Sifat 20: Menjana tamadun dan penyatuan umat
"ASSALAMUALAIKUM..,
selawat dan salam ke atas junjungan;imam hassan asyaari dan imam abu mansur al matarudi telah membina satu kaedah usul yang kemudian menjadi satu cabang ilmu tauhid ditengah tengah pertembungan muktazilah jabariah dan kadariah.kaedah ini dikenali sebagai sifat 20 yang seterusnya menjadi teras kepada akidah islam.itulah kaedah yang dipakai oleh umat islam zaman berzaman sehingga memahat tamaddun demi tamadun.
Kerajaan Islam Othmaniah di Turki dibina dengan asas sifat 20 sehingga berjaya menembusi bosnia dan mengislamkan kaum slav dari mazhab kristain Borgimel.Pengislaman Borgimel ini mencatat sejarah paling manis bagi kerajaan Othmaniah Turki dimana berkurun lamanya kaum borgimel mengamalkan ajaran injil asli dan berkurun lamanya mereka menanti kedatangan berita kelahiran Nabi Muhammmad s.a.w. sehinga akhirnya berita itu datang diketika kerajaan islam Othmaniah Turki yang berpegang teguh dengan keadah sifat 20 sebagai teras akidah mereka.
Di nusantara kaedah sifat 20 inilah yang telah membawa islamnya umat Melayu.Ajaran serta pegangan teguh kepada akidah yang berasaskan sifat 20 inilah telah mencatat sejarah kegemilangan umat nusantara yang pernah menjadi bumi para wali wali ALLAH.Kerajaan melaka mendahului sejarah ketamaddunan cemerlang,gemilang dan terbilang ini sehingga menarik laksamana cheng ho datang ke Melaka.Kesultanan Brunei juga diasaskan menerusi pegangan kepada asas akidah sifat 20 sehingga mencacat sejarah ketamaddunan di kalimatan. begitu juga dibumi terengganu yang tinggal beberapa wali ALLAH yang tersohor seperti Tok Ku Tuan Besar, Tok Ku Paloh, Tok Pelam Manis dan Tuan Haji Abd Rahman Limbong.Di negeri Sembilan lahir wali ALLAH yang digelar "TUAN TULIS" .Begitu juga di Kelantan dengan Tok Kenali,di Pahang Datok Bahaman dan Mat Kilau.Kesemua mereka terkenal dengan pegangan kepada sifat 20.Pegangan yang telah berjaya membawa umat Melayu kemercu kecemerlangan,kegemilangan dan keterbilangan.
Dizaman kegemilangan,ilmu sifat 20 dititik beratkan dan diajar secara menyeluruh serta telah menjadi korikulam penting kepada sistem pendidikan.hasilnya lahir individu islam yang memiliki akidah yang jitu,akhlak yang mulia dan terbentuknya masyarakat yang bersatu padu dengan menyandarkan kesatuan ini kepada maksud firman ALLAH " berpeganglah kamu dengan tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah belah",semua pertenglingkahan akan kembali kepada ajaran sifat 20 tanpa adanya ahli masyarakat yang merasakan mereka "BETUL"tidak ada bahan ringan atau berat dalam menganalisa segala permasalahan yang timbul.semuanya dirujuk kepada "ahli" sifat 20 dan semuanya tunduk akur kepada segala perkhabaran yang dibawa oleh sifat 20.
Kemantapan akidah dan kemulian akhlak ini pula akhirnya membawa umat islam "melayu" nusantara kemercu ketamaddunan yang terpahat dan bumi nusantara disirami dengan kehadiran wali wali ALLAH.sesungguhnya ALLAH masih meninggalkan tanda kewalian kepada kita semua di nusantara ini menerusi makam habib Noh di singapura.insya Allah kepada sesiapa yang ingin melihat tanda tanda kewalian ini bolehlah mengkaji dan melihat bagaimana makam ini gagal diletupkan oleh kerajaan singapura walaupun menggunakan teknologi tercanggih.makam habib Noh kekal sehingga hari ini.makam yang membuktikan kehadiran wali ALLAH dikalangan umat islam nusantara.
Sifat 20 juga akan meletakkan orang orang yang berpegang dengannya menjadi seorang yang tawadduk ,yang sentiasa insaf kekerdilan diri,yang sentiasa ingat bahawa dunia ini sementara dan yang sentiasa mampu menjuruskan akal pemikiran mereka kearah taqwa.maka lahirlah insan yang sentiasa ingat bahawa dalam membawa ajaran ALLAH ini tiada yang berat dan tiada yang ringan,tetapi sejak kedatangan penjajah pegangan sifat 20 ini sedikit demi sedikit terhakis dari umat islam "melayu".sifat 20 tidak lagi menjadi kurikulam penting pembelajaran "awaluddin maarifatullah" sebaliknya ianya diganti dengan falsafah yunani aristortle dan plato yang mengandaikan manusia ini bijak mengatasi segala galanya.maka lahirlah umat islam "melayu" yang tampil menjadi pemikir berdasarkan falsafah ini.lahirlah berbagai pendapat dan saranan serta fahaman yang menyimpang dari keperluan akidah yang sebenarnya seperti dibawa oleh sifat 20.akhirnya umat islam "melayu" lari dari asas sebenar islam sebagai cara hidup.
Itulah masalah utama umat islam "melayu"muktakhir ini walaupun masih ada segolongan yang masih kuat pegangannya kepada sifat 20 yang cuba mengajak umat kembali menghayati sifat 20 dalam kehidupan mereka tetapi berbagai bagai halangan terutama dari mereka yang masih kuat pegangan kepada falsafah aristortle dan plato.ada juga kalangan umat yang merasakan mereka pandai dan bijak walhal kehidupan mereka tidak sedikitpun dilingkari oleh ajaran sifat 20 yang mencadangkan berbagai cadangan kepada umat islam "melayu" tentang bagaimana nak mencapai kehidupan muslim dibawah negara islam yang syumul.pada hal tidak sedikitpun pengisian akidah sifat 20 yang terkandung dalam cadangan tersebut walaupun cadangan itu didakwa sebagai bahan bacaan berat.
Alangkah ruginya umat kalau terus menerus memilik pemikir pemikir yang sudah jauh lari dari lingkaran sifat 20.ruginya mengandaikan genetik melayu sebagai bangang ,apatah lagi yang menuduh itu sendiri dari genetik melayu.apa yang perlu diseru dan dicadangkan kepada genetik melayu ialah kembali kepada ajaran sifat 20.insya Allah kalau ajaran sifat 20 mampu dikuasai oleh genetik melayu persoalan untuk menubuhkan negara islam tidak perlu diperkatakan lagi.
firman ALLAH dalam ayat 26 surah ali imran bermaksud "katakanlah:"wahai tuhan yang mempunyai kerajaan,engkau berikan kerajaan kepada orang yang engkau kehendaki dan engkau cabut kerajaan daripada orang yang engkau kehendaki.engkau muliakan orang yang engkau kehendaki dan engkau hinakan orang yang engkau kehendaki.di tangan engkaulah segala kebajikan.sesungguhnya engkau maha kuasa atas segala sesuatu" ". "
Oleh notan...tranungkite
No comments :
Post a Comment