
Kenapa Singapura Nak Sangat Pulau Batu Putih?
Saya pun hairan kenapa Singapura nak sangat Bulau Batu Putih ni. Sejak berlaku perebutan dengan Malaysia ni saya pun nak tau juga kat mana letaknya pulau ni yang katanya seluas 2 padang bola. Takkan la sebab Singapura nak pegi buat padang bola kat situ. Bila cari-cari rupanya kat situ letaknya Pulau Batu Putih ni. Sepintas lalu tengok kita dah tau memang strategik lokasi pulau ni dari segi perdagangan dan juga ketenteraan.
Yang hairan bin ajaibnya, pulau ni duduk dekat sangat dengan Malaysia. Ukur jarak ke Singapura lagi 2 kali ganda lagi dari Malaysia. Rasanya kalau naik sampan kayuh pun boleh sampai. Kalau Dato Malik Mydin berenang pegi balik pun takde masalah. Tapi macamana Singapura boleh dapat pulak tu? Fakta sejarah tak boleh membuktikan ke? atau penghujah-penghujah Malaysia kurang meyakinkan ke? atau ada campurtangan kuasa ghaib lain dalam perbicaraan? tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang mengetahui.
Cuma kekesalan yang terpahat dihati ni, kita tidak pernah tahu yang lokasi pulau batu putih ni sebegitu. Ini aje sumber maklumat yang saya boleh dapat. Jika salah, salah la saya. Tetapi sepatutnya kerajaan memaklumkan kepada ramai tentang lokasi pulau ni. yang dipaparkan hanya gambar rumah api yang kita semua tahu rupanya. Mungkin tidak mahu menimbulkan kemarahan rakyat ramai. Tetapi dunia semakin canggih. Lambat laun rakyat akan tahu juga. Dan kesannya lebih mendalam. Harapannya, selepas ni pihak bertanggungjawab perlu buat kerja cari balik mana-mana pulau ke sempadan ke dan jaga elok-elok dari sekarang supaya tahun 2050 nanti takde pulak la pulau ke tanah air kita akan diserahkan kepada orang lain pulak.
Jangan nanti di masa akan datang tiba-tiba Singapura tuntut kata Johor atau Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) ni diorang punya sudah la. Alasan penghakiman mereka ialah semua tanah ini telah dibeli dengan hakmilik kekal semuanya. Oleh itu, mahkamah membuat kesimpulan menyerahkan Johor Bahru dan kawasan sekitarnya kepada Singapura. termasuklah Istana Sultan Johor kat tepi laut tu. Semua orang Johor Bahru diminta pindah ke tempat atau negeri lain sebab kerajaan Singapura nak buat rumah flat untuk rakyat dia. Harap-harap sultan dan bakal-bakal sultan pun baca tulisan saya ni. Kepada sesiapa yang ada email sultan johor atau Tengku Mahkota Johor (TMJ) tolong forwardkan artikel ni supaya Tuanku buat kerja sikit. Jangan asyik naik motor dengan main kuda aje.
Harap Tuanku ni pegi tanya YB-YB Johor dan menteri-menteri ni diorang buat kerja ke tak. Isu tanah ini adalah isu maruah dan kedaulatan negara. Kat Palestin sana tu orang pertahan negara dengan nyawa takkan kat Malaysia ni kita nak buat amal jariah dengan serah macam tu aja
Oleh orangjohorlama...tranungkite
Pulau Batu Putih: Bila Dokumen Asal Dihilangkan
Dulu Singapura itu pulau Melayu. Kemudian jatuh ke tangan British, dan sekarang adalah negara kepulauan yang diperintah oleh kaum Cina. Pulau Batu Putih pun pulau Melayu, dan baru saja jatuh ke tangan Singapura. Johor bakal jatuh ke tangan Singapura suatu hari nanti jika projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) terus dilaksanakan dengan kerjasama dua hala antara Kerajaan Abdullah Badawi dan kerajaan Singapura.
