Sunday, May 25, 2008




Stacy juara Akademi Fantasia Ke-6

KUALA LUMPUR 24 Mei – Setelah enam kali Akademi Fantasia (AF) diadakan sejak tahun 2003, buat pertama kalinya peserta dari Sabah, Stacy (gambar) dinobatkan sebagai juara AF6 yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam ini.

Dengan kemenangan Stacy atau Stracie Angie Anam, 18, dia mengekalkan penguasaan pelajar perempuan untuk kali kedua menjuarai AF selepas Noorsyarmilla Jirin atau Mila pada tahun lalu.

Kemenangan Stacy sudah dijangka kerana bermula dari konsert pertama pada 22 Mac lalu hingga kesembilan, dia sentiasa memberi persembahan bertenaga dan menduduki di tempat yang selesa berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para penyokongnya.

Stacie yang menyanyikan lagu Atas Nama Cinta (dendangan asal Rossa) dan sebuah lagu baru, Aku Stacy dengan penuh bangga membawa pulang hadiah yang bernilai lebih RM700,000.

Hadiah itu berupa sebuah rumah banglo di A’Famosa Villa D’Lagos, Melaka bernilai RM550,000 dan juga pakej percutian ke Afrika Selatan, kereta Peugeot 307 XS bernilai RM139,535, wang tunai berjumlah RM25,000 serta sebuah trofi bersalut emas.

Tempat kedua dimenangi oleh Mohammed Idris Mohd. Zaizizi, 22, atau Riz yang menyampaikan lagu 11 Januari dan Hanya Sandiwara.

Dia memenangi sebuah kereta Naza Bestari bernilai RM68,877, pakej percutian ke Afrika Selatan, wang tunai berjumlah RM15,000 serta sebuah trofi.

Sementara itu, Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahmad, 22, yang mempersembahkan lagu Bukan Di Sini (dendangan asal kumpulan Sofaz) dan Ada Untukmu (lagu baru) mendapat tempat ketiga.

Tempat keempat menjadi milik Khairul Nizam Baharom atau Toi dan kelima dimenangi oleh Nadia Haswani Hasnan atau Nadia...Utusan

Detail
Nama Penuh : Stracie Angie Anam
Bangsa : Kadazan
Status : Bujang
Umur : 18 tahun
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1990
Tinggi : 155cm
Berat : 51kg
Hobi : Menyanyi, menari

Deskripsi : Kecil-kecil cili api, namun kemampuan vokalnya tak perlu dipertikaikan lagi. Ingin membuktikan kepada masyarakat beliau mampu menjadi penyanyi dihormati.

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Semasa pertandingan di Kota Kinabalu. Ketika itu umur saya 10 tahun

Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Menari

Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Berlakon

Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Masih bekerja dan menjadi penyanyi sambilan

Apakah matlamat hidup anda?
Berjaya dalam setiap bidang yang diceburi

Apakah album terbaru yang anda miliki?
Tiada

Siapakah artis/selebriti yang anda minati?
Christina Aguilera

Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Felix

Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Minum air masak

Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Berpindah meja makan kerana restoran itu ada kucing

Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Memperoleh gaji pertama untuk diberikan kepada keluarga

Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Vokal

Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tidak dapat menduduki peperiksaan SPM kerana terpaksa bekerja membantu keluarga

Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Melepasi semua peringkat ujibakat

Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF6?
80 %

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Membawa kemajuan Malaysia ke taraf paling tinggi di dunia dan digeruni oleh semua negara

Jika anda boleh terbang, ke mana anda akan pergi?
London

Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Membangunkan tahap pemikiran rakyat

Jika anda menjadi tumbuhan, apakah tumbuhan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Bunga ros kerana menjadi pujaan ramai

Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
Berfikiran terbuka, senang berkawan dan pendengar yang baik

Jika anda tersingkir dari Akademi, apakah yang anda akan ucapkan?
Ucapan terima kasih kepada keluarga, pihak Astro dan penyokong

Jika anda menjadi Juara AF6, apakah yang anda akan ucapkan?
Bersyukur kepada TuhanT kerana telah memberi kejayaan pada saya yang sangat besar nilainya. Juga kepada ibu bapa, adik-adik, kawan-kawan, saudara mara dan juga guru-guru AF serta penyokong saya. Tanpa mereka saya tidak akan berjaya.

No comments :

Post a Comment