhadap pulau itu diserahkan kepada Singapura.Rumusan ini dibuat berdasarkan hakikat bahawa antara 1850 dan 1953, berdasarkan bukti, Malaysia tidak pernah mengambil sebarang tindakan atau mempunyai alasan yang boleh diterima sebagai bukti tentang kedaulatan yang dimilikinya, sama ada daripada segi pendudukan, memeriksa atau menyelia kegiatan yang dilakukan di Pulau Batu Puteh.

Satu lagi bukti yang menyebabkan Malaysia hilang kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh kepada Singapura ialah surat yang ditulis oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bertarikh 21 Sept 1953, yang dianggap oleh mahkamah itu sebagai bukti bahawa telah berlaku penyerahan kuasa dan kedaulatan berhubung pulau berkenaan.
Surat itu menyebut bahawa "Kerajaan Johor tidak menuntut kedaulatan" ke atas pulau berkenaan. Dalam hujahnya, Singapura berkata surat berkenaan menyatakan bahawa Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh.

Surat itu diutuskan sebagai jawapan kepada surat pertanyaan bertarikh 12 Jun 1953 yang ditulis bagi pihak Setiausaha Penjajah Singapura yang meminta penjelasan tentang status Pulau Batu Puteh, di mana terbinanya sebuah rumah api, bagi tujuan menentukan sempadan perairan wilayah tanah jajahan.Walaupun dalam penghujahan lisannya, Malaysia menyatakan bahawa Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang menulis surat berkenaan sebenarnya tidak mempunyai kuasa atau kedudukan untuk berbuat demikian, tetapi alasan itu tidak diterima oleh mahkamah.

Ini menunjukkan bahawa apa jua tindakan yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan mempunyai kesan kepada negara dan oleh itu setiap pegawai tidak boleh sekali-kali memandang ringan setiap tindakannya.

BERNAMA




No comments :

Post a Comment