Pada mulanya kerajaan Malaysia confident akan menang bila Pulau Batu Putih dibawa ke International Court of Justice (ICJ) walau pun ICJ dijangka sejak awal-awal lagi akan 'bias' dan memihak kepada Singapura dalam konflik antara Malaysia-Singapura (tetapi ICJ akan 'bias' dan memihak kepada Malaysia dalam konflik antara Malaysia-Indonesia: Malaysia dianggap the lesser "Muslim devil").
Kerajaan Malaysia confident akan menang kes Pulau Batu Putih di ICJ kerana memilikki satu dokumen asal (original document) yang kuat membuktikan dengan jelas dan terang bahawa Pulau Batu Putih itu milik Tanah Melayu dan British hanya dibenarkan membina dan mengurus rumah api (light house) untuk keselamatan pelayaran kapal. Masalahnya dokumen asal ini telah hilang selepas kes Batu Putih diserakan ke ICJ. Hilang atau dijual kepada Singapura. Entahlah. Bila doukumen asal ini hilang, maka kes Malaysia yang mulanya begitu kuat itu telah menjadi lemah. Malah sejak kehilangan (atau dijual) dokumen asal tersebut kerajaan Malaysia sudah tahu akan kalah. Siapa hilangkan (atau jual dokumen asal tersebut)?
Kalau tidak silap saya pada 2003 atau awal 2004 pihak atasan di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) gempar sebab salah satu salinan original perjanjian asal Pulau Batu Putih yang gerenti akan memberi kemenangan kepada Malaysia di ICJ telah dihilangkan.Salah seorang yang menganggotai jawatankuasa Steering Committee untuk tuntutan ke atas Pulau Batu Putih adalah seorang pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - nama dirahsiakan untuk keselamatan diri pensyarah UIA tersebut. Pensyarah UIA tersebut telah meminta dokumen asal yang amat penting itu untuk beliau kaji dan membantu mengubalkan hujah-hujah dalam pembentangan dokumen asal tersbut di ICJ nanti.
Dua tiga minggu kemudiannya Pensyarah UIA tersebut telah mengatakan bahawa dokumen asal yang amat penting sekali itu telah hilang.Kehilangan dokumen asal tersebut (atau dijual ke Singapura - entahlah) oleh pensyarah UIA itu telah mengemparkan Wisma Putra dan Jabatan Peguam Negara. Malaysia sebenanya telah hilang Pulau Batu Putih sejak hilangnya dokumen asal tersebut.
Bila saya dapat tahu mengenai kehilangan dokumen asal yang amat penting itu pada awal 2004, saya telah bertanya kepada pemberi maklumat apakah tindakan yang diambil terhadap pensyarah UIA tersebut. Saya diberitahu tidak ada apa-apa tindakan telah diambil ke atas pensyarah UIA tersebut. Ini pelik.
Singapura seakan-akan tahu mengenai kehilangan dokumen asal yang amat penting itu yang akan memastikan kemenangan Singapura di ICJ. Singapura telah sejak dari itu lagi memulakan perancangan untuk melaksanakan projek penambakkan tanah (land reclaiming) yang akan menjadikan Pulau Batu Putih itu mempunyai keluasan tanah 20 kilometer persegi. Projek 'land reclaiming' di Pulau Batu Putih ini dirancangkan juga sebagai joint venture sampingan projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) untuk memastikan tiada bantahan oleh kerajaan Abdullah Badawi.
Projek land reclaiming di Pulau Batu Putih yang akan dilaksanakan oleh Singapura itu akan punyai bayak padah buruk ke atas alam sekitar terutamanya ke atas pantai Johor. Tetapi kerajaan bdullah Badawi tidak akan membantah. Malah kerajaan Abdullah Badawi akan dapat tumpang sekaki.
Saya ingin membuat perakuan bahawa maklumat mengenai kehilangan dokumen asal Batu Putih yang dihilangkan oleh pensyarah UIA itu adalah benar, hanya saya tidak boleh memberi secara detail takut-takut nanti identiti saya yang sebenarnya dapat dikesan.
Tarabulsi 25 Mei 2008
Oleh Tarabulsi_2008...tranungkite

Batu Puteh, Maruah Negara dan Gani Patail
Akhirnya Malaysia dimalukan. Seluruh rakyat Malaysia seumpama berkabng, kecewa dengan keputusan yang diumumkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam yang menetapkan Pulau Batu Puteh milik SIngapura.Berapa banyak lagi selepas ini kewasan negara dan kedaulatan rakyat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak ini yang akan terhakis dan terjual? (gambar di muka depan dari malaysiakini)
Setelah Wilayah Pembangunan Iskandar yang menjadi wilayah Singapura dengan pemilikan hartanah secara besar-besaran dalam jualan 'diskaun 50 peratus' melalui pertukaran mata wang. Ketua Pegawai Eksekutif UEM Land, Pemaju Nusajaya dalam Channel News Asia sendiri telah mengakui bahawa sebahagian besar hartanah industri dan kediaman di Nusajaya telah dibeli oleh pelabur dan syarikat Singapura!
Dan kini satu demi satu wilayah negara terlepas ke tangan orang lain. Pak Lah dan Najib masih begitu angkuh cuba mempetahankan kuasanya sekalipun mereka adalah diantara pemimpin negara yang paling korup dan lemah di dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Berbalik kepada isu Batu Puteh. Pulau Batu Puteh diputuskan sebagai milik sah negara Singapura dan hanya Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan milik Malaysia. Pada hari Jumaat, 23 Mei 2008 Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan perkara tersebut di Hague, Belanda.
Keputusan ini adalah umpama Singapura mendapat isi dan Malaysia dapat kuahnya dan bak kata pepatah 'menang sorak kampung tergadai'. Dengan keputusan semalam juga, keluasan Singapura tiba-tiba bertambah 22 batu nautika. Sempadan kelautan Singapura semakin mendekati pantai Johor dan Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa kerana Mahkamah Antarabangsa telah mengiktirafnya. Selepas ini tentera marin Singapura bertanggungjawab 'menghalau' pihak berkuasa Malaysia dan nelayan pantai dari Malaysia untuk mendekati pulau tersebut - dengan alasan menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan Pulau Batu Puteh.
Delegasi Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang rakyat Malaysia mengenali sebagai manusia pengampu paling hina yang pernah dimiliki oleh negara.Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri (yang telah sedia bodoh dan lemah) dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin.

Ghani Patail juga telah mencampuri urusan pelantikan MB terengganu dengan cuba mengugut Yang Di Pertuan Agong dengan kenyataan kononnya "proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu" untuk menyebelahi Perdana Meneri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin Idris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU ke 12 baru lalu.Beliau telah turut membariskan anaknya yang baru lulus dari UiTM di dalam delegasi ke Hague iaitu Faezul Adzra Tan Sri Gani Patail.
Dan kini rakyat Malaysia telah membuka matanya. Hujjah-hujjah delegasi Malaysia yang diwakili oleh Gani Patail telah ditolak mentah-mentah 12-4, tidak legal dan tidak menepati standard antarabangsa. Rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor begitu mengharapkan barisan peguam Malaysia akan mengemukakan hujah-hujah kukuh agar Malaysia tidak dimalukan lagi oleh Singapura. Sebelum ini maruah rakyat Johor tercabar dengan isu Jambatan bengkok, Wilayah Pembangunan Iskandar, bekalan air murah kepada Singapura dan lain-lain.

Dan kini Malaysia di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak di sokong oleh Peguam Negara yang korup ini sedang menuju kehancuran. Diplomasi "belanja makan durian" yang diperkenalkan oleh Pak Lah adalah satu adegan yang paling memalukan seluruh rakyat Malaysia. Kedaulatan Singapura semakin menanjak dan tidak mampu dipersoalkan lagi dan kedaulatan Malaysia semakin terhakis oleh kepimpinan negara yang sedia ada ini.
Oleh GB...tranungkite
No comments :
Post a Comment